Bahayanya Jadi Orang Tengah (Matchmaker)

Korang tau matchmaker tu apa? Tak tau? Ala, matchmaker tu orang tengah yang jadi punca perkenalan, ataupun orang yang jadi pemangkin percintaan satu pasangan.

Benda ni biasa berlaku. Korang dengan kawan korang pun pernah kan? Masing-masing nak jadi matchmaker, nak negndeng-ngendengkan antara dua kawan dia.

Nak jadi matchmaker ni bukan tak boleh. Tapi, bahaya. Sebab, jika dua orang yang bercinta tu buat maksiat. Korang pun akan terima saham dosa jugak.


"Aku suka la tengok XXX dengan YYY. Kalau diorang bercinta mesti sweet je kan. Waahh. Nanti aku cuba buat sampai diorang bercinta. Hehehe.." - contoh matchmaker minta pelempang.


Nak jadi matchmaker biarlah untuk mereka yang benar-benar serius nak berkahwin je. Jangan korang memandai nak satukan dua hati yang jelas-jelas takde komitmen nak mendirikan rumahtangga. Dikhuatiri diorang buat maksiat pulak. Tak pasal-pasal korang kena menjawab kat akhirat nanti.

So, hati-hati ye semua. Kalau boleh, tak usah la sebok-sebok nak mengendeng-ngendengkan orang. Takde kerja lain ke ape?? =p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

18 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...