Tangan Memberi Adalah Lebih Baik Daripada Menerima - Perspektif Jejaka Terhangat


Post ni dibuat lepas aku baca entri daripada cik ieeza.

"Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima".

Entri dia membincangkan, kalau korang nampak orang mintak sedekat kat mana2 tempat. Perlu atau tak hulurkan sumbangan kat dia?


"Bagi je la. Kalau dia menipu jadi orang susah, dosa dia dengan Tuhan. Kita bagi dengan niat nak tolong, ikhlas"


Memang betul, niat ikhlas nak tolong. Pahala kita dapat. Tapi, kalau kita terlalu berbuat baik pada orang minta sedekat kat tepi jalan, ataupun kat gerai2 makan. Bagi aku lebih banyak negatifnya berbanding positif.


Negatif 1: Semakin banyak peminta sedekah kat Malaysia.

Setahu aku, Malaysia antara negara yg mempunyai bilangan peminta sedekah yang tinggi berbanding negara lain. Sebabnya, orang kita terlalu pemurah. Kesannya, ramai orang asing datang sini untuk meminta sedekah.


Negatif 2: Sindiket meminta sedekah semakin berleluasa.

Korang pernah dengar pasal sindiket minta sedekah? Diorang gunakan mangsa yang diculik. Termasuklah budak-budak dan orang tua.

Pastu, kaki atau tangan diorang dipotong, supaya dapat raih lebih simpati. Kemudiannya diletakkan di tepi2 jalan dan dipantau oleh orang2 sindiket tersebut.

Bila ramai bagi sedekah. Permintaan kanak2 mesti semakin tinggi. Manetau nanti adik-adik kita pulak yg jadi mangsa culik sindiket minta sedekah macam mana?


Habis tu nak biarkan je ke? Kesian tau tengok diorang.

Aku tau, korang baik. Tapi nak hulurkan sumbangan biarla melalui saluran yang betul. Ingat, kita ada zakat fitrah dan zakat harta.

Sebenarnya, isu kemiskinan rakyat kita dapat diatasi sekiranya zakat tersebut disalurkan kepada golongan yg sepatutnya secara telus.

Ataupun, kita jugak boleh derma ke pusat-pusat kebajikan yang jelas diketahui ke mana duit tu disalurkan.

Entri ni bukan dibuat untuk racun pemikiran korang supaya tak bagi derma kat peminta sedekah. Tapi, untuk mengajak korang berfikir. Apa yang aku katakan kat atas tu memang ada kebenarannya. Sekian..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

19 comments:

  • hurmm..
    skong btl..
    kdang2 rse was2 na tlong..
    kn3x.. XD

  • betol3..
    kdg2 nk bg pon rasa tak best, sbb ada sesetengah tu taknak usaha langsong, keja mintak sedekah je, walhal kesihatan baik je..

  • erm..
    betol tu..
    kesian mmg kesian tp bukan camtu cara nk dapatkn duit...
    guna la segala tulang 4 kerat tuk bekerja...
    x kira la mngutip sampah pn...
    yg pnting halal..

  • betul2..
    hari tu ada yang dtg minta sedekah masa family mira pi makan.. mase tu memang nampak dia macam cacatlah...jalan hincut2...
    tiba2 masa nak balik nampak dia jalan laju gila? mana pergi hincut2 tu?

    sbb kes gini was2 nak sedekah.. lagi2 sendikit..ishh2

  • betul2..
    hari tu ada yang dtg minta sedekah masa family mira pi makan.. mase tu memang nampak dia macam cacatlah...jalan hincut2...
    tiba2 masa nak balik nampak dia jalan laju gila? mana pergi hincut2 tu?

    sbb kes gini was2 nak sedekah.. lagi2 sendikit..ishh2

  • yg penting kita ikhlas derma...betul ke tidak dia sindiket itu urusan dia dan tuhan..memang susah nk bezakan yang mana peminta sedekah yg ori ngn yg ciplak hehe

  • sekarang ni nak bersedekah pon kena pikir 2-3 kali...yang palin memalukan umat islam ialah orang mintak sedekah menggunakan nama masjid atau pusat tahfiz ni...

  • @Kumbang Jingga
    err..mcm tak abis baca entri ni je..

  • Kalau menggalakkan menderma, negatif bila ada yang ambil kesempatan. Bila tak derma, negatif pada jiwa yang jadi serba salah.

    Kalau nak suruh jabatan zakat lebih telus rasenye tak tersuruh.. koh3.. Kalau nak dedahkan pada pengemis, pengemis akan kata susah kalau jabatan sendiri tak telus. hehehe.. Semua beralasan. Jadi nak derma atau tidak itu terpulang. Perkara ni akan di hitung di sana kelak.

    Tapi kalau ade awek comel dtg minta derma pusat kebajikan mmg tak dapat tolak la. koh3..

    (^___^)

  • faham..

    faham dgn kedua-dua situasi..

    Kadang-kadang, bagi je. tpi, kdg2 tak bgi jugak. sb nmpak dia sihat jer..

  • fyka bagi jer. sebab tu hal dia dengan yang maha esa. yang penting fyka dah tolong.

  • slalu derma bg kat tabung2 je...
    sbb kebanyakan pmnta sdkh kat tmpat amal, sume india/cina mabuk...x pun melayu penagih dadah.. padahl kaki dgn tangan sume ade..
    dah sah2 kalau derma kte yg dpt dosa..

  • Assalam...itulaa, kadang-kadang dilema jugak...sbb yang mintak tuu haaaa dari hatyai, dari pattani...dari burma...fuuuhhh kecian pulak...

  • tentang zakat harta dan fitrah tu, klau yer tertulus takder owg islam yang susah atau masuk rancangan bersamamu...

    tak payah ceta yang besar2 ler, tu raya haji sebagai contoh ler paling mudah untuk kita tgok..
    tujuan aper untuk korban tu? siapa yang yang seharus dapat... fikirle, klau benda kecik tkleh nak agihkan nii yang besar...

    P/S sekadar pandangan

  • skrg ni ada byk sindiket yg eksploitasi peminta sedekah.Apapun kalau nak bagi tgk le dulu keadaan si peminta tersebut,kalau sihatje wat pe bagi.Yg penting niat kita bagi tu kena ikhlas,bagi la sekadar termampu,klau dah bagi tak bole ungkit balik kan.nanti tak dpt pahala lak

  • kalau ade orang mintak sedekah kat saye cakap untuk sedekah anak yatim kan..saye selalu cakap.."saya pun anak yatim jugak..takde pun mintak2 sedekah.." uhuhu..jahat ke saye?

    bukan taknak sedekah..tapi saye tak suke yg suke kejar2 pastu sendeng2 paksa kite sedekah kat die..tambah2 bile baru keluar dari bank..

  • eh, tetiba teringat malam tadi mimpi tentang peminta sedekah yang begitu ramai kat tepi2 jalan..erk..dan muka diorang hampir sume sama...erkk..ape maksud ek? cam de kaitan dengan sindiket lak..

    tapi betul gak tu JT, kita ada zakat fitrah, zakat harta..ke mana perginya benda2 tu...atau adakah salah rakyat sebab tak tampil ke hadapan untuk mintak bantuan?

  • senag je sekarang klu nk sedekah.. pergi kat rumah2 anak yatim, bdn2 kebajikan. tak lah kita ragu2

  • Em.. mcm Droppu state kat http://droppucino.blogspot.com/2012/03/p2p-2-apa-niat-kita-siapa-kita.html,
    semoga ada hikmah disetiap perbuatan kita yg ikhlas.. Sambil menderma, kita doakan urusan mereka dipermudahkan dan doakan mereka dapat merubah nasib mereka.. Sebab mereka mungkin dipaksa, bukan kerana suka rela.
    Sedekahkan pahala derma ikhlas kita untuk tuhan sedarkan mereka akan kekhilafan mereka.. =.='

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...