Blog Ini Pulak Kena Hack. Blog Korang Bila Lagi?

Woah, sekarang ni hack macam dah jadi musim pulak. Haritu baru je dengar pasal facebook HotFM dan Fara Fauzana kena hack, dalam tempoh masa yang singkat.

Pastu tadi sorang kawan blogger kita pulak blog dia dihack:



Adehh, kesian Crow. Jadi mangsa hack. Dah macam matrix reloaded plak background blog dia. Ahaks. Menurut maklumat yang hacker tu tinggalkan. Segala content kat blog dia tak diusik. So, masih boleh diselamatkan lagi la blog dia.


Macam mana blogspot boleh dihack?

Sebenarnya, bukan blogspot yang dihack. Tapi, dia masuk ke blog kita melalui email dan password kita yang lemah. Atau mungkin password kita dah "leak" tanpa kita sengajakan.

Sebab tu dalam dunia internet ni kena hati-hati. Jangan main register kat mana-mana website gunakan email dan password yang sama.

Bila email dan password dah "leak", macam-macam diorang boleh dibuat. Termasuklah access ke facebook dan blog kita.

So, hati-hati ye semua. Jangan sampai blog kita pulak jadi mangsa hack lepas ni.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

25 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...