Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT)


Bila dengar je term lesbian, gay, biseksual, transgender, rasa meremang segala bulu kat tubuh badan ni. Geli weyh. Korang tak geli ke? Erkk..

Pastu, sekarang diorang dok sebok nak perjuangkan "hak" mereka kat Malaysia ni. Hak yang dimaksudkan adalah:

"Hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain."

Sebab tu la hari jumaat nanti, golongan LGBT ni akan anjurkan satu perhimpunan aman, di hadapan Pejabat Majlis Peguam. Bagi merealisasikan hak asasi mereka tu.

Woah, diorang berhimpun tu. Siap ada tema lagi tu. LOLZ..
KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman yang menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan diadakan pada 27 April ini (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Sumber terdekat mengesahkan perhimpunan aman tersebut akan diadakan di hadapan Pejabat Majlis Peguam dengan menegaskan tema utama perhimpunan itu adalah ‘LGBT Bukan Penjenayah’.

Misi utama perhimpunan itu diadakan adalah untuk menentang pihak-pihak yang cuba melarang golongan LGBT dalam memperjuangkan hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain.

Himpunan aman itu juga adalah bagi menyahut saranan pernyataan umum tentang Hak-Hak Asasi Manusia yang merupakan deklarasi utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan juga risalah mengenai perhimpunan aman itu juga sudah diedarkan kepada orang ramai di beberapa lokasi untuk menarik perhatian dan jumlah pengikut-pengikut yang menyokong LGBT.

Pihak yang menganjurkan himpunan aman untuk LGBT juga menyarankan agar orang ramai yang menyokong hak asasi manusia kepada golongan LGBT untuk turut serta bersama dalam himpunan tersebut.

LGBT juga akan menyertai demonstrasi Bersih 3.0 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.00 pagi serentak di Dataran Merdeka. - sumber

LGBT adalah jenayah

Kalau LGBT ni bukan untuk agama Islam. Aku rasa, memang takde la kesalahan jenayahnya. Tapi, masalahnya, ada gak yang join pertubuhan tu terdiri daripada orang melayu kita, yang beragama Islam.

Kat situ, dah jadi jenayah agama. Sebab, Islam sangat melarang keras hubungan songsang. Dah termaktub pun dalam al-Quran. Dalam peristiwa kaum Nabi Luth. Korang semua pun tau kan?


Hubungan sejenis langgar fitrah manusia

Diorang kata, tuhan dah bagi diorang nafsu songsang. Jadi, patutnya kita sokong diorang. Bukan diorang nak nafsu macam tu. Tapi, tu adalah ujian yang tuhan bagi.

Siapa kata kita tak sokong? Cara nak sokong diorang adalah, kita kecam pertubuhan LGBT ni. Pada masa yang sama, kita tolong diorang berubah kembali ke pangkal jalan. Ke fitrah semulajadi manusia yang sebenarnya. Itulah sokongan yang sebenar-benarnya.

Bukan dengan cara sokong perjuangan diorang untuk bebas lakukan kegiatan LGBT kat Malaysia ni. Perkara ni hanya akan lebih merosakkan mereka. Dan jugak anak-anak kita pada masa depan kelak.

Sekarang mungkin kita luluskan pertubuhan LGBT ni. Masa depan nanti, diorang mintak kahwin sesama jantina pulak. Macam mana? Tak ke haru jadinya?

p/s: Erkk, pertubuhan LGBT ni akan join Bersih 3.0 sabtu ni? Lolz. Hentikanla. Kumpulan engkorang ni hanya akan mengeruhkan keadaan. Semak je..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

15 comments:

  • LGBT? perhhhh gelii weiiii...
    x skong lgsung...hubugan sejenis ne menjurus ke arah murtad..
    drg ne sedar ke x? aku x faham laa..ada jga msyrkt mcm ne... ingt siksa Allah tu pedih

  • org yg mmg pikir x pakai kepala otak yg tuhan bagi je akan pilih jalan hidup untuk jd cam tu..
    tuhan hanya jadikan 2 jantina je.. lelaki dan perempuan.. nak gi tambah lagi 4 jenis tu nape??? akhir zaman..

  • la... sikitnyew... xpuas bace... :(

  • Bila hati dah gelap(org islam) semua dah tak nampak lagi kebenaran.

  • pergh..dengar pun dah geli..hahah

  • Erk? Mintak kebebasan seksualiti LGBT? Ingatkan kes ni da abes dulu daa. Kalau da luluskan pertubuhan ni, konpem nanti minta kawen sesama jantina lak. --.- Uish.

  • Diorang yang pergi berhimpun nie , tak nak gi tengok Avengers ke ?

  • hohohohohoo..... tanda kiamat kecil nih.... golongan songsang mula tunjuk diri...

  • rmai dah gol mcm neh kt malaysia. yup, mmg org melayu rmai. iman dah tipis dan dh tak takutkan azab. nak hampiri kiamat dah.

  • bianatang apa haram dibela?

  • diorg ni x paham psal agama... umpama menegakkn benang yg basah...

    sbg umat islam, walau macammana pengalaman yg dah mereka lalui, mreka spatutnya berusaha utk berubah, bukan mngubah apa yg dah ditetapkan :D

  • hadoiii..macam2 lah..geli plak..

    http://misszberceloteh.blogspot.com/

  • Memang betul menyemakkan jer pejuang LGBT ni. Yg beragama Islam tu, tunggulah BALA dari Allah. Yg bukan beragama Islam, apasal suka sgt buat kecoh. Malaysia negara Islam. Minta ikut peraturan yg telah di tetapkan. Jangan ikut suka korang jer.

    Atau mereka ini ada agenda yg tersembunyi? Musuh kita yang sebenar bukan lah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut!

  • tu semue tergantung orang dak menilainye :D

  • ORG YG BUKAN DALAM GOLONGAN LGBT NI MMG LA SNG CKP..GELI LA,AZAB LA,APE LA..WEYH,LAU NAK TAW ORG YG GELI2 N KTOK2 NI LA YG PUNCA UTAMA MENINGKATNYE KAUM2 LGBT NI..
    KALAU KORG BERADA DI KASUT MEREKA JE BARU KORG LEYH BTOL2 FHM SBLOM KORG MENGOMEN MACAM DAH MASAK BENAR DENGAN LGBT NI..
    AKU SOKONG TINDAKAN KORG..MMG LGBT TAK PATUT MEMPUNYAI HAK DI MALAYSIA,SEBAB MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM..NAMUN AKU TAK KATA AKU TAK SOKONG LGBT NI..SEBAB KAUM2 NI SEBENARNYA ADALAH MANGSA2 KAUM KORG(STRAIGHT PEOPLE) JUGAK...POKOK TAKKAN BERGOYANG KLAU TADE ANGIN..
    BUKAN SALAH KORG,MUNGKIN MAK BAPAK DORG..TAPI MAK BAPAK DORG TU DTG DARI KAUM LURUS KE SONGSANG?!SO,CAMNE TU?
    ORG LGBT MELAYU NI SUDAH WELL INFORMED PASAL BAB2 AGAMA NI..SBB DORG NI KEBANYAKAN EDUCATED BERBANDING KAUM STRAIGHT YANG KEBANYAKAN SUKA MENCACI,MENGHINA DAN MEMBULI KAUM2 CAMNIE..(JGN TERASA)..
    CUBA FIKIR BLEK,SEBAB APE TUHAN HANYA MEMBERI HUKUMAN PISAHKAN DAN KURUNG PASANGAN SONGSANG SEHINGGA TAUBAT,SEBAB KAUM2 CAMNI DE PELUANG UNTUK BERUBAH..CUMA AGAK SUSAH SEPERTI MANA SUSAHNYE MEREKA SEJAK KECIL TERPAKSA MEREMPUH KECELARUAN PERSONALITI AKIBAT TOMAHAN DARI ORG2 CAM KORG NI..(JGN TERASA LAGI)

    SO,RENUNG2KAN DAN SELAMAT MENGEBOOO SAYA :)

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...