Tips Hilangkan Sedu Dengan Cepat (Terbukti Berkesan)

Sedu, orang putih panggil "hiccup". Kadang-kadang, tengah seronok kita borak-borak dengan kawan, tiba-tiba kita 'Hik, hik', tersedu. Grr, sangat la irritating kan?

Malah, sampai ada pulak yang dok menyumpah pulak sedu tu.


"Bodoh betul la sedu ni. Time aku tengah memerut ni pulak dia nak muncul" - Rekaan semata-mata


Dan, macam2 cara manusia ni nak hilangkan sedu. Ada yang tahan nafas, minum air, ketuk2 dada. Ada jugak yang sampai dok menonggeng. Frust sebab sedu tak hilang-hilang. Haha.. Kesian.

Dulu aku pernah baca kat satu majalah. Katanya, sedu dapat dihentikan dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita.

Hm, macam mana tu ek?

Tahan nafas salah satu caranya. Tapi, tak berapa efektif. Cara lebih berkesan, korang ambik paper bag (atau plastic bag), pastu bernafas dalam tu.

Ala, macam orang hisap gam tu. Ahaks..

Dengan cara ni, kandungan karbon dioksida dalam badan kita dapat ditingkatkan, dan sedu pun dapat dihilangkan dengan cepat.

Aku dah bertahun amalkan cara ni. Memang terbukti, beberapa minit je sedu hilang. Kalau korang tak percaya, korang boleh try sendiri. Goodluck..=)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

69 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...