Semua Blogger Adalah Retis. Setuju Atau Tak??


Bahasa sekarang ni pelik-pelik. Asal sorang blogger tu blog dia meletop sket je, orang cop dia blogger retis. Retis tu apa pulak? Adess..

Yang aku tau la. Retis tu berasal daripada perkataan "artis". Dengan peredaran masa, ditambah bahasa manja + perosak bahasa. Maka, lahirlah istilah "retis" tu. Yang kebiasaannya merujuk kepada orang terkenal.


Tapi, menurut blogger Alepridz pulak, definisi artis bermaksud 'orang yang berkarya, berseni'. Pelukis, pembuat kraftangan, penyajak, penyair semua ni melibatkan seni. So, sebenarnya golongan ni pun termasuk dalam artis jugak.

Tapi, kenapa la yek. Asal artis je mesti kita teringatkan pelakon dan penyanyi kan?

Takpe. Tu small matter je. Soalan aku, korang setuju tak kalau aku cakap, korang (blogger) semua pun sebenarnya adalah retis?

Korang ada blog. Korang menulis entri, berkarya melalui tulisan. Ada yang melukis, doodle, buat video dan sebagainya. Pelbagai seni yang lahir dalam blog korang.

So, tak salah la kalau korang sebagai blogger ni dipanggil "retis" kan? Ngehh..

Ketahuilah, sebagai blogger, sebenarnya korang jauh lebih bernilai daripada artis-artis yang dok terkinja-kinja menari, menyanyi atas pentas tu.

Diorang menambahkan maksiat. Tapi, korang mampu berdakwah, atau menggerakkan hati orang lain melalui karya korang dalam blog masing-masing.

Pilihlah jalan yang terbaik dalam berkarya menerusi blog. Ingat pesan aku ni. Blog paling baik adalah blog yang dapat bagi manfaat kat orang lain.

Akhir kata, selamat menjadi RETIS ye blogger sekalian. Ahaks...

Baca entri ni jugak - Apa itu RETIS??



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

39 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...