Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Kontroversi Blogger Tegur Artis

Rasanya korang semua pun dah tau pasal kontroversi ni. Seorang blogger tegur artis yang tengah meletop dengan filem Nur Kasih sekarang. Errk, kontroversi ke? Tegur artis ke arah kebaikan pun jadi kontroversi? Tak paham betul aku.

Standard la, pemikiran lemah orang kita. "Kalau nak tegur, biar yang sedap didengar". "Nak tegur tu jangan sampai aibkan dia".

Lolz.. Aib camne yang dimaksudkan kalau benda tu memang jelas terpampang? Masa dia pakai seksi tak pikir aib. Bila ditegur, orang kata bukak aib dia pulak.

Blogger tu pun dah mintak maaf secara terbuka sebab tayangkan teguran dia kat blog. Maka, berseronoklah kaki kipas artis tersebut. Tambah menyedihkan, ada jugak yang kata camni:

"Betul jugak diorang kata, awak tak patut tunjukkan teguran tu kat blog. Aib la dia".

So, bagi aku. Entri minta maaf sebab menegur dan paparkan kat blog tu tak perlu sebenarnya. Iye, dia ada buat gambar superimpose. Yang tu je aku rasa dia perlu mintak maaf. Bahagian-bahagian lain. TAK PERLU..!!

Kenapa? Sebab orang yang ditegur tu adalah ARTIS. Artis tu adalah idola ramai. Jadi ikutan remaja zaman kini. So, kejahilan mereka memang kita perlu dedahkan kat ramai supaya masyarakat kita sedar. Tiada apa yang perlu dibanggakan sangat dengan artis ni. Nak ke suatu masa nanti anak-anak kita pun bercita-cita nak jadi artis. Bangga dedah aurat sana sini?

Sepatutnya dalam hal camni, kita blogger kena bersatu. Akhirnya ada orang yang sanggup tampil ke depan untuk tegur artis yang dikatakan "kebal". Tapi sedih, ramai yang kutuk usaha blogger tersebut.

Kepada blogger2 tersebut, aku rekemenkan korang pergilah buat benda yang sama kat blog2 hiburan. Blog yang memartabatkan artis, yang bangga tayang aurat artis. Aku rasa blog camtu lagi banyak kot berbanding blog yang menegur artis.

Errk, tak sanggup nak buat sebab blog korang pun banggakan artis? Owh, ok, ok..

p/s: Jangan tanya mak aku pakai tudung masa umur berapa pulak ek. Kahkah..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

29 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...