Pengalaman Kelakar: Gadis Seksi Dan Ujian Komputer JPJ


Rasanya ramai antara kita yang dah ada lesen memandu kan? Standard procedur, sebelum dapatkan lesen L, kita kena lulus ujian komputer JPJ dulu.

Cerita ni berdasarkan pengalaman benar aku. Kat tempat ujian komputer tu, punyalah ramai makhluk-makhluk yang tunggu giliran untuk diuji.

Selesai diuji, semua peserta ujian berkumpul di ruangan depan untuk tunggu keputusan masing-masing. Dalam ramai-ramai orang, terdapat sekumpulan gadis seksi duduk di kerusi menunggu. Kerusi diorang belakang sekali. Kerusi aku pulak kat depan.

Aku perhatikan ada sorang mamat ni, mata dia tak lekang-lekang pandang sorang aweks seksi yang duduk kat belakang tu. "Cun la awek tu", dia bisik kat member sebelah dia. Tah apa la yang dia minat sangat kat perempuan tu. Seksi je lebih.

Tak lama lepas tu, keputusan ujian keluar. Nama setiap orang dipanggil mengikut turutan utk ambil slip keputusan. "Jejaka Terhangat Bin Lelaki Macho", nama aku dipanggil. Aku ke depan dan ambil result aku. Wow, 50/50. Aku betul semua.

Akak kaunter terus memanggil. "Mohd Arif Bin Samsudin". Tapi, tiada siapa bangun. Dia panggil lagi. "Mohd Arif Bin Samsudin". Tiba-tiba, gadis seksi yang belakang tadi bangun dan terus ke depan.

Bila dia ambil slip tu. Orang kat dalam tu semua gelak sopan. Wakakaka.. Brader yang bukan main usha awek tu tadi tepuk dahi. "Laa, mati-mati aku usha dia dari tadi. Nyah rupanya. Uwekk".

Pengajaran untuk lelaki sekalian. Perempuan kat luar sana sekarang banyak yang dah tak tulen. Yang bertudung pun tak tentu lagi dia tu perempuan. So, jaga-jaga ek. Pastikan tulen baru angkat buat bini. Kahkah..

Berita semalam: Permohonan Tukar Jantina [Klik sini]





*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

40 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...