Malaysia Tak Pernah Dijajah. Tak Payah Sambut Hari Merdeka La Woi..!!!!

Semalam aku tengok berita TV3, ada interview dengan entah sape-sape. Katanya, Malaysia tak pernah dijajah. Adoiiyai. Dulu kat sekolah belajar lain. Sekarang, lain pulak. Adehh..!! Malaysia ni ada sejarah kemerdekaan ke takde sebenarnya?

Aku dah la cetek sejarah. Dengan isu sekarang ni, aku rasa boleh botak kepala aku nak fahamkan balik sejarah tanah melayu yang sebenarnya. Haish..



Kalau kita tak pernah dijajah, kenapa perlu sambut hari Merdeka? Kalau kita dah best di bawah 'perlindungan' British, buat apa lagi Tunku Abdul Rahman sibuk-sibuk pergi merunding, untuk dapatkan pentadbiran tanah melayu secara mutlak?

Kesian Tok Janggut. Kalau kita tak pernah dijajah, kiranya perjuangan beliau akan dikira sebagai pengkhianat bangsa la. Ish, ish..

p/s: Tolongla bersihkan balik sejarah Malaysia, tanpa ambil kira nak jaga hati mana-mana pihak. Sejarah tetap sejarah. Tak perlu la nak 'sembunyikan fakta' hanya untuk kepentingan kerajaan. Mungkin betul ada orang kata, "Siapa yang menang, dia berhak untuk menulis buku sejarah". Grrr..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

29 comments:

  • Dia tak pernah baca buku Sejarah kot...

    Jom terjah sini:
    1)Terbaik!!!TV3 ONLINE STREAMING
    2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar

  • Patutlah sejarah aku dapat D dulu , rupanya fakta sejarah dalam buku teks salah .

  • jt cakap pe ni? kita bukan hidup pada zaman dulu memang x tau pe2.. kalau pejuang dulu xde kritikan terhadap buku sejarah kita,makna nya sejarah kt dlm buku tu betul la..

    tanah jajahan dengan naungan x sama..mungkin kata dorg tu.. tanah jajahan biritish cuma melaka je...

    x baik asyik mengkritik x tntu pasal ni. mak ayah kita bukan antara pejuang tu,kita xkan faham perasaan dorg..

    kisah tok jangut tu,memang dh tertulis dia sorg pejuang kan? berjuang menuntut kemerdekaan. kita menuntut kemerdekaan sebab untuk mentadbir negara sendiri bukan bi bawah pimpinan org luar.. bukan senang nak capai merdeka skg.. dan kita merdeka pun bukan mengankat senjata mcm org lain..

    namun peristiwa petumpahan darah pejuang dulu2 pun kita xleh lupa.. kalau bukan sebab dorg yg bankit menentang,ntah sampai bila2 pon kita tetap bergantung dgn org luar.... xkn ada malaysia sampai skg..

    kalau noona salah,sila betulkan noona... noona terima je.. =)

  • adoiii... perlindungan??? abes tu habis hrta benda kita diorang ambik bwak balik tu amende??

  • kalau kita baca blik buku sejarah *kalau korg nak la*

    kita fahami balik kronologi atau rentetan peristiwa sejak parameswara dtg ke tanah melayu,dibukanya kota melaka,sehingga kawasan di tanah melayu ni berada di bawah sultan melaka... sebilangannya berada dalam pemerintahan siam... dan bagaimana kota melaka diserang oleh potugis hingga akhirnya sultan johor minta bantuan british untuk menentang portugis masa tu..masa ini adalah zaman kejatuhan melaka dah... kalau kita baca,sedih bila negeri kita yg dulu kala tersohor di mata dunia..dalam sekelip mata boleh jatuh ke tangan org luar... even noona bukan org melaka..tapi noona bangga pada sultan zaman dulu2.. kalau kita berada pada zaman ni,apa tindakan kita agaknya??

    wallahualam,noona dah ingt sgt dh... melaka bukan kecil seperti ni..tanah jajahan melaka dulu besar...hmpir meliputi seluruh tanah melayu,even x semua.

    portugis,belanda,british dan jepun adalah kuasa yg pernah menguasai negara kita dulu2..

    kalau x silap noona,komunis ni adalah terdiri dri kaum cina. kemarahan kaum cina terhadap org jepun dan kaum melayu menyebabkan dorg membentuk satu parti iaitu pati komunis untuk mengmbil alih tanah melayu selama dua minggu..kita diseksa komunis,dibunuh. dan mcm2 la.. masa jpun jajah kita,org melayu dilayan dgn baik manakala org cina diseksa... org jepun x suka org cina.. jadi kalau boleh,jepun nak bunuh semua org cina kt tanah melayu masa tu.. then bila jepun kalah oleh british,org cina pulabangkit balas dendam dam mnyeksa org melayu pula.. itu je la yg noona tau.. selbihnya kita kena rujuk balik fakta sejarah.. kalau yg ni salah,maka salah lah apa yg noona baca...huhuhu. sori terkomen dua kali.

  • noonaQQ

    sebab tu JT dan aku konfius , kenapa tiba-tiba Tanah Melayu tak pernah dijajah .

  • Kalau cakap pakai lutut jawapannya pun kena pakai lutut rasanya..

    Tapi bila dengar dia kata tanah melayu tidak pernah terjajah..Rasanya betul kot..
    Tanah melayu memang tidak terjajah..Tanah melayu dijajah.."Terjajah" dengan "Dijajah" lain..

    Baiklah..Kalau katakan ada penipuan sejarah la..Kita padam part ada parti politik..UMNO PAS dan sebagainya kita abaikan..Kita cite masa parti politik belum ditubuhkan lagi..Macam mana dgn perjuangan tokoh2 terdahulu yg nak membebaskan negeri mereka..Kenapa kuasa sultan yang berkuasa mutlak dan mempunyai hak utk mentadbir negeri mereka sendiri suatu ketika dahulu dinafikan haknya oleh pihak British..Itu bukan satu bentuk jajahan ke??Apa motif Britsh dari barat jauh merantau ke timur?berdagang??Kemudian??

    Lagipun Konsep naungan ini pernah digunakan oleh siam la..Melaka sendiri pernah menggunakan konsep ini..

    "Kita tidak pernah terjajah KECUALI kita hanya terjajah 2 tahun...bla bla bla"

    Bodoh ke apa..Mana ada istilah KECUALI???
    Kalau pernah dijajah selama 1 tahun sekalipun,ia tetap dikira dijajah..Mana ada istilah kecuali...Tidak kiralah yg menjajah kita itu British ke,Jepun ke...Jadi boleh ke cakap malaya tidak pernah dijajah..

    Lagipun mengikut fakta,Setiap negara yang ada didunia ini semuanya pernah dijajah kecuali Thailand sahaja..Diulangi sekali lagi..Thailand sahaja..

    Janganlah org2 mcm Sejarawan ni kononnya berniat nak membetulkan sejarah (Kononnya) sedangkan dia cakap pun berbelit belit..Istilah pun guna salah..

    Sejarawan bukan setakat cakap sahaja..Mereka cakap beserta bukti..Lagipun bukan tidak pernah sejarawan dimalaysia memperbetulkan sejarah..Sebagai contohnya sejarah melaka..Tarikh sebenar melaka dijajah diperbetulkan..

    Janganlah sempena menyambut hari kemerdekaan tanah melayu dan hari malaysia,wujud pula mamat2 yg cuba mengeruhkan keadaan yg sedia ada keruh ini..

    Rsanya korang ada belajar teknik mengkaji sejarah masa menengah rendah dulu bukan..So??
    Komen korang tgk video ni..Logik tak??

    Jangan salahkan sejarah kalau sejarah dapat "D"..Korang tu yang bodoh belajar sejarah sebab nak lulus peksa je..Korang tak fikir ke kenapa kita kena belajar sejarah sedangkan kalau dapat score "A" sejarah pun tak kemanapun,.. bukan membantu sangat utk kemasukan ke U pun...Padahal nak kena menghafal fakta,kena baca buku setebal tebalnya..mesti ada sebab..Dah boleh fikir???

    Kalau akulah org yg bertanggungjawab yg mewajibkan murid2 di sekolah belajar sejarah..Niat aku satu je..Aku berharap bila suatu hari murid2 yg aku amanah belajar sejarah ini besar,tidak kiralah mereka akan berada dipihak pembangkang ataupun kerajaan..Mereka tidak buta sejarah..Org yg tidak belajar daripada sejarah pasti akan mengulangi kesilapan org2 yg terdahulu..

    Nota: Kepada JT..Bahasa aku kedengaran agak kasar tapi aku dtg dgn cara baik..Jadi disebabkan entri ini kedengaran macam entri memberi pendapat,jadi aku memberikan pendapat aku..Jadi jikalau JT ada terasa hati..Saya disini minta maaf..=)

  • Berkenaan aku cakap pasal belajar sejarah nak lulus periksa tu pun kedengaran agak kasar..Aku minta maaf banyak2...

  • kalaulah ade mesin masa ~ dah lame aku p tukar sejarah... akan ku bunuh semua rakyat malaysia .. biar tiada negara bernama malaysia .. wakakakakaka(gelak jahat)

    *gurauan semata2~

  • tu lah kan..paling kecian kat waris..:(

    new entry :: Cik Anon Komen Muka Nad ツ

  • Pof tu sebut ape ? MALAYSIA..
    British tak pernah menjajah Malaysia..
    Yang dijajahnya cuma Tanah Melayu, borneo utara dan Selatan..

    Malaysia belum wujud lagi.. macam mana nak jajah..

  • statement2 pelik makin banyak keluar sekarang...

    kita tak dijajah, jadi kenapa moyang-moyang kita kena bayar cukai bagai untuk bercucuk tanam, dan lain-lain lagi. bayar cukai dekat BRITISH pulak tu, bukan dekat pembesar melayu..

    dan seingat aku, kuasa raja-raja Melayu terhad pada adat istiadat dan Islam sahaja...

    nak tulis balik sejarah sendiri ke?

    kita ada pelbagai tafsiran sendiri terhadap sejarah, tapi kita tak boleh ubah sejarah tu..

  • @kak noona : jt bukan kritik tu. itu mmg cara penulisan jt yang sarcastic.

    @Jejaka Hot : Btw, (video) dye p citer pasal british je, yang pasai jepun dye dop citer pulok ? Ape kes ?

    Sebagai, orang pecinta subjek sejarah, mmg tak adil kalau die nak amek bahagian2 tertentu sahaja dalam sejarah dan buat konklusi. haiyak ! Malaysia, makin putaq belit.


    Ape pandangan anda ? Wajar ke ?

  • psssst : Jt tak nak buat entry pasal Rosmah Mansur ke ? hahahak. gerenti uv tinggi =.=

  • hmmm..makin nak mengundi ni..makin macam2 la jadi..semua pendapat nak keluar..

    benda ni jadi hanya sebab kes ceramah mat sabu pasal komunis hari tu..lepas tu semua 'bijak pandai' pun muncul mengeluarkan fakta itu ini..tetibe sejarah kemerdekaan negara pun jadi putar belit..

    hmmm..

  • betul laa ape yg die ckp ...bknnye lama sangat negara kita dijajah ..cme..

    minda anak bangsa zaman sekarang yg sedang dijajah dengan budaya luar sehingga sekarang .

    buktinya ? tgoklahh gejala sosial yg berlaku . rancangan televisyen mempengaruhi minda remaja . mungkin sesetengahnya aadalah org dewasa .

    kan ?

    -hanya memberi pendapat -

  • Sejarah aku PMR = A SPM = A1 ;-)

  • Assalamualaikum...
    komen2 ni dah mcm entry....terbaik....so xperlu komen lagi kot...

    p/s: ni pun dikira komen kan?? lalalalala

  • kesian budak sekarang yang belajar sejarah...baca buku lain...tengok tv lain...konfius dah diorang...hahaha....

  • apa motif nk baru skrg nk diperbetulkan fakta sejarah ni? sorry aku mmg x faham. ralit duk baca komen hangpa semua, kalau ada yg boleh explain, aku btl2 minat nak tau.

  • kalau apa yg org kt dlm video ckp betul,mknanya buku sejarah perlu dibetulkan... tapi kalau apa yg dia cakap tu salah,mknanya kata2 dia perlu diperbetulkan...

    lagipun yg buat buku sejarah kita ni org biasa gak,kalau dorg kata kita x pernah dijajah mungkin salah kot,sebab kita memng dijajah. ekonomi kita dulu org luar yg pegang.. sebab tu kita tuntut merdeka..

    kalau dah ni pon salah,mana lagi yg betul..kita ni anak selepas merdeka..kita xtau ape2,,,kita just baca ape yg org tulis utk kita. sebab kita bukan pengkaji sejarah. kita xde hak nak kata yg fakta sejarah dorg salah atau x,,sebab kita pon x tau cerita sebenar. =(

    ni semua mat sabu punya pasal... x habis dengan mcm2 yg berlaku kt negara kita,dorg korek pulak hal lain..sampai kisah datuk nenek moyang dan pejuang dulu2 dia ungkit. semua bnde diajak berdebat. kaum kita ni dah x malu agaknya. komunis dikatanya pejuang.. moyang dia agaknya tu. pas ni ape pulak hal yg dorg bangkitkan. x habis2..

  • ahli politik sekarang cakap tak pakai otak, pasal tu jadi haruk - piruk. buat untuk kepentingan sendiri. baik pas,bn,pkr...semua sama..2X5..mereka buat untuk kepentingan diri sndr dan bukannya parti diorg.

  • post ni best...shareee!

  • sejarah tak mungkin berulang (lagu tomok) hehe...
    yg dh lepas biarlah berlalu...
    nape kita nk pndang ke blkg..
    sama ada sejarah mnlysia ni betul ke x..Allah lbh mengetahui. Cz pejuang2 kmerdekaan kebanyakannya dh meninggal.lgpun sejarah x mungkin diubah kan..Cuma kesian kt kita n semua generasi kita yg kedepan. cz masih tercari2 sejarah yg sebenar. Tambah lg bila keluar isu mcm ni. wallahualam...just pendapat saya. :)

  • sejarah itu penting... tapi yang ni buatkan moon konpius... :fuh

  • Salam mungkin mindanya masih dijajah oleh penjajah.. sebab itulah pendapatnya dan pemikirannya begitu... (brain wash) by penjajah...

  • merdeka bukan hanya kerana dijajah, terjajah, menjajah atau jijah...

    banyak maksud dalam erti merdeka.. jt ini buta sejarah, buta juga bahasa melayu..

  • merujuk kepada Perjanjian Pangkor mengatakan bahawa di dalam perjanjian tersebut British tidak pernah menyatakan bahawa mereka ingin menjajah tetapi ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘the protected Malay State’ atau disebut sebagai ‘protectorate’ (negeri naungan dan lindungan).

    Persoalannya, mestikah ada perjanjian bertulis dari penjajah (dan dipersetujui oleh pihak yang dijajah) yang mengatakan bahawa “kami dengan ini menjajah kamu”, barulah sesebuah negara itu ‘sah’ dikatakan dijajah? Adakah wujud penjajah ‘sebaik’ ini yang akan buat perjanjian terlebih dahulu sebelum menjajah, dan tidak akan menjajah sesebuah negara jika negara tersebut tidak bersetuju?
    berapa punya banyak jajah laaa..)

    -british, jepun, portugis, komunis semuanya penjajah ..umpama keluar mulut naga masuk mulut dinasour..

  • try baca blog scripters.. bangsa melayu yang hilang. dlm blog tu ada kupasan sikit ttg sejarah org melayu. selain tu, ada juga kupasan ttg agenda yahudi iluminati. penjajahan dlm sejarah hanya agenda barat mengelirukan kita semua. dlm sejarah negara kita tertulis yang penentang2 spt tok janggut, dato maharajalela dan lain menentang menuntut kebebasan dari jajahan barat. tetapi berapa ramai antara kita yang sedar bahawa penjajahan tersebut adalah berkaitan dalam memusnahkan orang Islam? Mengapa sebelum parameswara memeluk islam tiada tentera dari barat datang menjajah negara kita sedangkan peta dunia tercipta dengan lengkap sekitar thn 1513 oleh ilmuwan Islam? jika hendak dibandingkan teknologi barat pada masa itu agak ke hadapan berbanding negara kita.Takkan barat baru mengetahui kewujudan Semenanjung Emas sedangkan Iskandar Zulkarnain mampu memperluaskan tanah taklukannya sehingga ke negeri China tanpa bantuan alatan moden. byk lg yang perlu kita ketahui kerana kebanyakan sejarah telah di manipulasikan oleh manusia sendiri di atas kepentingan individu atau sbb2 tertentu. cthnya, penemuan benua amerika syrkt. bknnya christopher columbus org pertama yang menemui benua tersebut tetapi ada org lain sblnya malah di benua tersebut telah terdapat penduduknya sendiri. Wallahu'alam.

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...