Kes Terlanjur Lagi? Isu Yang Takkan Pernah Selesai

Kelmarin aku ada dapat satu berita. Remaja 18 tahun disahkan mengandung. Bila doktor dah sahkan, masa tu mengalir la air mata dia. Menyesal katanya.

Dan seperti biasa, komen daripada para manusia yang kesian dengan nasib gadis tu, diorang akan kasi komen macam ni:


"Hm, nak buat macam mana. Benda dah terjadi. Yang penting dia menyesal. Orang sekeliling dia pun tak boleh la nak terus menghina dia. Nanti jiwa dia down, sampai bunuh diri lagi teruk"


Standard la tu. Bila dah mengandung, baru la nak menangis, rasa menyesal.

Cuba tanya orang yang menyesal tu. Berapa kali dah dia terlanjur dengan pasangan dia sebelum disahkan mengandung? Mungkin ada yang akan jawab camni:

"Ermm, saya dah terlanjur dengan dia 3 kali"

Ish2, ada jugak orang "TER" sampai berkali-kali ek. Nampak benor nipunya.

Situasi ni berulang, dan terus berulang. Remaja kita bersosial, pastu terlanjur, mengandung dan menyesal. Pastu sikap orang kita yang open minded, kita diajar menerima golongan terlanjur ni dengan hati yang terbuka. Jangan diskriminasi terhadap mereka.

Kalau pelaku kena tangkap khalwat sekalipun, apa la sangat denda yang mereka kena. Setakat kompaun yang boleh ditebus dengan duit. Tak heran.

Disebabkan kelemahan sistem pemerintahan, sikap keluarga, individu tu sendiri, dan jugak masyarakat. Semuanya mendorong kepada masalah sosial negara kita yang tiada penghujungnya.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

25 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...