|
Showing posts with label istidraj. Show all posts
Showing posts with label istidraj. Show all posts
Wakaka, Aku Tergelak Tengok Uji Bakat Mentor..!!35 comments 22 February 2011Hari ahad haritu aku tertengok rancangan Mentor, tunjuk ajar ku sifu kat Tv3. Episod pasal audition Mentor untuk musim baru ni (musim brape yek, aku tak layan sangat mentor).. Perghh, ramai betul makhluk yang datang cuba nasib kat ujibakat mentor tu. Mana taknya, ni la peluang nak dapatkan instant popularity dengan menjadi artis. Pastu, siap ada yang menangis sedih sebab tak lepas audition tu. Yelakan, dah datang jauh-jauh dari kampung. Siap tido kat kaki lima lagi semata-mata nak gapai impian untuk jadi artis. Alih-alih tak lepas audition pulak. Mana tak nangis.. Kahkah.. One word je untuk orang camni. SENGAL..!! Sape suruh. Takda pon orang suruh datang dari jauh2 untuk nak jadi artis. Banyak lagi kerja lain yang engko boleh buat. Nak jugak jadi penyanyi apa kejadahnya.. Inila realiti sekarang ni. Berebut-rebut manusia nak jadi artis. Sanggup bersusah-payah datang ujibakat dengan berbekalkan suara sumbing (lebih teruk dari sumbang). Pastu bajet suara best. Ewww (pinjam ayat hang sat Anwar Hadi).. Bagi siapa-siapa yang tak tau lagi. Ketahuilah kawan-kawanku. Rezeki artis sebenarnya termasuk dalam kategori ISTIDRAJ dalam Islam. Nak tau apa tu istidraj? Tengok sini: Oleh tu, kalau korang ada niat nak join mana-mana auditon nak jadi artis. AF ke, Satu Dalam Sejuta ke. Aku nasihatkam, rentikan la niat korang tu. Takde paedahnye derr. Yang paedahnya aku la. Boleh gelakkan korang nyanyi tak sedap. Kahkah (gelak jahat)..=p Rezeki Artis, Halal Atau Haram?50 comments 30 January 2011
Wahh, sekarang ni berebut-rebut manusia nak jadi artis. Sebabnya tak payah belajar tinggi-tinggi, just berlakon, menyanyi duit masyuk. Glamer pon dapat. Instant money and popularity. Siapa yang tak nak kan?
Pastu bila menang award, artis-artis ni pandai bersyukur: "Alhamdulillah, syukur saya kerana menang anugerah ini. Semoga saya lebih berjaya pada masa depan, insyaAllah".. Dan tak lupa pada kaki kipas artis kontroversi. Contoh isu Ana Raffali yang menang Anugerah Juara Lagu yang lepas. Camni kaki kipas tu kata: "Dah rezeki Ana Raffali memang. Dia menang sebab bakatnya. Setiap orang ada rezeki masing2. Tak payah la nak iri hati dengan kejayaan orang lain". Apa yang korang faham dengan rezeki artis sebenarnya? Rezeki artis? Macam mana seorang artis tu dapat duit? Ya, melalui lakonan yang memerlukan diorang pegang tangan dan adegan peluk orang yg bukan mahram dia.. Sama jugak dengan penyanyi. Suara perempuan tu aurat. Perempuan hanya boleh menyanyi di depan pendengar perempuan jugak.. Kalau korang nak tau, rezeki artis dinamakan ISTIDRAJ. Istidraj tu ape? Halal atau haram? Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.. Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). Kalau dah dapat duit melalui jalan kemaksiatan, adakah masih halal rezeki tu? Korang sendiri pon tau jawapannya kan. Dah tentu la tidak.. Hope ada orang yang dah bukak mata lepas baca post ni. Jangan terlalu agungkan kekayaan orang yg dapat rezeki istidraj ni. Sepatutnya kita beristighfar panjang bila tengok orang dapat duit hasil drpd pekerjaan yang tak diredhai Allah.. p/s: Fasha Sandha masih dapat tempat di hati peminat? Tolongla kaki kipas sekalian. Bukak la mata korang.. Pautan entri: 1. http://muxlim.com/blogs/sumayyah_nasihah/apa-itu-istidraj/ 2. http://www.al-azim.com/~beringin/agama/istidraj.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)
|



