Gambar hiasan dari pokcik google
Masa kecik-kecik dulu, apa yang korang suka sangat bila hari raya Korban?
Aku? Aku mesti la excited nak tengok lembu yang ditambat kat surau. Sebelum lembu tu disembelih, aku dengan geng aku mesti batak nak mengacau lembu yang tengah cuak tu. Ngeh, ngeh (gelak jahat)..
Bukan main seronok tengok lembu. Ambik ranting kayu, cucuk-cucuk punggung lembu tu. Nak cucuk kat depan tak berani, sebab ada tanduk. Tu yang cucuk kat belakang je. Haha..
Mana yang takut nak dekat. Main baling batu pulak. "WOI", sekali kena marah dengan orang surau. Baru terkedek-kedek melarikan diri. Kahkah..
Seronok menyakat lembu. Dok cucuk sini-sana. Tak tengok kiri kanan, atas bawah. Sekali, "pyekkk". Pergh, memang best. Sudah terpijak "hasil" lembu tu. Sia-sia kena gelak dengan kawan-kawan. Haha, padan muka.
Lembu tu pon perhati je gelagat budak-budak yang dok menyakat dia dengan senyum sinis. "MmmOoo" (amekkaw), kata lembu tu. OK gak la kot. Dapat gak lembu tu hiburan yang terakhir dalam hidup dia. Kehkeh..
Bila dah sampai masa, lembu disembelih. Hati rasa kesian kat lembu tu. Meronta-ronta lepas disembelih. Ada yang terus balik rumah. Takut tengok darah kot.
Konon kesian. Tapi, bila dapat daging korban. Mak masak buat buat rendang. Pergh, habis pulak. Selera hingga menjilat jari. Ahaks..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
budak2 memang macam tu...keja nak kacao lembu2 sja...padahal dalam hati tengah takut...haha..
jt oh jt..
awat gambar tu menyeramkan sungguh. T__T agak2 jt dulu pon buat perangai macam ni gak ke? ambik gambar pegang kepala lembu? :p
p/s: raya kali ni first time tengok orang korban depan mata. telan air liur je tengok. hehe
:tulis dulu jt nakal time kecik-kecik.
ahahaha
kalo ade rase kesian kat lembu...
haram makan daging lembu tu kan?
erk.. penah dgr/bace kat mane2..
kan kan?
ke camne?
@Siti Safiyyah
eh, kat gambar tu lembu tu dah takde badan ke? tak perasan plak. hehe..=p
@rainyscream
rugi la zaman kanak2 kalo tak nakal. ahaks..
@iMah
oowh, tu mitos semata2..takde hukum haram pon kalo rasa kesian..
Soalan :
Apakah hukumnya memakan makanan yang halal dimakan yang ketika kita menyembelihnya (cth, ayam) atau memotongnya (cth, ikan) hidup-hidup secara tiba-tiba timbul perasaan belas kasihan pada binatang tersebut. Adakah binantang tersebut halal dimakan?.
Jawapan :
Binatang sembelihan tersebut halal dimakan sekiranya menepati syarat-sayarat sah sembelih. Manakala perasaan belas kasihan yang timbul tidak mempengaruhi status halal atau haram binatang sembelihan tersebut.
(Sumber: JAKIM)
oh best best ! :D
selalunya pakcik bawak balik kepala lembu tu.
jadi kitorang pun buat eksperimen kat mulut lidah mata kepala lembu tu :D yeaaayyy !
makan atak lembu la bru best !!! hahaha