Maknyah Pun Ada Bertudung? Erkk..!!!


Err, entri kali ni pasal pondan. Euu.. Bukan apa, semalam aku tengok Imam Muda. Task diorang minggu ni, melawat komuniti maknyah. Erkk..!!!

Fuuh, memang mencabar tugas diorang. Kesemua imam muda diminta untuk dengar masalah golongan maknyah ni dari hati ke hati. Kenapa diorang macam tu. Apa yang diorang harapkan dengan jadi maknyah ni sebenarnya?

Yang tak tahan tu, ada sorang maknyah tu siap bertudung. Haha, agak pelik di situ. Diorang tu bukan tak tau pasal islam. Malah, ramai antara "aww" ni ilmu diorang lebih tinggi daripada kita. Tapi masih tak dapat ikut kehendak islam dengan betul.

Ala, sama la dgn kita. Bukan tak tau aurat wajib ditutup. Tapi ramai je yang masih free hair, pakai baju ketat. Yang lelaki pulak, main bola dengan seluar pendek.

Ada ilmu, tapi tak beramal. Orang yang macam ni, tak layak nak kutuk-kutuk maknyah. Sebab diorang pun dua kali lima je.


Menurut salah sorang imam muda. Maknyah ni terbahagi dua:

1. Maknyah yang lembut semulajadi.
2. maknyah yang lembut dibuat-buat.

Lembut yang dibuat-buat tu yang paling masalah. Yang ni jelas2 adalah haram.

Maknyah yang semulajadi pulak, memang dah lembut sejak kecik. Kat sini la peranan mak ayah. Wajib buat sesuatu supaya anaknya berubah. Jadi keras seperti lelaki biasa. Jangan dibiarkan je.


Harapan golongan maknyah:

Tujuan komuniti maknyah ni ditubuhkan supaya konsep "gender equality" diterima. Diorang nak kita jangan diskriminasi diorang, terima diorang dalam masyarakat.

Errkk..!!! Kalau kita terima diorang, aku rasa lepas ni lebih ramai lagi yang akan muncul. Golongan gay, pengkid pun akan tampil tuntut hak diorang.

Hak apa tah yang diorang nak. Ketahuilah, sesungguhnya kita tak berhak ke atas badan kita. Dunia ni, tubuh kita, semuanya dipinjam. Sampai satu masa nanti kita akan pulangkan jugak kepada pemilik sebenarnya, iaitu Allah.

Tugas kita kat dunia ni senang je. Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Dia dilarang. InsyaAllah kita akan selamat dunia akhirat. Senang je kan? =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

26 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...