Nostalgik: Mengimbau Kembali Kenangan Dolu-Dolu

"Malasnya nak kemas bilik", keluh aku semalam.

Nak tak nak, bilik yang dah lama tak kemas, aku kemaskan jugak. Dah bersawang kot bilik aku. Seronok sungguh sang labah-labah berasmaradana kat penjuru bilik aku tu. Memang nak kena vacuum betol mereka tu. Ngehh..

Al-kisahnya, segala barang2 lama aku selongkar balik. Mana yang tak pakai, selamat tinggal romeo la untuk mereka. Baru aku perasan, aku ni penternak kertas rupanya. Banyak betul kertas-kertas bersaiz A4 dalam koleksi aku.

Semuanya dah dibungkus. Kalau aku jual kat apek yang selalu jerit2 guna haler "old news paper, paper lama, kau kau koci". Aku rasa boleh jadi jutawan segera aku. Kehkeh..

Dalam proses mengemas, aku pun capai satu plastik yang dok celah bilik aku. Wahh, kenangan lama aku. Semuanya kat situ. Aku bukak satu-satu dan tengok balik semuanya.

Korang tau apa ada dalam plastik tu? Nak tau? Sabau la. Nak cite la ni. Ahaks..


Nostalgik 1:

Firstly, ada "report card" aku masa sekolah menengah dulu. Kat depan report card tu ada gambar aku masa form 1 kot. Serabai betol aku masa kecik2 rupanya. Kehkeh..

Best pulak bila tengok balik semua result2 aku masa peperiksaan bulanan dan akhir tahun dulu. Fuhh, depan2 muka surat banyak betul A.

Bila report card tu semakin diselak, jumlah A pon berkurang. Nampak sangat cikgu aku dah muak nak tulis huruf A lagi kat report card aku tu. Ahaks..


Nostalgik 2:

Pastu ada gambar2 masa sekolah. Gambar-gambar PLKN aku. Siap dengan filem lagi aku simpan. Maklumla, zaman dulu mana ada digital kamera.

Kodak la yang jadi pilihan hati kami. Pastu bila boring, filem tu jugak la yang kami guna utk tengok matahari secara direct. Hehe..



Nostalgik 3:

Seterusnya.. Ada surat. Surat perkenalan dari si dia masa aku form 5. Dia dok KL, aku dok selangor. Jumpa kat perkhemahan daerah.

Zaman aku dulu henpon utk orang kaya je. So, kami contact berutus surat je. Waahh, romantik sungguh. Haha..

Tapi si dia dah berkahwin pun. Baru je beberapa bulan lepas. Nampaknya takde guna lagi aku simpan surat-surat tu. Sob sob, selamat tinggal, wahai isteri orang.


Sekali-sekala, best jugak bila mengimbau balik kenangan lama ni. Tapi, tak semua orang suka kenangan yang lalu. Untuk mereka2 ini. Barang terbaik untuk anda adalah, "barang yang lama usah dikenang". Pesanan dari kumpulan Sepah. Kehkeh..

p/s: Aku takde idea camne nak endingkan entri ni. Layan je la ek. Ahaks..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

19 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...