Kesan Baca Komik Terhadap Aku, Dia Dan Kamu



Siapa antara korang tak suka baca komik? Sila close this entry sekarang..!! Ahahks.. OK, gurau jek. Kalau yang tak suka baca komik pon baca jugak. Takut-takut benda ni jadi kat anak-anak korang pulak nanti..

Masa kecik dulu aku sangat kuat baca komik. Mana taknya, adik beradik ramai. Kat atas aku ada seorang kakak dan seorang abang yang kongsi hobi yang sama.

Kami beli komik hasil daripada menyimpan duit belanja sekolah. Masa zaman aku sekolah dulu, komik yang jadi koleksi kami adalah Mutiara Naga, Misteri Naga, Penyiasat Remaja, Detektif Conan.

Akak pulak mengoleksikan komik Sailormoon. Sekali-sekala, kami beli jugak Doraemon, Dik Cerdas (Shin Chan), Yuyu Hakusho, Slam Dunk, dan banyak lagi la.

Haish, memang kaki kartun betul aku masa kecik dulu. Kalau rancangan TV tu toksah kata. Asal kartun je mesti tengok. Asal tengok TV, cite kartun la tu. Kehkeh..

So, straight to the point. Oleh sebab kat rumah aku banyak sangat komik. So, setiap kali waktu free, aku mesti capai satu buku komik, pastu baca berulang kali.

Bangun tido aku baca komik. Sebelum tido, tapi tak rasa ngantuk lagi, komik jugak yang di baca. Asalkan ada sedikit cahaya. Komik mesti jadi pilihan hati.

Terlalu kerap baca komik dalam gelap. Hasilnya, sebelum darjah 6 aku dah pakai cermin mata. Bila meningkat usia, power spek aku dah tahap power rangers. Nasib baik aku masih nampak kacak bergaya dengan cermin mata. Hehe..

Tapi sekarang aku tak giler komik lagi dah. Beli komik pon haram. Baca komik pun melalui online je. Itupun aku cuma baca Naruto dan One Piece. Minat aku terhadap kartun dah berkurang. Sekarang aku lebih cenderung kepada movie fiksyen.

Baca komik ni bagus sebenarnya. Ia dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif dalam diri seseorang. Tapi hati-hati. Jangan biarkan anak-anak korang terlalu taksub dengan komik. Takut dapat penyakit rabun ayam tahap kritikal pulak nanti.

Sayangilah mata anda setiap hari. Iklan dibayar ansuran oleh Eyemo Moist..=p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

24 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...