Showing posts with label Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Show all posts
Showing posts with label Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Show all posts
Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Arlene Tan Dituduh Sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara16 comments 14 August 2011
Siapa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara?
Dia ni adalah si blogger celaka yang menghina islam, dan Nabi Muhammad dengan menggunakan bahasa macam orang takde tamadun. Identiti sebenar dia takde siapa yang tahu. Web blog: tak perlu kasitau kot. buat nyampah je. Siapa Gaysec? Gaysec adalah kumpulan hacker yang kononnya berjaya bongkarkan identiti sebenar Makcik Hajjah. Pendedahan identiti Makcik Hajjah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Website: http://www.gaysec.org Siapa Arlene Tan? Arlene Tan adalah individu yang dituduh oleh Gaysec sebagai Makcik Hajjah. Tapi Arlene Tan menafikannya, dan dia membuat laporan polis atas perkara ni. Web blog: http://purplepearl.wordpress.com Siapa bloggers? Bloggers adalah tukang sebar fitnah dalam alam maya. Mereka juga sentiasa berusaha untuk naikkan trafik blog, walau apa jua cara sekalipon. Aku pon tak terkecuali jugak. Ahaks.. Pandangan peribadi Jejaka Terhangat Tak dinafikan, Gaysec memang kumpulan hacker yang hebat. Dapat bolos kebanyakan website kat dunia ni. (Perghh, give them a big clap). Tapi, tak bermaksud bloggers kena percaya 100% atas pendedahan yang dibuat. Kalau tuduhan ni tak betol. Tak pasal-pasal bloggers pon dah jadi agent sebar fitnah. Sepatutnya, bila dapat berita camtu, jangan terus pikir nak share untuk UP TRAFIK blog. Tapi research dulu. Selari dengan firman Allah: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” Dan sebenarnya, segala tuduhan yang Gaysec buat terhadap Arlene tak benar. Mungkin ada kesilapan dalam research diorang kot. Yang bagusnya, Gaysec dah pun keluarkan penyataan maaf kat laman web diorang: Kenyataan maaf Gaysec Gaysec dah minta maaf. Bloggers yang share tuduhan tu bila lagi? Lain kali jangan terus share kat blog bila dapat berita macam ni yek. Tuduhan melulu hanya membuatkan Islam lebih dipandang serong oleh bangsa dan agama lain. Apapun, hackers sekalian. Aku harap supaya korang jangan pernah berhenti daripada aktiviti korang hack group2 anti Islam. Lebih2 lagi kat facebook. Tahniah Dragon Force Tahniah aku ucapkan kepada team hacker Dragon Force sebab dapat godam group Insan Berfikir (The Thinking Human). Group ni asalnya baik. Untuk berfikir. Tapi malangnya jadi semakin rancak bila Islam dihina oleh golongan atheist. Admin pulak buat bodo, duduk diam je. Lepas kena hacked dengan Dragon Force, barula kekecohan group tu dapat diamankan. Nice job..!! p/s: Ini la kesan buruk internet. Hak bersuara terlalu bebas. Terlalu banyak group2 kat facebook yang menghina Islam. Sakitnya hatiku.. Tahniah Semua: Blog Hina Islam Dah Kena Delete33 comments 26 May 2011
Woah, baru-baru ni kecoh dengan blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sangat-sangat menghina Islam. Dalam blog dia penuh dengan gambar dan kata-kata yang menghina nabi kita, Muhammad s.a.w.
Tak cukup kat blog. Kat facebook pon dia promosikan jugak penghinaan dia tu. Makcik Hajjah tu orang melayu ke, india ke, tak dapat dikenalpasti. Tapi, yang jelasnya. Apa yang dia buat memang saje nak provoke orang-orang Islam kat Malaysia ni. Berani-berani dia mempermainkan sensitiviti orang Islam yek. Natez betol.. Dan aku perhatikan, banyak blog dan forum yang mengecam hebat penghinaan tu. Tak jemu-jemu diorang menguar-uarkan hal ni kepada ramai. Siap kasi tutorial macam mana nak report supaya Makcik Hajjah dikenakan tindakan. Tahniah diucapkan. Atas usaha anda semua. Blog dan profile makcik Hajjah tu dah di delete. Semoga blog macam ni "begone" untuk selamanya.. Tapi apapun, aku mohon kat semua blogger yang terlibat. Tolongla REMOVE semua gambar-gambar penghinaan yang korang share kat blog tu. Blog makcik tu pun dah takde. Biarlah gambar-gambar keji tu pon hilang selamanya. Takut kalau tak buang, ada pihak lain yang eksploit gambar-gambr tu dan gunakannya untuk menghina islam pada masa akan datang. Kita pun mesti tak nak hal yang sama berulang lagi kan? p/s: Aku kagum bila kita semua bersatu menentang musuh islam. Tapi, sedih bila ada yang buat dek je Islam kena hina. Bila artis kesayangan kena kutuk, bukan main kuat lagi melatah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|