Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup [Entry Finale]

46 comments 30 November 2010
Fuuhh, dah 2 hari kita dipanaskan dengan 2 topik tentang terlanjur kat blog ni. Lelaki terlanjur, dan perempuan terlanjur. Nak ke korang jadikan teman hidup?

1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?

Macam2 feedback yg best2 yg aku dapat. Thanks kpd semua yg drop komen. Dan ada jugak yg terima cabaran aku buat entri pendapat tentang tajuk ni kat blog diorang. Antaranya mOoN dan Miss Ainia. Sorang cakap boleh terima sorang lagi totally TAKNAK. Errkk..

Papepon, tiba masanya aku tunjukkan keputusan vote:



Keputusan undi dah jelas. Memang lebih ramai lelaki dan perempuan tak nak terima pasangan yg terlanjur utk dijadikan teman hidup. So, siapa2 yg belum pernah melanjur tu jgn sesekali nak coba. Tolong jauhi zina yek..

Zina tu sedap sekejap je. Tapi azab kat akhirat nanti lama giler. Sanggup ke korang, tak takut? Kalau aku memang tak sanggup. Ish2..

"Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa : 32]


Yang paling aku terkejut. Ada yg cakap "dara ke tak, bukannya penting sangat". Woah..!! Ingat sini Amareka ke? Orang barat memang la kalau 15 tahun masih ada dara kena perli, dianggap kolot..

Sini Malaysia beb..!! Kita orang Islam. Islam sangat mementingkan kesucian diri. Orang yg tak pandai jaga kesucian diri, adakah dia akan jadi isteri atau suami yg baik? Korang pernah baca paper, seorang suami yg tangkap sendiri isterinya khalwat?

Mesti pernah punya kan. Kalau tak tau jaga kesucian diri, camtu la apa yg akan berlaku nanti. Suami pergi outstation, si isteri yg kesunyian pergi cari org lain sbg peneman. Hasilnya, rumah tangga porak peranda..


Kalau orang yg terlanjur ni dah insaf macam mana..?

Ni lah yg sebenarnya persoalan yg aku saja main2kan dalam pemikiran korang semua. Supaya korang kompius, dan berfikir lebih jauh. Ahaks..

Sebenarnya, insaf je tak cukup. Seseorang tu perlu sebenar2 TAUBAT (taubat nasuha), berjanji takkan ulangi perbuatan dia lagi..

Kalau dia dah mengaku kesalahan dia, jangan kita hina-hina dia lagi akan kesalahan dia yg lepas. Kita sepatutnya bagi semangat dan motivasi untuk dia berubah. Bukannya terus jauhkan diri darinya..

Sedangkan Allah terima taubat hamba-Nya. Malah orang yg bertaubat kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah..


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” - Hadits riwayat Abu Dawud no. 4690 dari jalan Abu Hurairah.


Tapi masih, nak terima seseorang yg pernah terlanjur tu terletak pada individu. Fikirlah semasak-masaknya bila korang berdepan dengan situasi camni yek..


Pesanan ringkas Jejaka Terhangat:

"Jangan berubah jadi baik, semata2 nak dptkn gadis yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah. Nescaya gadis yg baik akan datang padamu."
Read On

Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?

75 comments 29 November 2010
Fuiiyoohh, topik Jejaka Terhangat sebelum ni memang sangat panas. Dan dapat sambutan hangat drpd ramai bloggers. Siap ada blogger yg buat entri membidas dan mengomen balik tentang tajuk aku semalam:

Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?


Antara bloggers yg bagi pendapat bernas kat entri diorang adalah:

1) Atok (pandangan bernas yg membela hati wanita)
2) Cik Kangkung (kesan terlanjur terhadap anak)
3) Acitspace (everybody deserve second chance)
4) Tricuspid Valve (merekomen gadis terlanjur kat lelaki yg vote "ya")


Cakap pasal voting, stakat ni resultnya, majoriti lelaki pilih TAKKAN TERIMA perempuan terlanjur utk dijadikan isteri. Dan pilihan ni semakin naik dari semasa ke semasa..

Err, tak lupa jugak banyak komen tak puas hati drpd perempuan yg dok tanya, "Kalau lelaki pulak yang terlanjur macam mana, jawab2"..

Ye, ye nak jawab la ni. Sabar2. Teruskan membaca yek. Hehe..


Owh, sebelum tu. Play dulu lagu ni utk datangkan mood cinta korang:




Firstly korang kena tau perbezaan antara lelaki terlanjur dgn perempuan terlanjur. Perbezaan yg paling ketara adalah:

* Perempuan terlanjur boleh dikesan jika dia dah tiada dara.
* Lelaki tak boleh kesan dia masih teruna atau tidak.

(perubatan sekarang boleh check ke tak, tak pasti)

Ada yg kata, "kalau perempuan dah mengaku maksudnya dia ikhlas, betul2 insaf. Bukan senang perempuan nak bukak aib sendiri. Padahal kalau dia taknak bagitau pon boleh je kan. So, lelaki patutnya kena la terima perempuan tu seadanya"..

Hmm, sebenarnya ada kesilapan kat situ. Macam aku kata tadi, perbezaan ketara lelaki dgn perempuan terlanjur adalah dara perempuan boleh detect on the spot masa malam pertama perkahwinan..

Maksudnya, lambat laun bakal suami dia tetap akan tau dia sebenarnya pernah terlanjur atau tak. Just matter of time. Dan perempuan takda pilihan lain selain MENGAKU awal-awal yg dia pernah terlanjur..

Kalau dara perempuan pon tak boleh detect, aku rasa diorang pon nak senyap sampai mati. Betol tak? Aku tak nafikan ada perempuan yg hilang selaput dara sebab aktif bersukan dan sebagainya. Tapi tu kes minoriti. Lain kira..

Kesimpulannya, dan berdasarkan vote. Memang lebih ramai lelaki takkan terima perempuan terlanjur utk dijadikan isteri. Perempuan kena terima kenyataan ni..

Nasihat aku utk perempuan, jadikan kenyataan ni sbg kekuatan korang utk terus pertahankan kesucian korang sampai bila-bila. Jangan cepat termakan pujuk rayu, janji manis, ayat-ayat cinta yg diucapkan lelaki..

"Lelaki zina utk perempuan zina, dan begitu jugak sebaliknya". Tapi bagi aku, perempuan yg sebenar2 taubat tidak lagi tergolong dlm perempuan zina, dan masih layak dapatkan lelaki yg baik (ingat, kedudukan manusia yg bertaubat lebih tinggi darjatnya di sisi Allah)..




OK, berbalik kepada tajuk entri. Soalan yg sama tp utk perempuan:

Adakah Anda Nak Terima Lelaki yg Terlanjur utk Dijadikan Suami?


Lelaki jawab "Tak Pasti" utk tengok result.
Perempuan vote "Ya" atau "Tidak" sahaja.


p/s: Korang boleh bagi pendapat seperti biasa kat komen bawah ni. Atau join topik diskusi ni melalui entri korang, pastu tinggalkan link kat komen. OK? =)
Read On

Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

108 comments 28 November 2010
Perghh, memang panas soalan Jejaka Terhangat ni. Jawab soalan aku ye jejaka sekalian.. Adakah korang nak terima atau tak gadis yg pernah terlanjur untuk dijadikan isteri?

Aku pernah baca survey kat paper mana tah. Katanya 9/10 pelajar perempuan sebuah IPT menjawab pernah buat hubungan seks. Pergh, banyak giler tu. Rasanya survey tu macam tak betol. Tapi kalau betul macam mana?

Inilah yg kita semua lelaki kena pikir start dari sekarang. Jangan tiba-tiba nak kawen, pasangan korang bgtau yg sebenarnya dia pernah terlanjur. Pastu korang naik gila pulak, sebab tak dpt terima kenyataan tu..

Aku ada kenal sorang kawan. Katanya dah lama bercinta, baru makwe dia bgtau yg sebenarnya dia pernah terlanjur. Hm, standard la tu kan. Dah tau lelaki tu cinta gila-gila kat dia baru la bagitau. Kalau first kenal dah bagitau confirm kena reject punya..

Kalau benda yg sama jadi kat korang camne? Adakah korang nak jadi macam Kasha, Lagenda Budak Setan yg terima Ayu yg pernah terlanjur dgn bekas kekasih dia utk dijadikan isteri atas dasar cinta? Atau korang cari perempuan lain yg masih kuat menjaga kesucian mereka?


Play lagu ni dulu utk dapatkan mood cinta korang. Teruskan membaca dan berfikir..




Hmm, rasanya ramai lelaki yg akan menjawab, "kalau dia dah insaf, aku terima dia seadanya". Betol tu, kalau aku pon akan jawab camtu. Tapi camne pulak kalau aku tanya camni:

1. Kalau dia terlanjur sampai lahirkan anak, korang nak terima lagi tak (dengan anak dia sekali)?

2. Kalau dia terlanjur, pastu dia gugurkan kandungan dia sbb taknak orang tau. Korang terima lagi tak?

3. Kalau dia terlanjur sampai lahirkan anak. Pastu dia buang anak dia. Korang terima lagi?


Kalau rajin korang jawab la 3 soalan advanced tu sekali ye. Tapi yg aku paling nak tau, kalau gadis tu pernah terlanjur, korang terima dia utk dijadikan isteri atau tidak?



Perempuan undi "Tak Pasti" utk tengok result.
Lelaki jawab "Ya" atau "Tidak" sahaja.
Read On

Nak Naikkan Follower? Tinggalkan Link BloG Anda Di Sini SEKARANG..!!

71 comments 27 November 2010
Fuhh, tajuk post macam gempak je. Tapi sebenarnya aku bukan nak share tips naikkan follower ke ape..

Just nak bagitau, sesiapa yang nak Jejaka Terhangat follow bloG dia, sila tinggalkan link bloG korang kat komen bawah ni..

Kadang-kadang ada blogger yg kata dah follow bloG ni kat shoutbox, tapi aku terlepas pandang. Dan ada antara follower yang aku tak sempat nak follow balik. Maaf sangat2..

Aku rasa lebih adil kalau korang dah follow aku, aku follow korang balik. Tapi kat sini aku nak buat sumting laen sket..

Tak kesah la korang follower blog ni atau bukan. Dah follow blog ni ke blom. Nak follow ke taknak..

Just tinggalkan je link bloG korang kat komen bawah ni. Pastu aku akan follow bloG korang.. Orait? =)


cara2 letakkan link blog, gunakan hyperlink code:

<a href="url-bloG-anda "> url-bloG-anda </a>
Read On

Perempuan Tak Malu Dalam Bercinta: Gambar Ciumulut Diletakkan Dalam Facebook.

45 comments
Sebelum ni aku ada buat entri lelaki versus perempuan. Tajuknya "Antara Lelaki dan Perempuan, Siapa Lagi yang Tak Malu Dalam Bercinta?" Point aku perempuan lebih tak malu. Dan ramai jugak yang sokong penyataan aku tu..

Aku bukan anti dgn perempuan. Tapi perempuan ni kalau terlalu taksub dengan cinta, semuanya dia nak dedahkan, termasuklah aib diri sendiri..

Semalam, aku jalan2 kat facebook friends. Tekejut berok aku bila tengok sorang aweks ni letak gambar dia ciumulut dengan boifren dia. Tapi tang mulut tu dia censored la..

"Mak aih, tak malu giler minah ni". Dalam hati aku dok mengata dia. Gambar cium mulut tu aku tak nak letak kat sini. Rosak kesucian blog ni nanti. Ahaks..


AWAS: Jangan Pertaruhkan Maruah Bangsa Semata-mata Untuk Trafik..


Tapi aku share kat korang komen2 kat gambar tu. Meh tengok sini:




Yang aku highlight tu komen yang boleh dikatakan agak SENGAL..!! Dia suruh kita open minded plak bab ciumulut ni. Aduiiyaii, rusak2..

Punyala aku rasa jelik dan sakit hati. Lastly aku drop komen camni:




Memang antara petanda akhir zaman, manusia tak malu tunjukkan aib diri sendiri. Malah berbangga dengan keaiban tu. Tapi, kalau boleh kita kena la ada kesedaran. Jangan pulak kita ni jadi contribution kepada petanda akhir zaman sekarang ni..




p/s: Jangan lupa tegur kawan2 yg buat maksiat. Takde istilah kubur lain2 sebenarnya dalam Islam..
Read On

Memang La Dunia Akhir Zaman. So, What..?

26 comments
Sekarang ni isu masalah sosial, jenayah sana-sini. Blogger pon post isu tersebut kat blog masing2. Pastu reader datang drop komen. Rata-rata komentar akan cakap pasal dunia akhir zaman. Korang perasan tak?

Contohnya, video budak ciumulut kat Pavilion aritu. Majoriti komentar cakap, "dunia akhir zaman memang camni"..

Errr, entah kenapa. Aku rasa jelik orang drop komen camtu. Macam dah anggap "akhir zaman" ni sebagai trend pulak. Isu akhlak dianggap perkara remeh..

Yang aku bertambah pelik, kadang-kadang aku perati yang pandai komen "akhir zaman" ni perempuan yang tak bertudung, tak tutup aurat. Hmm, diorang ni faham ke sebenarnya apa maksud akhir zaman ni..


Apa pandangan korang dengan perkataan "dunia akhir zaman" ?

1 - Memang nabi dah kata pada akhir zaman semua tu akan berlaku. Kita tak boleh buat apa-apa. So, biarkan je la..

2 - Kita kena cegah semua ni. Nabi bagi kita petanda akhir zaman supaya kita insaf, berbalik kpd tali Allah. Benda macam ni tak boleh dibiarkan..


Golongan no. 1, takde kesedaran langsung dgn apa yang berlaku. Kerosakan akhlak orang lain macam dah jadi hiburan pulak bagi dia. Tapi, dalam tak sedar, sebenarnya majoriti antara kita termasuk dalam golongan no. 1 ni..

Sangat sedih..!! Tapi itulah realiti apa yang berlaku sekarang. Perkataan "akhir zaman" hanya ungkapan di bibir semata-mata. Tapi langsung takda keinsafan sebalik kata-kata kita tu..

Semoga lepas ni kita semua sedar, dan masuk dalam golongan no. 2 pulak. Amin..
Read On

Wakaka, Nak Menipu Pon Jangan La Bodoh Sangat..!!

12 comments 26 November 2010

Tergelak aku baca paper kosmo online harini. Tajuknya "Curi wang isteri bayar hutang kahwin". Berita pasal sorang lelaki sanggup curi barang kemas isteri dia. Pastu buat report polis kata kena rompak..

Taktik dia tu ok lagi kot. Tapi yang sengalnya, dia sorokkan barang kemas yang dia curi tu dalam but kereta dia sendiri. Kahkah, mangkuk tingkat betol. Mana tak kantoi..

Len kali kalo nak menipu pon cuba la bijak sikit. Sorok kat dalam semak-samun ke. Kat dalam tanah kawasan terbiar ke. Yang jauh dan susah nak dicari la..

Ahaks, kan aku dah terajar dia camne nak jadi pencuri dan penipu yg lebih bijak. Ngehh..


Curi wang isteri bayar hutang kahwin:

MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.

Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.

“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.
Read On

Jom Uji Berapa Cekap Minda Anda..

3 comments 25 November 2010
Ujian Dementia: Betapa cekapnya anda!! 

Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK? 


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda..... 



Ready? GO!!! (lihat bawah) 


Read On

Pengkid, Tomboy dan Lesbian Adalah...

19 comments

Menurut wikipedia, pengkid, tomboy dan lesbian tu sama je ertinya. Hmm, ye ke? Aku rasa tak brape nak sama. Daripada pemahaman aku:


Pengkid ialah:

Perempuan yang berwatakan, berpenampilan, dan bergaya persis seperti lelaki. Pengkid suka perempuan yang cantik. Sama seperti naluri lelaki terhadap perempuan..

Tomboy ialah:

Perempuan yg berwatakan agak kasar seperti lelaki. Ada yang berpenampilan seperti lelaki, ada yang tak. Naluri dan nafsu mereka masih terhadap lelaki..

Lesbian ialah:

Perempuan yang suka kaum sejenis. Pengkid termasuk dalam kategori lesbian. Tapi ada juga perempuan yang luarannya nampak normal. Tapi naluri dia lebih kepada kaum dia sendiri..


Nampak tak perbezaan ketiga-tiga tu? Aku sendiri pernah borak dengan pengkid dan lesbian kat public chatting room. Sempat jugak la aku korek rahsia diorang. Diorang kata..


Alasan utama perempuan berubah jadi pengkid dan lesbian:

1. Dikecewakan lelaki.
2. Memang dah dilahirkan nafsu ke arah kaum sejenis.
3. Perempuan lebih memahami.


Alasan dikecewakan lelaki memang top. Ada antara diorang yang tak percayakan semua lelaki lagi lepas dikecewakan. Lelaki jugak dikatakan tak pandai melayan kemahuan diorang. Tak memahami, bla bla bla..

Apa-apa pon alasan diorang, suka kaum sejenis tetap haram hukumnya. Memang aku sendiri mengaku, kadang-kadang lelaki ni memang teruk. Tapi tu tak boleh dijadikan alasan untuk amalkan seks songsang..




Ada jugak yang sound aku balik, "Kau tak dilahirkan dengan nafsu macam ni, ko mana faham perasaan aku.!!"..

Ni aku ingatkan. Nabi kita dah bagi tips camne nak control nafsu. Iaitu dengan berpuasa. Tips dah ada, salah sendiri la kalau tak praktikkan..

Kalau gagal dlm cinta, jgn terlalu kecewa. Sebab cinta manusia takkan kekal. Kalau tak dapat cinta hakiki drpd Allah, tu yg sepatutnya kita kesal..
Read On

Saya Keliru Dengan Aurat Saya..

17 comments 24 November 2010
Aku tertarik dengan status facebook blogger Touya Karuma. Katanya, perempuan sekarang keliru antara tutup aurat dgn pakai tudung. Dan lelaki tak tau aurat diorang..

Betul apa yg dia kata kan. Sekarang ni memang ramai perempuan yg bertudung, tapi pakai baju ketat. Diorang dah anggap pakai tudung tu dikira tutup aurat. Tapi diorang lupa yg bentuk badan tu pon sebenarnya aurat..




Lelaki pon sama. Aurat lelaki tak kira apa jua situasi tetap pusat HINGGA lutut. Bukan pusat DAN lutut. Ada jugak yg salah sangka. Haish..

Susah sangat ke nak faham aurat ni? Sampai keliru agaknya ek. Itu baru basic. Ni ha, aku mau tanya yg advanced sket..


Tahukah anda..

1. Aurat sesama adik-beradik (lelaki dan perempuan) antara pusat hingga lutut?

2. Aurat perempuan muslim dengan non-muslim sama spt lelaki bukan mahram (seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan) ?

3. Suami isteri tiada aurat?



Walaupun kita boleh bogel depan laki bini, tapi tetap batal air sembahyang kalau bersentuh kulit. Ha, yang ni pulak brape ramai je yg tau?

Soal aurat ni kita kena la jaga betul-betul. Jangan sampai jahil tapi buat2 tahu macam kebanyakan artis kat Malaysia ni..


Diingatkan. Tutup aurat tu WAJIB. Tak kira la ikhlas ke tak. Dah dapat hidayah ke belum. WAJIB tetap WAJIB dibuat. Dan kalau kawan kita tak tutup aurat. Kita kena tegur. Jangan dok puji diorang pulak..


p/s: Ilmu agama perlu dicari. Itu tuntutan. Kita tak boleh biarkan ilmu tu datang dgn sendiri je..
Read On

Jom Belajar Main Judi..

13 comments 23 November 2010

Pelik aku dengan polis. Diorang ni terpengaruh dengan cerita "God of Gamblers" ke? Dengan gunakan alasan utk banteras jenayah, diorang siap latih pakar judi..

Adakah kalau nak tangkap maknyah diorang pon kena menyamar jadi pondan? Nak siasat pusat hiburan diorang pon kena belajar minum arak? Nak banteras penagih dadah, kena join orang hisap dadah?

Buat serbuan kat pusat judi, tangkap orang yg terlibat. Pastu interrogation je utk dapatkan maklumat tak cukup ke? Yang tak tahan tu siap ada peruntukan utk polis melatih pakar judi ni..

Matlamat halalkan cara ke? Haish, entahlah...


Latih Jadi Pakar Judi:
KUALA LUMPUR: Anggota dan pegawai polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) akan dilatih menjadi pakar judi bagi membolehkan mereka menggunakan kemahiran itu untuk membanteras kegiatan perjudian di negara ini.

Ini berikutan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi memberkas ahli sindiket perjudian. Makmal itu yang ditempatkan di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini bertujuan melahirkan pakar judi yang memahami setiap permainan yang ada kaitan dengan perjudian agar lebih efektif. Mereka juga akan menjalani amali seperti keadaan sebenar yang terdapat di kasino atau pusat perjudian di makmal itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sebanyak RM198,000 diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu di samping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette, tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian lain yang ditaja Genting Malaysia Berhad yang bernilai RM110,000. “Saya berharap langkah ini dapat memberi pendedahan mencukupi kepada pegawai dan anggota untuk melayakkan mereka bergelar pakar judi.

“Mereka yang terpilih diharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dalam usaha membanteras kegiatan perjudian di negara ini,” katanya pada sidang media selepas pada Majlis Pelancaran Manual SOP Siasatan, Portal C.I.D Update dan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian di Maktab PDRM, di sini, semalam.

Ismail berkata, buku Manual SOP Siasatan pula diterbitkan dalam usaha memantapkan kualiti penyiasatan pegawai penyiasat dan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM bagi kes kekerasan iaitu bunuh, rogol, samun dan samun bersenjata.

“Buat permulaan sebanyak 3,000 naskhah membabitkan kos RM150,000 diterbitkan yang menjadi panduan asas kepada pegawai penyiasat untuk mempunyai ilmu penyiasatan tinggi, cekap dan profesional.

“PDRM turut membangunkan sebuah portal dikenali Portal CID Update dengan menggunakan sistem teknologi maklumat PDRM, terkini dan dibangunkan tanpa kos,” katanya.

Beliau berkata, kewujudannya memberi kemudahan dalam pengedaran laporan dan memantau perkembangan siasatan serta mempercepatkan proses hebahan berita, laporan, aktiviti dan arahan semasa. “Portal ini juga sebagai media hebahan dan pengumuman aktiviti Jabatan Siasatan Jenayah melalui modul buletin, memantau pergerakan dan penugasan pegawai serta menjadi sumber rujukan dan perpustakaan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya. - Metro Online.
Read On

SUPPER Menu Jejaka Terhangat...

0 comments 22 November 2010
Demi memaintainkan berat badan aku, menu ni la yg biasanya jadi makanan lewat malam atau SUPPER aku..

Jom sume jemput makan. Bismillahirrahmanirrahim..


Burger Daging Double dan Benjo. Nyam2..

Burger Daging Double = RM 3, Benjo = RM 1.70, Total = RM4.70

Burger tak buleh dimakan selalu, pasal kolestrolnya tinggi. So, aku makan menu kat atas ni biasanya 2 hari sekali je pon..

Protein penting utk pembentukan otot, dan ia jugak boleh bantu naikkan berat badan. Oleh sebab metabolisme badan aku tinggi. So, burger dan benjo la yg jadi pilihan hati bila aku kelaparan pada lewat malam. Ahaks..

Pstt, Jejaka Terhangat tak gemuk. BMI 21, dalam range ideal. Korang pulak berapa? =p
Read On

Perhatian Lelaki: Ego Anda Perlu Dikawal..!!

0 comments

Sifat semulajadi lelaki, egonya lebih tinggi berbanding perempuan. Ego sebenarnya bagus utk tundukkan pasangan korang. Tapi kalau ego tu berlebihan, ia jugak boleh merosakkan hubungan. Oleh itu, ego perlu dikawal..

Ego tinggi biasanya membuatkan kita sentiasa rasa nak menang. Walaupun dah tau kita salah, kita tetap tak nak terima kesalahan tu. Akibatnya satu hubungan tu boleh jadi semakin renggang dan akhirnya terputus. Tu lah bahana ego..

Susah nak terima teguran, cepat marah, dan sukar utk meminta maaf jugak disebabkan ego. Akibatnya, pasangan korang akan rasa cepat tersinggung, rasa dikongkong, tidak dihargai dan seterusnya membuatkan diorang tension..




Biasanya saat ni lah cinta perempuan akan beralih arah. Mencari seseorang yg lebih menghargainya. Jangan salahkan perempuan curang, tapi salahkan diri korang yg tak pandai jaga diorang.

Jiwa perempuan lembut. Diorang perlukan tempat utk membelai perasaan. Bukan utk kita kasari hati diorang..

Memang susah nak control ego, tapi sebenarnya kita boleh kalau benar2 serius. Tipsnya, lebihkan rasa sabar, jangan cepat melenting. Jangan buat apa-apa keputusan semasa dlm keadaan marah. Dan yang paling penting, sentiasa berfikiran positif. Dengan itu, ego korang pon boleh ditundukkan..

Control Your Ego..Good Luck para jejaka sekalian..=)
Read On

[Video] Dr. Rozmey Hampa Dengan Kutipan 2 Alam.

3 comments 21 November 2010


Wakaka, Memang kreatif sape yg buat subtitle tu. Tergelak sakan aku tengok. Jangan marah ye Dr. Rozmey. Gurau2 manja je tu. Ahaks..

Kontroversi Dr. Rozmey ni memang ngetop sekarang. Dapat liputan luas para blogger. Klik sini utk Filem 2 Alam the Best Review.

Tak cukup dengan 2 Alam. Pasni dia nak buat movie lagi. Nak ambil Pamela Anderson berlakon jadi watak utama pulak.

Aduiiyaii.. Sudah2 la tu doktor. Pamela Anderson tu kan pelakon simbols seks, terkenal dengan buah dada besar dia. Apa motif nak amik dia berlakon. Nak tarik penonton yg gila seks masuk panggung ke?

Daripada amik Pamela tu, baik amik Maria Ozawa je doktor. Contohi kebudusan Indonesia yg selamba je buat filem kontroversi "Menculik Miyabi" lakonan Maria Ozawa. Untung-untung kontroversi doktor bleh ngetop berkali2 ganda dari sekarang. Cool kan? Kehkeh..


Pamela bakal bintangi filem Dr. Rozmey:

KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau. - Kosmo Online



Read On

Apa Akan Jadi Kalau Kita Puji Perempuan Tak Bertudung..??

9 comments 20 November 2010
Orang kita ramai yg pandang serong kat perempuan tak bertudung. Tapi pada masa yg sama kalau perempuan tu mekap tebal2, bergaya free hair kat facebook, diorang dok puji2 cantik pulak..

Apa yg berlaku kalau kita puji orang yg tak bertudung ni cantik? Realitinya, diorang akan rasa megah diri. Bangga dgn penampilan sendiri. Lagi la diorang tak rasa nak tutup aurat.

Aku selalu perati kat gambar aweks seksi, ramai yg dok puji perempuan tu cantik. Korang puji pasal ape? Mana la dia terasa nak berubah. Ish2..




Kita anggap je perempuan yg tak bertudung ni JAHIL bab agama. So, kita sbg orang yg prihatin pergi la tegur diorang. Bukan dok puji2, angkat diorang lagi..

Ramai orang kata, perempuan bertudung bukan semuanya baik. Kadang2 tak bertudung tu lagi baik. Aku dah muak dengar benda ni..

Perempuan bertudung kalau dia buat jahat, dosa dia dengan Allah. Tapi kalau perempuan tak bertudung buat jahat, dosa dia sesama manusia yg tengok aurat dia. Jugak kpd Allah. Dah jelas2 mana lagi teruk kan..??
Read On

AWAS: Jangan Pertaruhkan Maruah Bangsa Semata-mata Untuk Trafik..

6 comments
Amende la Malaysia ni nak jadi macam Amareka plak. Baru-baru ni kecoh gambar comolot Nabil dan video budak melayu comolot kat Bukit Bintang..

Yang tak boleh blahnya, semua blog pon nak share gambar, video comolot tu. Kalau bagi pendapat persendirian takpe gak. Ini just share semata-mata. Suruh orang lain tengok. Motif ape. Trafik la kan?

Memang orang melayu kita dengan seks susah nak dipisahkan. Sampai ramai blogger yg sanggup pertaruhkan maruah bangsa semata2 utk up trafik. Kalau korang rasa korang tergolong dalam golongan camtu, tolongla hentikan..

Mungkin ada yg tak perasan. Video yg kita share tu akan jadi ikutan orang lain. Lepas tengok gambar, video camtu. Diorang akan tertanya2 best ke comolot ni. Keinginan utk merasa comolot mula timbul..

Sifat semulajadi manusia yg ingin tahu akan buatkan diorang pun nak try buat aksi yg sama. So, dalam tak sedar, sebenarnya kita pon adalah penyumbang kpd masalah sosial negara..

Kalau orang luar cakap Melayu sinonim dgn seks, tau pulak kita melenting kan?


Ranking Carian "Bogel, Seks" Mengikut Bandar:

Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.

Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."

Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.

"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.

Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.

"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.

Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."
Read On

Bila Artis Bicara Soal Aurat, Kejahilan Mereka Terserlah..!!

18 comments 19 November 2010
Aku ni selalu PANAS dengan artis. Bila tengok video interview 3 orang artis seksi ni bertambah terbakar rasa hati aku. Artis cakap pasal aurat, memang terserlah kebodohan diorang..



3 orang artis yg dicop seksi dalam video ni:

1) Aleeza Kassim

"Masih muda utk berubah, suami pon support. Ada masa nanti sama2 berubah."

Komen JT: Suami pon hanggok. Tak tau ke lelaki dayus kat pintu syurga nanti tertulis "dilarang masuk". Tunggu masa berubah konon. Esok mati eksiden sempat ke ko nak bertaubat?


2) Tiz Zakiah (Nur Kasih)

"Seksi? Wow, nice. I like it..Just be yourself"

Komen JT: Dia ni budus ke ape? Kalo ko dok amareka ye la seksi tu pujian. Tapi dok kat Malaysia ni, orang islam pandang hina kat ko. Bukan pujian lolz. Be yourself yek? Apasal ko terima watak islamik kalo nak sangat be yourself? Hipokrit..!!


3) Rebecca Nur Islam

"Kenapa saya nak tutup aurat sedangkan itu bukan saya? Alhamdulillah family support saya. Mungkin satu hari nanti saya pakai tudung"

Komen JT: Yang ni tak tau nak komen ape. Takde penghayatan agama langsung kat nama dia. Jahil peringkat kritikal dah ni..

Read On

Carta Alir Proses Perkenalan Lelaki Yang Standard..!!

2 comments 18 November 2010
Ramai perempuan kata lelaki suka kat perempuan yg cantik je. Hmm, ada kebenarannya dgn penyataan tu. Tapi kurang tepat sebenarnya. Kat sini Jejaka Terhangat nak tunjukkan proses lelaki berkenalan dengan perempuan, dlm keadaan yg biasa (standard)..


Proses Berkenalan Pada Kaca Mata Lelaki


Pahamkan carta alir atas ni. Lelaki memang cepat tertarik pada kecantikan, tak dapat dipertikaikan. Tapi, lelaki bukan pandang pada kecantikan semata2. Kalau perempuan tu cun macam mana pon, tapi perangai buruk. Gerenti, akan direject..!!

*Baik lelaki atau perempuan, luaran dan dalaman kena la cantik..=)

Read On

Ini Bukan Magic La, Tapi Illusion..!!

2 comments 17 November 2010
Untuk posting kali ni aku nak ajak korang uji sket mata korang tu..

Gambar bwh ni dah diset 7 saat utk gambar 1 dan 7 saat utk gambar 2.

Tugas korang, cuma fokuskan pandangan pada nombor. Apa yg korang nampak?


Ye, dah betol la tu. Toksah gosok lagi mata tu. Memang korang akan nampak gambar 2 jadi berwarna. Padahal sebenarnya gambar tu hitam putih je..

Magic? Bukan la.. Ni la yg dinamakan illusion atau ilusi. Kiranya korang tgh bermimpi la sebenarnya sekarang ni. Ahaks..

Nak test lagi? Boleh2. Korang torai gambar kat bawah ni plak..
Read On

Statistik: 60% Rakyat Malaysia Gemuk. Budak-budak Tidak Terkecuali..

5 comments

Menurut kosmo online, 60 peratus drpd 20 juta penduduk Malaysia adalah obesiti (gemuk).

Aku dah lama tau pon statistik ni sebenarnya masa pergi talk kesihatan 4 tahun lepas. Dan penceramah tu cakap, punca orang kita gemuk sebab NASI. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam..

Lebih menakutkan kegemukan ni serang semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hmm, kalo budak2 yg gemuk biasanya aku akan salahkan mak bapak dia. Sebab tak observe pemakanan anak dia betul2..

Adik-beradik aku 10 orang, tapi takde sorang pon gemuk. Sebab mak aku tak terlalu manjakan anak-anak dia masa kitorang kecik. Berbanding dgn parents sekarang yg terlalu ikutkan kemahuan anak-anak..

Apa yg anak dia nak, gula2, air gas, jajan, coki2, McD, KFC, semua diorang belikan. Budak-budak memang la nak semua benda. Diorang bukan tau apa. Kita sebagai orang dewasa la yg kena pantau diet diorang..

Konon-konon sayang anak, sebab tu la belikan je apa yg diorang mintak. Padahal yg sebenarnya kita lupa. Bila anak gemuk, penyakit senang menyerang. Boleh mati awal..

Hope entri ni dapat bagi kesedaran kat pembaca. Ketahuilah, kegemukan boleh dicegah dari peringkat awal lagi, iaitu masa anak-anak kita masih kecil. Dan sebenarnya, kita boleh mencegahnya..


Read On

Berjumpa Dan Terlanjur + Kanak-kanak Darjah 5 Rogol Kawan Kelas..

4 comments 16 November 2010
Masalah sosial negara dah merisaukan tahap gaban. Sampai budak2 sekolah rendah yg boleh dikatakan hingusan lagi pun dah pandai buat aktiviti yg sumbang..

Masalah sosial biasanya dikaitkan dengan seks. Zaman ICT sekarang, seks bukan bermula dengan berjumpa antara lelaki dan perempuan je. Tapi bermula dengan perkenalan melalui chatting dan laman sosial lagi..

Kemajuan dunia digital pon bagi sumbangan besar kat remaja sekarang dalam melakukan gejala tak bermoral. Kalau bukan kat rumah, remaja sekarang boleh habiskan masa kat Cyber Cafe utk mengakses bahan2 lucah..

Lepas dah tengok benda lucah tu, diorang download pulak masuk ke handphone. Video seks pon tersebar dengan cepatnya di kalangan remaja. Sehinggakan budak 11 tahun pun dah pandai menggayakan seks dengan kawan kelasnya sebab perasaan ingin tahu..

Dua berita kesan masalah sosial ni aku share supaya kita sentiasa beringat2. Pantau anak-anak dan adik-adik kita dlm penggunaan internet dan teknologi. Supaya diorang tak jadi macam ni..


Read On

Google Maps Pun Pandai Buat Lawak Jugak..!!

1 comments 15 November 2010
Cuba korang bukak google maps, http://maps.google.com.my/ pastu taip "taiwan to china", pastu tekan search maps.

Tengok direction no. 24:


- Swim across the Pacific Ocean (165 KM)-

Wakaka, suruh orang berenang sejauh 165 kilometer merentas lautan pasifik. Gilakk punya pakcik google..

Yang ni lagi advanced. Korang taip pulak "japan to china", pastu tgk direction no 43:


- Jet Ski across Pacific Ocean (782 KM) -

Korang kena naik jet ski gak baru bleh sampai. Naik sampan tak dibenarkan. Kahkah..
Read On

Tips Mendapatkan Lelaki yg Baik [Entri Khas utk Wanita]

11 comments 14 November 2010

Disebabkan CINTA kebanyakan perempuan keluarkan statement yg diorang benci lelaki. Aku join chatroom, ada yg kata benci lelaki. Kat facebook, status benci lelaki, kat forum pon tajuknya kecewa dan benci lelaki. Err, kat blog2 pon ada gak "Benci Lelaki"..

Mana yg kecewa sgt2 tu diorang akan kata "lelaki semua sama". Sampaikan ada yg tak percayakan semua lelaki kat dunia lagi dah. Pengkid dan aweks pengkid pon banyak yg sejarahnya sebab dikecewakan lelaki..


Sebab cinta, ramai perempuan yg sanggup bermurung seharian. Mana yg kurang agama tu sampai songsang, jadi lesbian, pengkid. Macam-macam lagi la..

Berbalik kepada basic. Tengok sendiri la lelaki yg korang pilih tu wahai wanita. Biasanya sebab cinta, perempuan sanggup butakan hati, terima baik buruk lelaki yg dia sayang tu..


Errkk, lelaki tu panas baran, tak solat pon korang boleh terima jugak ke? Sini la silapnya. Lelaki yg tak solat dah jelas2 BUKAN LELAKI YANG BAIK. Lelaki yg teguh pegangan agamanya takkan senang2 memainkan hati dan perasaan wanita..

Point aku, kalau memilih lelaki nak jadi calon suami tu, cari la yg kuat pegangan agamanya. Iman yg kuat menandakan dia penyabar (sabar itu sebahagian daripada iman).

Papepon kalo gagal dlm cinta, jgn terlalu kecewa. Sebab cinta manusia takkan kekal. Kalau tak dapat cinta hakiki drpd Allah, tu yg sepatutnya kita kesal..
Read On

Bila Masa Perempuan Dengar Ceramah Agama Yek..?

4 comments 12 November 2010
Ni Jejaka Terhangat mau tanya sket. Dalam seminggu, bila masa agaknya kita ni muhasabah diri, dengar ceramah agama?

Kalo nak harapkan siaran tv, rancangan Al-Kuliah, Semanis Kurma, Hidayah kita tengok ke? Rasanya kita ni jarang tengok benda2 camtu kan. Siapa yg tengok tu bagus la..


Kalau lelaki, sekurang2nya seminggu sekali dengar ceramah kat khutbah Jumaat. Tu pun kalau lelaki tu pergi solat jumaat la..

Tapi kalau perempuan pulak bila masanya? Mungkinkah sebab ni jugak kesedaran agama perempuan kurang berbanding lelaki (perempuan lebih banyak dalam neraka)..

Kat sinilah peranan lelaki sebenarnya. Suami bimbing isteri. So, seelok2nya lelaki ni jangan pulak korang tido time khutbah Jumaat. Kalau bukan masa ni, bila lagi korang nak dengar ceramah agama?
Read On

Betul Ke Melayu Ni Hasad Dengki Tinggi..??

2 comments 11 November 2010
Perasaan Hasad Dengki, PhD. Bukan PhD doktor Fazley yg palsu tu. Aku pernah dengar orang kata "Doktor Asmara Ini" ni artis yg boleh dijadikan role model. Sekali, dia pon hampess. Adess...


Back to topik..

Kat kawasan rumah aku ada satu kedai burger (noted as kedai burger A). Tapi sejak 2 bulan lepas dia dah stop jual burger kat tempat tu. Pastu dalam 2 minggu lepas ada pulak jiran dia, bukak kedai burger bertentang dengan tapak kedai burger A..

Entah macam mana, beberapa hari lepas tu si owner kedai A bukak balik kedai dia. Aduiiyaii, maksudnya kat kawasan rumah ni sekarang ada 2 kedai burger yg setentang (seberang jalan), kurang dari 10 langkah. Bersaing merebut pelanggan..

Ya, kedua2 owner tu adalah melayu. Aku pon malas nak pergi kat dua2 kedai sebab takut salah satu terasa hati. Maklumla, duduk berjiran kan..

Memang perasaan hasad dengki ni bergantung pada individu, semua kaum pon ada PhD tersendiri. Tapi korang setuju tak aku kata PhD Melayu lebih tinggi berbanding kaum2 lain?
Read On

Solat Tapi Nampak Punggung. Apa Kes..??

5 comments 10 November 2010
Entri ni khas untuk lelaki..

Trend sekarang. Pakai baju fit, kena pulak dengan jeans memang nampak semat. Tapi sebab baju fit tu jugak la aku nampak sorang lelaki semat, time dia sujud ternampak plak punggung dia..

Adeehhh, tujuan solat kat surau dah baik. Tapi pakaian dia spoil plak, nampak aurat..


Ala, same la jugak dengan situasi perempuan skrg yg suka pakai baju ketat seluar jeans. Kalau diorang duduk apa yg korang nampak?

Ha, macam tu la yg berlaku bila lelaki pakai fit, sujud time solat..

Jejaka sekalian alam, nak pakai fit tu boleh. Tapi pastikan korang pakai t-shirt besar sket kat dalam, yg boleh di tug in masuk dalam seluar..

So, kalau masa korang sujud masa solat kat surau or masjid, takde la "harta" korang tu ternampak. Sebab dah dicover oleh baju kat dalam yg besar tu. Orait?
Read On

Trick or Treat. Happy Halloween..!!!

0 comments 08 November 2010

Aku tak paham betol la masyarakat kita ni. Nape la suka sangat agungkan artis. Pelakon kontroversi kegemaran ramai, si Fasha Sandha dgn Joe Flizow sambut Halloween. Gilerr, kan syirik tu..

Aku dah kata kat kawan aku, tak payah tgk cerita Chinta kat tv3 tu. Boikot Fasha Sendat Sandha. Tapi dia degil, katanya dia terima bakat Fasha dalam lakonan. Bukannya kontroversi yg dia buat..

Aduiiyaii, ni aku mau tanya. Kalau pemimpin kita suka buat seks bebas, tp kepimpinan dia memang terbaek. Adakah kita tetap nak terima kepimpinan dia? Kalau iya jawapan korang. Alamat kiamat la dunia ni (ingat balik tanda kecil hari kiamat)..

Oh, artis.. Agaknya bila la masyarakat kita ni nak sedar. Artis hiburan ni cuma tambahkan masalah sosial negara je. Yang kita taksub sangat, bermegah dpt jumpa artis. Bangga dapat bergambar dgn diorang pasal apa?

Kat kebanyakan bloG2 pon banyak nak update pasal artis je kerja. Tolong la kawan2 ku. Kalo kita pon perjuangkan artis hiburan. Secara tak langsung sebenarnya kita pon contribute dlm menaikkan masalah sosial negara yg semakin tenat ni..

Renung-renungkanlah pesan Jejaka Terhangat..
Read On

Clever Edisi Malaysia Gempakkan Hari Ahad Aku..!!

0 comments 07 November 2010
Baru-baru ni aku agak teruja tengok kuiz Clever Edisi Malaysia kat TVIQ Astro. Kuiz Clever ni berkaitan dengan sains. Pastu ada plak selebriti yg dijemput utk tolong bebudak tu jawab kuiz.

Yang paling best, diorang buat skali eksperimen utk buktikan jawapan kpd soalan tu. Banyak gak la ilmu yg aku dpt dari rancangan ni. Bukan khas utk budak2 je, orang besar pon bleh layan woah..!!


Pengacara pon best. Aznil Nawawi dengan Rafidah 3R. So, rancangan ni tak la bosan sebab ada banyak terselit lawak2 sampingan...

Contoh soalan kuiz Clever:

Selepas makan cili anda akan rasa pedas. Antara air berikut, manakah yg dapat kurangkan rasa pedas dengan cepat?

a) Air Suam
b) Yogurt
c) Air berkarbonat
Read On

Read On

Sadis Bermaksud Sedih Ke..??

1 comments 05 November 2010
Aku perati kat entri2 blog dan komen2 banyak yg gunakan "sadis" utk menggambarkan rasa "sedih" diorang..

Tett, pembetulan. Bahasa Melayu kata, SADIS tu bermaksud kejam, tak berperikemanusiaan, zalim yg menyayat hati. Bukannya SEDIH seperti salah pemahaman kebanyakan orang kita..

Kalau kita nak gambarkan kesedihan sebab bayi yg dibuang dengan zalim, tanpa perikemanusiaan, barulah sesuai gunakan SADIS utk gambarkan perasaan tu..

Sedih sebab ditinggalkan boifren tu bukan sadis namanya ye kawan2 semua..

HARAP MAKLUM..!!!!
Read On

Blogging Pada Pandangan Jejaka Terhangat..!!

0 comments 04 November 2010
Blogging pada pandangan Jejaka Terhangat..

1) Blogging umpama "main game"..

Sebab: Semakin lama kita blogging, rank bloG kita akan naik, samada Page Rank, Alexa Rank, Yahoo dan lain2. Sama seperti main game, semakin lama kita main, level jugak semakin meningkat..

2) Blogging umpama "laman sosial"..

Sebab: Sambil blogging kita jugak boleh dapat kawan baru, dan membentuk komuniti. Seperti facebook, myspace. Bukan myspace je boleh tukar templete, bloG pon boleh jugak..


So, daripada kita buang masa main game, berfacebooking. Baik kita berblogging. Lagi berfaedah. Kan..?
Read On

PENTING: Semak Saman Anda Segera..!!!

1 comments 01 November 2010
SILA AMBIL PERHATIAN!!

Mulai bulan depan waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya saman anda masih tidak dibayar. Sila semak saman anda di sini..


Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...