Entri Menagih Simpati. Strategi Naikkan Populariti Blog

Blog korang ada haters? Pernah tak si anonymouse datang serang blog korang? Owh, pernah ek. So, apa yang korang buat? OK, tak payah jawab. Aku tau dah. Korang akan buat entri kan? Entri pasal si anon yang dengki dengan korang.

Bila ada anon bagi komen offensive, dia akan dicop sebagai haters, pendengki. So, anon dilabelkan sebagai jahat (walaupun tak semua anon bagi komen jahat).

Macam aku kata tadi, most of bloggers akan buat entri balas. Maklumla, blogger. Semua benda nak dibuat entri (padahal boleh balas balik kat "reply komen" je).

Blogger yang "bijak" akan gunakan peluang ni untuk naikkan blog dia. Biasa kita tengok, mereka ni akan buat entri berunsur menagih simpati.


"Yela, i ni memang teruk. Kepada haters i, i mintak maaf k, bla bla.."


So, datang la tukang kipas bagi komen sedapkan hati blogger sok suci tersebut.

1. "Awak jangan ambik hati, dia dengki je tu"
2. "Sabar tau awak, orang glamer memang ramai haters"
3. "Awak kena kuat, manusia memang tak boleh tengok orang lain senang"

Pastu, masuklah blogger baru ke blog dia.


"Susah jugak jadi blogger famous ni ek, ada je orang benci. Takpe, saya follow blog ni untuk tau perkembangan kebencian tu k".


Maka, bertambahlah bilangan follower blog tersebut disebabkan entri menagih simpati dia tu. Nampak tak flownya camne?

"Haters" sebenarnya bagi peluang kat korang untuk lebih dapat banyakkan follower. Bergantung pada "kebijaksanaan" korang untuk buat entri kesian.

Buatlah entri yang menampakkan koranglah mangsa. So, nanti akan ramai tukang kipas yang bagi semangat kat korang. Best kan dapat kipas?


the Truth..

Kahkah.. Ok. Hentikan semua tu. Bagi aku sebenarnya buat entri menagih simpati camtu adalah strategi murahan. So, jangan la buat ek.

Kita sebagai blogger kena la profesional terima kritikan orang. Dan jadikan kritikan tu sebagai "milestone" bagi memperbaiki diri kita.

Bukannya melabelkan orang yang kritik tu sebagai "haters". Lagipun, kalau betul la kita terasa dan terima pendapat dia, kenapa perlu buat entri? Nak cari publisiti kah?

Situasi ni menjelikkan aku sebenarnya. Lebih-lebih lagi kaki kipas yang nak jaga hati blogger kesayangan dia tu. Gedik sungguh.

Kalau nak jadi tukang kipas sangat, meh pergi kat sini. Baru betul2 kipas..


p/s: Lupa nak bagitau. Komen anonymous terpaksa di "off" kan bagi mengelakkan spam yang semakin banyak masuk ke blog ni. Kesulitan amat dikesali..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

51 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...