Nama pun manusia, takkan lari daripada masalah. Melainkan kalau korang orang gila. Ahaks. Kalau ada masalah melanda, apa tindakan korang?
Ya, ramai di antara kita yg cari seseorang (biasanya kawan baik) utk kita luahkan masalah kita. Supaya stress yg kita tanggung dapat dikurangkan. Seterusnya, utk dapatkan pandangan dia jalan keluar bagi masalah tersebut.
Untuk entri kali ni, aku nak ajar bagaimana untuk jadi seorang pendengar yang setia. Nak dengar masalah drpd kawan-kawan pun kena ada skill yang berkesan.
Tips menjadi seorang pendengar yang berjaya (ikuti langkah berikut):
1. Tegakkan posisi badan anda
Sekiranya korang duduk berdepan, tegakkan badan korang. Beri tumpuan kepada setiap apa yang dikatakanya. Supaya menunjukkan korang serius utk dengar masalah dia. Dia pun akan lebih semangat utk cerita.
2. Tidak mencelah
Masa dia tengah luahkan masalah dia, pastikan korang bagi dia habiskan semua ayat dia. Jangan 'potong' dan terus bagi solution semasa dia tengah layan feeling dok cerita masalah dia tu.
3. Ulang percakapan dia
Ulang kat sini bermaksud, ambil sikit drpd ayat dia dan tanyakan balik.
Contohnya: "Owh, kau tak dapat jawab soalan tu? Pastu apa jadi?"
Method ni penting utk menunjukkan korang faham dan focus dengan setiap apa yang disampaikannya.
4. Tanya penyelesaian yg dia fikirkan
Kesilapan ni paling ramai orang buat. Jangan terus-terus bagi penyelesaian kat masalah dia, tanpa korang dengar dulu apa jalan keluar yg dia fikirkan.
Walaupun dia kata "tak tahu nak buat apa", tapi biasanya dalam fikiran dia mesti ada cara yg dia dah fikirkan. So, macam manapun, cuba tanya dan dapatkan apa penyelesaian yg dia dah fikirkan.
5. Berikan pendapat
Langkah terakhir, berikan pendapat bernas terhadap masalah dia. Bagi pendapat bermaksud, korang sediakan pelbagai jalan keluar, dan suggestkan penyelesaian yg terbaik untuk masalah dia.
Jangan paksa dia utk buat apa yang korang cadangkan tu secara mutlak. Tugas kita hanya sediakan penyelesaian. Yang lain terpulang pada dia utk terima atau tak.
Itu je tips yang dapat aku kongsikan. So, selamat menjadi pendengar yg setia dan berjaya ye kawan-kawan semua. Good luck =)
p/s: Biasakanlah dengar masalah orang lain. Dan ambil iktibar drpd pengalaman orang lain utk jadikan sempadan kat diri sendiri. Tak semestinya kita kena lalui sendiri, baru nak belajar drpd kesilapan.
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
jt < pendengar setia fyka. ngaku je lah. wkakakakakaa. tapi fyka mang suka dengar masalah orang :D
waa...
jt dh mcm kaunselor la plak..
hehehe..
hana mmg x suke kalo tgh2 cite tetibe die leh plk ckp ngn orng laen..
mmg saket ati la..
tips mendengar yg berjaya adalah jgn bg solusi melainkan dia mintak pendapat. kalau x, just keep on asking je. tu yg saya belajar dr buku mens from mars, women from venus :)
best kalau dpt pendengar yG baik dan setia kan..^^
aku pendengar yang berjaya. bak kata kawan2 aku laaa.
hehehehe.
a good listener jugak dah jadik cam pre-councelor. so, any masalah yg diciterkan jgnlah dijadikkan bahan bualan dgn org len especially yg buleh aibkan org yg m'citerkan masalah tuh.
:takut JT sentiasa fikir sama macam aku..ngeee...aku pun suka dengar masalah kawan2 gak..best dapat tlg setelkan masalah kawan2..even diri sendiri tgah sedih2.
kawan2 saya suka cari saya kalau dorang ade masalah..mungkin saya seorang pendengar yg baik kot..;p
lelaki merupakan pendengar setia :P
waaaa...tip yg sgt bangus ni bang..
awk mmg bagus2 bab2 gini..
jom a baca entry ni bg pdpt..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/tudung-simbol-insaf.html
diri ini bukan seorang pndengar yang setia.. huhuhu..tapi lepas ni kena cuba ni... :)
meluahkan masalah kpd seseorg adalah penting ttpi carilah org yg kita boleh percaya......kalau pun dia pendengar setia tp mulut tempayan....bahaya tu, kang satu dunia tahu......hiksssss
sekadar beri pendapat....
hurm,, me pun bukan seorang pendengar yang baek...suka sangat menyampuk di tgh2...coz bila cerita dah panjang sangat selalu lost...huhuhu...
Kadang2 jadi pendengar yang baik, dapat meringankan beban kawan kite ;)
<<-- lebih suke mdengar dr bcerita
Aku pun sama juga.. slalu jd pendengar.. tp msalah aku jarang bg org dengar.. haha..
anyway.. nice tips bro.. hehe.. (ni ikhlas bg komen ya.. har3x~)
Entri Lelatest
99 Hari Kisah Klasik Kita : Doa Malam Pertama
lagi 1. eye contact tu penting, lagi2 kalau yg ckp depan2 kan.. lagi2 kalau laki dengan pempuan. pandang mata dia lama2.. kot2 ade rezki ke boleh la jadi kekasih.. :p
latest -
Tukang Cerita Lagi Hebat Dari Tukang Kayu
Nice tips..
qila mmg suka jd pndengar g setia..
hahaha
dh jd tmpt mngadu member2 :D
komen saya nie..xde kene mngena dgn post nie..juz nk tny..nape sy dh boleh chat room???dulu boleh..tinggl bpe ari..pastu dh xboleh..dh dftar byk kli..tp stil xbleh...npe ea.pe dosa sy...huuu
Bila kita dengar masalah orang kekadang bagi pengajaran pada kite...contohnyer kegagalan yang mereka hadapi..hehehe...nice post..