Tips Menangani Orang Psiko

Korang pernah ada masalah dengan orang psiko? Erkk, tak pernah? Entah-entah korang sendiri pun psiko kot. Ahaks.. Ok gurau je.

Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.


Masih tak jelas pasal orang psiko? Meh sini aku kasi contoh:

1. Ex-boifrend/gelfrend yang terus menerus mengacau, mengganggu hidup korang walaupun dah tiada apa-apa hubungan. Dia mengancam orang sekeliling sekiranya korang dekat dengan siapa-siapa.

2. Stalker yang terlalu taksub meminati diri korang. Dia boleh tau apa aktiviti korang sepanjang hari. Dia kerap miskol, sms tanpa henti. Sehingga menyebabkan korang fedup, tension. Rasa nak kasi pelempang maut kat stalker tu.

Orang psiko ni biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "bodoh". Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Macam mintak disepak. Tak ke bodoh namanya tu. Ahaks..


Tips Tangani Orang Psiko

Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

Setiap kol, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali korang kasi feedback. Jangan angkat kol dia untuk ucap "tak mau la, jangan la". Sia-sia je.

Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan.


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan kita/kenalan kita?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang aku kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.


Hope tips ni dapat bantu korang berdepan dengan orang psiko. Aku sendiri pun pernah lalui saat2 genting dengan orang psiko. Dan, dengan tips dia atas. Aku selamat daripada ancaman dia. Hehe. Papepon, semoga berjaya yek..=p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

42 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...