Biasanya menganjing orang ni kerja lelaki. Lebih-lebih lagi kalau nak nampak hebat di mata orang yang dia minat. Habis kawan sebelah dia jadi mangsa.
"Dia ni memang camtu, lembab. Meh saya lempangkan dia untuk awak"
"Pang", maka terkenalah si Leman penampo manja daripada kawan dia. Apa yang dia boleh buat. Sabau je la Leman. Nak marah karang jatuh saham depan aweks tu.
Aku pernah tanya kat sorang "hero" ni. Kenapa dia jatuhkan kawan dia kat depan aweks tu. Kesian aku tengok kawan dia dianjing2kan macam orang takde maruah.
Dia jawab, "Ala, gurau-gurau je. Tak kan itu pun tak boleh kot"
Haha, jawapan common. Bila aku kata meh aku pulak buat kat dia depan aweks, laju je dia cakap tak nak. Tau pulak dia. Tak nak rendahkan harga diri depan orang lain.
Nak bergurau tu boleh. Sekali sekala kondem kawan apa la salahnya. Tapi, jangan la teruk sangat sampai jatuhkan maruah dia. Jangan bergurau dengan buat cerita yang tak betul. Alih-alih boleh datangkan fitnah. Kan bahaya tu.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
mmg sial laki yg suka menganjing member depan pompan
lain tempat lain phmn dia erk istilah menganjing ni.. kalau kat tempat aku ni.. menganjing tu mcm mencabar org dlm keadaan sinis,, maksudnya,, dalam gurauan dia tu dia cabar org tu.. lebih kurang camtu la.. tak tertumpu hanaya depan pempuan je..
rajin betul jt update rini.. hoho..
p/s: pdhl lupe nak subscribe tu yg komen lagi skali tu.. :p
manusia.manusia.
@Ayeem Jemain
haha, marah betol si ayeem. mcm pernah lalui bnda yg same je. ek?
@Fariq
saje update lebih sket. masalah negara dah settle. rasa tenang sket. ngehh..
pasal dok menganjing tu mmg bukan tumpu pada depan perempuan je. aku pn rasa berdasarkan pemahaman masing2. =p
nganjing dalam istilah tganu mengenakan org..
tapi bukanlah depan awek2 je...
dan bukanlah blaku dlm kalangan laki je?
@cik fzamanusia yg dihaiwankan..=p
bahasa remaja yang makin tak bernilai...
menganjing itu best...dianjingkan itu tak best... hiduplah secara aman...
haha...
bese la tu..
nk nampak macho..
hahah
ih, tak suka dengor org cakap....'kena kencing', mak aiii rosak bahasa.....
kejam. orang macam ni, memang tak boleh dibuat kawan. nampak sangat dia tak pentingkan kawan. grr.
kalau aku, kena mcm tu, memg aku bg tazkirah baik punya, bg cramah agama, bg dalil2, konfom, sepa kena kondem pastu? wakaka..
hoho tak macho langsung ! :)
hero x kan bertindak sedemikian rupa..memalukan kwn sndiri..ish2..
erk..hina gila perbuatan dia.. bagi nampak hebat sendiri sudah la..x pyah la sampai nak nganjingkan org.. ish
tak suka org mcm tu
bro JT : selalo gak jumpa situasi camni...adehhh~ bodo je...ai x pernah buat camtu...
pernah nmpk tjadi, last kene marah balik kahkahkah padan muka..
baba nak penampaq oghang tu ramai yg suka.. bab nak kasik oghang penampaq diri kita.. sapa yg nak kan kan kan.. apapun wat apa menghanjeng.. perkataan ni ja dah nampak jahat.. kan kan kan..
wink!
to sape2 yang mcm tu mmg tak cool ok !
Katak Puru boleh dimakan???"
Perhatian Semua Photographer Amatur dan Profesional | ENPC’11"
org yang suka menganjing kawan depan awek utk menampakkan kononnya dirinya lebih macho, atau di tempat kerja suka menganjing rakan2 sekerja supaya dia nampak bagus depan management, orang2 yg macam ni aku rasa memang dalam keturunan diorang tu (tak kire la belah mak ke belah bapak diorang ke) ada ler sikit2 DNA anjing dalam darah diorang tu... tu pasal diorang suka menganjing orang!
kalau aku, memang cari nahas la sesape yg cuba nak menganjing aku tak kira la depan bos ke depan awek ke, sekali aku bongkar bulat2 segala kesilapan & kelemahan si kaki menganjing yg berkenaan. baru padan muka! "menganjing begets menganjing" bak kata orang!