Tahniah Semua: Blog Hina Islam Dah Kena Delete

Woah, baru-baru ni kecoh dengan blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sangat-sangat menghina Islam. Dalam blog dia penuh dengan gambar dan kata-kata yang menghina nabi kita, Muhammad s.a.w.

Tak cukup kat blog. Kat facebook pon dia promosikan jugak penghinaan dia tu. Makcik Hajjah tu orang melayu ke, india ke, tak dapat dikenalpasti.

Tapi, yang jelasnya. Apa yang dia buat memang saje nak provoke orang-orang Islam kat Malaysia ni. Berani-berani dia mempermainkan sensitiviti orang Islam yek. Natez betol..

Dan aku perhatikan, banyak blog dan forum yang mengecam hebat penghinaan tu. Tak jemu-jemu diorang menguar-uarkan hal ni kepada ramai. Siap kasi tutorial macam mana nak report supaya Makcik Hajjah dikenakan tindakan.

Tahniah diucapkan. Atas usaha anda semua. Blog dan profile makcik Hajjah tu dah di delete. Semoga blog macam ni "begone" untuk selamanya..

Tapi apapun, aku mohon kat semua blogger yang terlibat. Tolongla REMOVE semua gambar-gambar penghinaan yang korang share kat blog tu.

Blog makcik tu pun dah takde. Biarlah gambar-gambar keji tu pon hilang selamanya. Takut kalau tak buang, ada pihak lain yang eksploit gambar-gambr tu dan gunakannya untuk menghina islam pada masa akan datang.

Kita pun mesti tak nak hal yang sama berulang lagi kan?

p/s: Aku kagum bila kita semua bersatu menentang musuh islam. Tapi, sedih bila ada yang buat dek je Islam kena hina. Bila artis kesayangan kena kutuk, bukan main kuat lagi melatah.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

33 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...