Aku sendiri tiada jawapannya. Tapi, baik lelaki dan perempuan. Masing-masing ada degilnya yang tersendiri.
Degil lelaki yang paling jelas adalah ISU ROKOK..
Mana yang perokok tegar tu, kita ceramahkan dia sampai telinga dia berdarah pun, habis ceramah rokok jugak yang dia cari.
Letak pistol kat kepala. Pilih samada rokok atau mati. Aku rasa, rokok jugak yang dia pilih. Harga rokok naik? No hal la. Duit boleh pinjam kat kawan-kawan.
Korang tampal poster sebesar mana pun pasal bahayanya rokok. Kat kotak rokok tu sendiri ada gambar bayi hitam, paru-paru berkerak. Ada diorang kesah??
Ini la degilnya lelaki. Bila dah ketagih rokok. Cakap la apa pon kat dia. Pasti DEGIL..
Degil perempuan, paling ketara dalam isu fesyen, tayang gambar..
Fotogediks, yang suka berposing depan kamera. Yang taksub dengan fesyen. Pastu upload kat blog, kat facebook untuk tatapan semua orang. Diorang ni korang nasihat la macam mana pun. Usah harap nak makan saman.
Yang aku paling salute. Gambar dicuri, orang lain buat profile palsu. Dia boleh tak serik lagi tu. Walaupun marah-marah, identiti diciplak. Esok-esoknya upload lagi gambar bajet retis dia kat facebook. Perghh, memang terbaek level kedegilannya.!!
Agaknya nak tunggu gambar diedit, dibogelkan, maruah dah tergadai, baru nak menyesal, nangis tak berlagu kot. Macam kes sorang kawan aku dulu.
Gambar dia bertudung pun dicilok, pastu diedit untuk video seks kat youtube. Masa tu, baru terhegeh2 nak mintak aku ajarkan dia, camne nak delete facebook.
Lelaki dan perempuan. Bila orang sekeliling korang bagi nasihat. Tolongla, sekurang-kurangnya dengar. Dan ambil inisiatif untuk berubah. Jangan masuk telinga kiri, sesaat lepas tu dah keluar kat telinga kanan.
Best sangat ke jadi DEGIL, yang tak kena tempatnya? Jawab..Jawab..!!!
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
tetiba je macam dengar ayah marah je. =(
ayah bcr marah dah. ayoook.
nak buat macam mana..laki degil tang tu, girls degil tang lain pulak.hihihi
-ini rainys tau jt-
err... nasib baik aku tak merokok.. kalau perokok baca entry ni rasanya tak kn insaf2 jugak.. degil.. hehehe
utk kes ne , aku tak degil. haha ! aku degil utk bnda2 baik je :D
hehhe lelaki dgn degilnya,pompuan pon sama degil gak..senang kata mmg 2-2 degil.nak salahkan sape kalau dah mmg degil?nak salahkan ibu yang mengandung?uihh takkan kot..pokok pangkal dari hati sendiri.samaada pilih jalan kebaikan atau keburukkan..tepuk dada tanya selera.opss silap..tanya hati :)
bab yg rokok tu memang perokok tegar degil yg amat kan JT?
bab gambar tu pulak saye pun kekadang tak paham dgn girls yg jenis itu..bile org curi gmbr kemaen lagi marah..sedangkan diri sendiri yg obses sgt nak upload sebab rasa diri 'hot n spicy' dan nak orang puji..bile ade org cilok marah pulak die..
ntah le..memacam betul perangai manusia ni kan JT?
haha !
due2 same je ! ^^,
manusia ohh manusia..
ttp nak mnegakkn benang yg bsah :angguk
haha.. no komen.. manusia yg x guna otak, itu la yg jadi..
entah la.. susah nak cakap bab ni. tapi terpulang la kat masing2 camne nak nilai.. dah benda dah sah2 tak elok.. buat gak watpe kan.. degil!
Salam sejahtera, harap dapat dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com
<-- degil x jt.. :baby