Fanatik Artis Umpama Beruk Tak Bertamadun


Wakaka, tak buleh blah btol tajuk entri aku. Dah nama beruk, memang la takde tamadun. Ahaks.. Tapi entri aku ni bukan pasal beruk. Tapi, manusia yang terlalu taksub dengan artis. Perilaku diorang tak ubah macam beruk.

Kenapa macam beruk? Meh aku terangkan:

Situasi 1:

Artis beraksi kat pentas, menyanyi, ataupun ambil award. Apa yang peminat fanatik ni buat? Iye, diorang akan terjerit2 macam kena histeria.

Masa tu maruah sebagai perempuan dicampak ke mana tah. Tak cukup dengan jerit-pekik, siap ada yang angkat banner, melompat-lompat macam beruk.


Situasi 2:

Yang ni aku nampak kat Akademi Fantasia haritu. Orang dalam AF tu baru brape minggu kat sana. Belum bergelar artis pun. Tapi dah ada fanclub yang obses.

Astro jemput fanclub salah sorang peserta AF untuk persembahkan tarian cheer. Kat situ persembahan diorang umpama beruk-beruk yang terkinja-kinja atas pentas.


Situasi 3:

Fenomena kipas susah mati artis yang pantang bila artis kesayangannya dikutuk. Mula la panas punggung, tak senang duduk nak pertahankan artis dia tu.


Nampak tak hubungan fanatik artis dengan beruk? Aku tak kata diorang tu beruk. Tapi perbuatan, tingkah laku diorang, tak ubah SEPERTI beruk. Setuju?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

35 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...