Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Fanatik Artis Umpama Beruk Tak Bertamadun

35 comments 24 May 2011

Wakaka, tak buleh blah btol tajuk entri aku. Dah nama beruk, memang la takde tamadun. Ahaks.. Tapi entri aku ni bukan pasal beruk. Tapi, manusia yang terlalu taksub dengan artis. Perilaku diorang tak ubah macam beruk.

Kenapa macam beruk? Meh aku terangkan:

Situasi 1:

Artis beraksi kat pentas, menyanyi, ataupun ambil award. Apa yang peminat fanatik ni buat? Iye, diorang akan terjerit2 macam kena histeria.

Masa tu maruah sebagai perempuan dicampak ke mana tah. Tak cukup dengan jerit-pekik, siap ada yang angkat banner, melompat-lompat macam beruk.


Situasi 2:

Yang ni aku nampak kat Akademi Fantasia haritu. Orang dalam AF tu baru brape minggu kat sana. Belum bergelar artis pun. Tapi dah ada fanclub yang obses.

Astro jemput fanclub salah sorang peserta AF untuk persembahkan tarian cheer. Kat situ persembahan diorang umpama beruk-beruk yang terkinja-kinja atas pentas.


Situasi 3:

Fenomena kipas susah mati artis yang pantang bila artis kesayangannya dikutuk. Mula la panas punggung, tak senang duduk nak pertahankan artis dia tu.


Nampak tak hubungan fanatik artis dengan beruk? Aku tak kata diorang tu beruk. Tapi perbuatan, tingkah laku diorang, tak ubah SEPERTI beruk. Setuju?
Read On

Menakutkan Bila Mak Bapak Restu Kerjaya Anak Sebagai Artis

36 comments 20 April 2011
Tak lama dulu aku ada tertengok trek selebriti. Interview bersama pelakon Adnan Sempit. Siapa ek nama pelakon perempuan tu? Ahh, biarlah rahsia.

Sesi suai kenal bersama pelakon tu, dari kerjaya dia. Sampailah background keluarga dia. Dan paling best, soalan Aril (host) kepada parents artis tu.

"Tak kisah ke anak berpakaian seksi-seksi ni?"

Ini jawapan bapak dia:

"Itu berlakon je"

Dalam hati, aku tersentak. "Erkk, bapak dia ni biar betol". Jahil sangat ke sampai tak tau walaupun berlakon, dosa masih dikira seperti biasa.

Membenarkan anak perempuannya terus-menerus melakukan perkara sumbang. Bahkan, siap bagi restu dan dorongan pulak tu. Errk, menakutkan..!!

Perbuatan dia boleh dikira sebagai dayus. Dan, diharamkan bau syurga bagi lelaki dayus. Tak cukup menakutkan ke kalau kita dah jelas2 tak boleh masuk syurga?



Aku google image "artis" keluar gambar ni. Kahkah..


Rezeki Istidraj

Bertambah bangga mak mapak artis tu bila anak dia 'berjaya'. Anak dia gunakan duit yang dia dapat untuk beli rumah yang lebih besar utk mak bapak dia.

Wahh, anak yang baik. Mengharukan sungguh. Sanggup menonjolkan susuk tubuh, untuk santapan mata semua orang, semata-mata untuk membahagiakan mak bapaknya. Memang setiap anak mahukan ibu bapanya bahagia kan?

Tapi, tahukah korang rezeki artis ni termasuk dalam ISTIDAJ? Iye, memangla kerjaya artis ni glamer. Dapat harta melimpah ruah. Tapi, ianya bukanlah rezeki yang diberkati Allah. Tak sedih ke kita bagi harta yang tak berkat kat mak ayah kita?

Korang pon tau kan kalau hasil tak berkat, apa yang mungkin terjadi kat kita? Mungkin suatu hari nanti keluarga kita pecah-belah. Atau macam2 malapetaka lagi yang Allah bagi sebab kita terus menerus buat benda yang DIA tak suka.

Pengajarannya, dalam apa-apa pekerjaan yang kita buat. Mestilah cuba sehabis baik utk dapatkan "kab ba ra kaf alif ta nun" daripada-Nya. Selamat beramal..
Read On

Rezeki Artis, Halal Atau Haram?

50 comments 30 January 2011
Wahh, sekarang ni berebut-rebut manusia nak jadi artis. Sebabnya tak payah belajar tinggi-tinggi, just berlakon, menyanyi duit masyuk. Glamer pon dapat. Instant money and popularity. Siapa yang tak nak kan?

Pastu bila menang award, artis-artis ni pandai bersyukur:

"Alhamdulillah, syukur saya kerana menang anugerah ini. Semoga saya lebih berjaya pada masa depan, insyaAllah"..

Dan tak lupa pada kaki kipas artis kontroversi. Contoh isu Ana Raffali yang menang Anugerah Juara Lagu yang lepas. Camni kaki kipas tu kata:

"Dah rezeki Ana Raffali memang. Dia menang sebab bakatnya. Setiap orang ada rezeki masing2. Tak payah la nak iri hati dengan kejayaan orang lain".


Apa yang korang faham dengan rezeki artis sebenarnya?

Rezeki artis? Macam mana seorang artis tu dapat duit? Ya, melalui lakonan yang memerlukan diorang pegang tangan dan adegan peluk orang yg bukan mahram dia..

Sama jugak dengan penyanyi. Suara perempuan tu aurat. Perempuan hanya boleh menyanyi di depan pendengar perempuan jugak..

Kalau korang nak tau, rezeki artis dinamakan ISTIDRAJ. Istidraj tu ape? Halal atau haram?

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya..

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Kalau dah dapat duit melalui jalan kemaksiatan, adakah masih halal rezeki tu? Korang sendiri pon tau jawapannya kan. Dah tentu la tidak..

Hope ada orang yang dah bukak mata lepas baca post ni. Jangan terlalu agungkan kekayaan orang yg dapat rezeki istidraj ni. Sepatutnya kita beristighfar panjang bila tengok orang dapat duit hasil drpd pekerjaan yang tak diredhai Allah..


p/s: Fasha Sandha masih dapat tempat di hati peminat? Tolongla kaki kipas sekalian. Bukak la mata korang..


Pautan entri:

1. http://muxlim.com/blogs/sumayyah_nasihah/apa-itu-istidraj/
2. http://www.al-azim.com/~beringin/agama/istidraj.htm
Read On

AWAS: Jangan Pertaruhkan Maruah Bangsa Semata-mata Untuk Trafik..

6 comments 20 November 2010
Amende la Malaysia ni nak jadi macam Amareka plak. Baru-baru ni kecoh gambar comolot Nabil dan video budak melayu comolot kat Bukit Bintang..

Yang tak boleh blahnya, semua blog pon nak share gambar, video comolot tu. Kalau bagi pendapat persendirian takpe gak. Ini just share semata-mata. Suruh orang lain tengok. Motif ape. Trafik la kan?

Memang orang melayu kita dengan seks susah nak dipisahkan. Sampai ramai blogger yg sanggup pertaruhkan maruah bangsa semata2 utk up trafik. Kalau korang rasa korang tergolong dalam golongan camtu, tolongla hentikan..

Mungkin ada yg tak perasan. Video yg kita share tu akan jadi ikutan orang lain. Lepas tengok gambar, video camtu. Diorang akan tertanya2 best ke comolot ni. Keinginan utk merasa comolot mula timbul..

Sifat semulajadi manusia yg ingin tahu akan buatkan diorang pun nak try buat aksi yg sama. So, dalam tak sedar, sebenarnya kita pon adalah penyumbang kpd masalah sosial negara..

Kalau orang luar cakap Melayu sinonim dgn seks, tau pulak kita melenting kan?


Ranking Carian "Bogel, Seks" Mengikut Bandar:

Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."

Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.

"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.

Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.

"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.

Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...