Filem Dalam Mihrab Cinta Best [Download Link Disediakan]

Wahh, filem yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy kini kembali lagi. Selepas filem Ayat-ayat cinta, pastu Ketika Cinta Bertasbih. Dan sekarang ni "Dalam Mihrab Cinta". Aku dah tengok. Memang best.




Watak utama dalam filem ni Dude Herlino, yang pegang watak Ustaz Ilyas dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih. Walaupun pelakon berulang, tapi aku memang minat lakonan dia. Ditambah pulak ada Meyda Sefira. Semakin bersinar la filem ni.

Nak tau lebih lanjut pasal filem ni. Baca sinopsis ni. Tak pun korang download la, tengok sendiri. Link download ada kat bawah. Hehe..

Sinopsis:

Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren. Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat dengan Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang pernah ditolong Syamsul saat dia dirompak di keretapi.

Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren. Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang penyeluk saku tegar, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.

Di tengah semua masalah dan kekacauan dalam hidupnya ini, Syamsul masih tetap diberikan jalan oleh Tuhan untuk melakukan taubat. Dia dipertemukan kembali dengan seorang gadis solehah bernama Sylvie (Asmirandah), dan dari sini kehidupannya berubah. Syamsul berhasil menjadi seorang guru mengaji dan seterusnya dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang Ustad pengisi acara dalam sebuah acara televisi swasta, kepercayaan orang-orang terhadap dirinya pun sudah mulai pulih perlahan-lahan.

Apakah ini semua bererti Syamsul berjodoh dengan Sylvie yang telah mengubah hidupnya? Ataukah Zizi cinta pertamanya yang sempat kandas?





*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

16 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...