PENGUMUMAN BUAT SEMUA DARI THE OFFICIAL OF GULA GULA

Ish, ish.. Ramai betul blogger anti dengan group kpop, eh mpop, Gula-gula tu ek. Rilek dulu. Jangan cepat marah. Meh tengok sini dulu. Admin diorang dah update announcement. Baca dulu apa katanya:

KAMI BAGI PIHAK GULA GULA INGIN MENYATAKAN DISINI BHW ANGGOTA GULA GULA TERDIRI DARI 6 ORANG YANG MANA EMPAT DARI MEREKA ADALAH BERAGAMA KRISTIAN. KEHADIRAN KAMI DI DUNIA HIBURAN BUKANNYA NAK BERMAKSUD UNTUK MENYAKITI HATI SESIAPA LEBIH LEBIH MEMPERLEKEHKAN AGAMA TERTENTU . KAMI MEMOHON MAAF JIKA KAMI MENYAKITI ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA TANPA KAMI SEDARI .BAGI DUA ANGGOTA KAMI YANG BERAGAMA ISLAM..

PIHAK PENGURUSAN AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MEREKA AKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG LEBIH SOPAN IA ITU JIKALAU MEREKA PAKAI SHORTS ATAU SKIRT, IANYA AKAN DI GAYAKAN JUGA DENGAN STOKIN GELAP HITAM YANG TIDAK MENAMPAKKAN KULIT.

SEKALI LAGI KAMI INGIN MENYATAKAN DI SINI KAMI TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENYAKITI ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA... SEBAGAI MANUSIA BIASA KAMI JUGA TIDAK DAPAT LARI DARI KESILAPAN...JUTAAN MAAF DI POHON DAN KAMI SENTIASA AKAN MENERIMA IDEA ATAU NASIHAT DARI MASA KE SEMASA TERUTAMANYA ANDA SEMUA YANG BENAR BENAR MENGAMBIL BERAT TERHADAP KAMI.

DIHARAP TIDAK ADA LAGI KOMEN YANG LUCAH LUCAH SELAIN DARI KOMEN YANG MEMBINA.. TERIMA KASIH

Sumber - The-official-of-gula-gula/pengumuman

Hahah, nonsense. Strategi je ni. Mula-mula kasi buat kontroversi sket. Kasi orang Islam Malaysia semua naik hangin. So, macam biasa la. Bila ada yang marah, mesti ada yang keluar bahasa kesat. Carut, maki hamun dan sebagainya.

Lepas tu, admin mintak maaf. Nampak macam orang baik-baik je. Dan ada orang bersimpati. Kat situ kita tengok mangsa keadaan adalah Gula-Gula.

Alahai, berapa innocent nya mereka. Dan group tu akan terus naik disebabkan ramai haters. Ciss, strategi murahan betul.

Oit, taktik camni si Fasha Sandha dah guna la. Pandai la engko tiru cara nak naikkan publisiti menerusi kontroversi ek. Sekarang ni, aku pun daripada tak kenal si Gula-Gula. Sekarang, terus tau. Tahniah, strategi engko menjadi.

Apa pun, aku seru kepada semua. Jangan pernah kita terima penubuhan group seksi macam ni. Bayangkanla kalau group ni diterima sekarang. Berapa banyak lagi yang akan muncul pada masa depan kelak? Tak ke hancur negara kita nanti?

Jangan anggap ni hal remeh. Artis senang jadi ikutan remaja. Korang semua nak ke satu hari nanti, anak-anak korang dengan megahnya keluar rumah dengan memperagakan skirt yang bawah sikit je dari paras punggung? Errk..!!! Dah macam orang takde agama pulak.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

31 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...