Aku sambut April Fool? April Fool tu bukan utk orang bodoh je ke? Haha, iye. Masa aku sekolah rendah dulu. Aku pernah gak pekena kawan2 sempena April Fool. Al-maklumla, masa tu tak tau apa2 disebalik peristiwa April Fool tu.
Bahkan, masa aku darjah 3, semua kawan2 pun join the crew pekena antara satu sama lain. Macam-macam idea diperah supaya kawan tu tertipu buat 2-3 kalinya.
Contoh ayat budak-budak menipu:
1. "Weh, ko tengok kat luar tu. Ada lembu tergolek. April fool"
2. "Man, cikgu panggil kau ke bilik dia. April fool"
3. "Shah, Yana kata dia suka kat kau. April fool"
Haha, adoi. Terlalu kebudak-budakannya aku masa zaman jahilliah dulu.
Tak cukup dgn ayat. Kitorang pekena kawan dgn perbuatan pulak. Memang jahat la. Time kawan tengah berdiri, aku tarik kerusi dia ke belakang. Bila dia duduk. Ha, korang tau la apa jadi kan. Terduduk terus dia kat lantai. Adeh, sakit.
Tapi, kawan tu tak boleh marah. Nama pon April Fool. Hari memperdajalkan orang tanpa rasa bersalah. Dengan kata lainnya, hari menguji kesabaran.
Astaghfirullah. Memang bebalnya aku dulu. Apa la yang seronok sangat kenakan kawan. Bila aku sendiri yg kena. Tahu pulak aku sakit hati.
Tapi, lepas dah tau sejarah. Bahawa April Fool tu diraikan sempena kejatuhan umat islam di Sepanyol sebab ditipu. Aku terus tak sambut lagi.
(Tapi tak diketahui sejauh mana kebenaran sejarah tu. Takut jadi macam kes Ustazah NurBahiyah pasal Valentine's Day pulak)
Apapun, benda ni memang hampes. Takde faedah. Kalau korang nak termasuk dalam kategori jahil, mangkuk dan bebal. Dipersilakan la sambut April Fool ni yek.
Entri berkaitan April Fool:
1. Sejarah dan asal-usul April Fool bukan sumber sahih
2. Fatwa dan Hukum menyambut April Fool
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
ye ke dismbut mse kjtuhan islam di sepanyol
mase sekolah menengah dulu, penah ter'join' kekawan. p sembur tepong, diskodus*yang blink2 tuh. dh tuh, tgok kwn ngs, baru nyesal. sekarang nie, oke dah. :) tak nak lagi dah. tak de paedah. :)
@elyna
bukan kot. dah bagi link rujukan tu..katanya bukan..=)
@Memo_Hazel
haha..mak aih..ganas giler prank..
huhu..
a!n penah kena kat si couple nie..
nasib bek diowg xputus...
cian2...
dulu2 la..
skang nie,baru tau pasal kejatuhan islam tu...
dulu zaman budak2 mmg slalu gak pedajal orang ni..dah beso dh insaf..betol cakap JT..takde pekdahnye nak sambut mende2 ni..
psstt : 3 Sebab SS Suka Balas Komen
Zaman sekolah, IQ zero, main ikut jer, orang buat, kita pun nak buat juga. Tapi pengalaman adalah guru yg terbaik.
Erk..kepada sahabatku yang menjadi mangsa April Fool yang ketua projek tersebut adalah saya (mood rasa bersalah) I'm so sorry, sebab master plan saya tu, tak pasal-pasal kawan saya tu gi mandi jam 3.00pg yang mana dia fikir dah subuh!
Untuk menjayakan misi, kami semua siap kunci jam, dan beruniform sekolah. Bila dia siap mandi, masuk jer dorm..APRIL FOOL!!!!
Jejaka Terhangat, copy this artikel untuk masuk blog saya yer. Saya malas nak menulis dan awak telah menulis dengan baik sekali..
harap ade kesedaran la bila dieorg baca entri ni
Terkini : Apa Itu April Fool?
apa keja*** april fool ni..
nape saya mcm xpernh tdedah dgn benda gini ek??
apa yg bodo piang sgt org islam ni sume benda nk ikottt..huh
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/drama-sebabak-antara-krisdayanto-dan.html
@GreenAppleKu.com
erkk..rasanya JT tulis takde la baik mana pon. tapi JT takde masalah kalo cik GreenApple nak kongsi penulisan ni..thanks..=)
@qasehraihan
wahh..bagus la cik qaseh raihan..ini menunjukkan anda maintain genius walaupun masih kecik. ngehh..
kalau aku join mahu jer aku ikat diorang dekat kerusi dalam bilik gelap . Kemudian bagi diornag tengok citer SAW guna TV 3D dari episode 1 sampai terlatest . Kendian cakap April Fool
masa kite kanak2 mesti semua pernah main dgn april fool ni..sangat naif masa tu..ni bagi mereka yg sezaman kelahirannye dgn saye la..tahun 80-an..bebudak skang dah bijak2 kot berfikir..semoga takde dah orang Islam yg mengamalkan permainan membodohkan orang ni..
alamak, aku wajib sambut 1 April ni..hohoho
sepa suruh adik aku lahir tarikh ni..ish2x =p
x penah kenekan dan dikenakan..
hurmm.. x tau knape..
tapi dulu..slalu tgk kwn buat kat kwn.. time tu rase jeles pun ade.. skrg x lagi..^^
benda x bpekdah kan.. toksah wat pun x rugi..:)
ta penah kena kan orangg. tapi selalu terkena :( sobssssssss
kenangan celebrate april fool msa budak2 dlu mmg lawak... heheh..
err.. makaseh JT coz letak link tu..
suka part kenakan number tiga tu..haha...
apapun yg dah dewasa jgn smbut april fool :)
haha,, mcm2 penemuan luar biasa sepanjang april nih..
haha agak mengom ayat2 tersebut
dah insaf, tak main2 dah tarikh ni..
aku sendiri tak pernah terkena dengan April Fool ni. paling2 pun tgk org lain nyer kes,
ada kawan dengki kawan lain letak katak dalam meje kat kelas.
"Shah, Yana kata dia suka kat kau. April fool" keh3.. tang ni paling kelakar. ahaha..
Kejatuhan islam di spanyol bukan sebab apa. Mereka cuma guna kuasa racist untuk mengembalikan hak kaum dan agama asal. Ini biase berlaku dalam kebanyakan negara lain. Tapi care april fool yg kite guna pakai zaman sekarang jauh beza dengan keadaan zaman tu. zaman sekarang lebih suka mengenakan tapi tiada unsur menghindar agama dan kaum. Sekadar suka2.
Ibarat lilin. Ada yg guna lilin utk penyembahan dan ada yg guna sekadar menerangi. Niat itu yang perlu di tentukan.
panjang pulak sy komen. koh3..