Kita Beruntung. Tapi..

Mualaf, bermula dengan ucapan dua kalimah syahadah. Kemudian merangkak-rangkak belajar segalanya tentang islam. Ya, mereka nampak akan keindahan Islam.

Mereka serius nak mendalami islam. Kalau tak, mana mungkin mereka membelakangkan agama asal, dan beralih kepada Islam.

Perbezaan ketara antara kita dengan mualaf. Kita dilahirkan dengan nikmat Islam. Status agama di IC Islam sejurus dilahirkan. Kita membesar dengan Islam..

Tapi sedih. Islam kita hanya pada nama. Tapi, tiada penghayatan di dalamnya. Buka aurat, mengabaikan solat 5 waktu sehari. Berperilaku tak sopan.

Membuat segala yang bertentang dengan ajaran islam. Bahkan, ada yang sampai sanggup membunuh diri sebab gagal dalam hal dunia.

Nikmat yang diberikan oleh-Nya selalu kita sia-siakan. Tak malukah kita dengan mualaf? Mereka berusaha untuk peroleh nikmat, yang kita dapat secara PERCUMA.

Nikmat Islam adalah nikmat yang paling besar. Nikmat yang tidak diturunkan kepada semua orang. Oleh tu, hargailah ia, sebelum Izrael datang menjemput kita.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

9 comments:

  • Assalamualaikum, agak menarik cerita hang jt, tetapi ada sesuatu yang ayieblog ingin kongsikan, ianya bukan rekaan cerita tetapi terjadi dizaman nama, dimana seorang muslim memperlekehkan seorang nun muslim, tetapi ianya terbalik dimana si muslim tadi, kerana mencintai wanita nun-muslim sanggup bertukar agama, disini kita jangan menghina or mengeji nun-muslim, kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita di kemudian hari :), syurga and neraka milik-Nya ( Allah swt ),cuba basalan iaitu pada yang membuat kebaikan mendapat pahala, manakala kejahatan mendapat dosa, ianya tiket :), tetapi belum pasti kita di syurga atau neraka :)...Maaf bro jt komen agak terlampau panjang, aku sokong apa yang kau tulis :)...

  • @AyieBlog
    waalaikumsalam..wahh, agak panjang jugak la. hehe..

    nice share bro ayie. memang, walaupn kita islam. tp kita tak boleh berlagak. bila2 masa Allah boleh tarik balik semua nikmat yg dia pinjamkan kpd kita..

  • bersyukur lah dgn nikamat Islam yg telah di berikan..
    jgn tggu bila dah ada musibah baru nk berubah...

  • assalam :) jt. fyka suka lah entry ni. seriosly deep in my heart tersentuh. islam hanye pade name. fyka ingat tuh sampai bila bila, assalam :)

  • sebut pasal mualaf terus teringat kat arwah abah saye..arwah juga seorang mualaf..rindu arwah..T_T


    bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam..semoga diri tak kufur nikmat yang diperolehi sejak dilahirkan itu..

  • islam hanya pada nama, itulah yang byk kita nmpk.. nama islam tp cara hidup menyimpang dari islam.. mereka sng2 je mngabaikan islam berbeza dgn mualag yang bgitu bersusah payah nak mndalami islam dari mula... mungkin mereka juga perlukan hidayah seperti mualaf untuk berubah... bila dh buka hijab dpn mata bru mreka sedar...

  • ramai org sekarang alpa dgn..
    sbb xbsyukur dgn kurniaan..
    itulah kelemahan manusia..

  • betul tu..sekarang ni Islam hanya tercatat pd agamanya tp tanggungjawab sebagai org Islam tu tiada x.x

  • Di malaysia dipenuhi dengan orang yang munafik .

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...