Orang selalu kata, kalau berkawan kena ikhlas. Jangan hipokrit dalam berkawan. Biasa la tu, tiada sorang pun suka orang hipokrit. Walaupun setiap dari kita ada sifat hipokrit dalam diri.
Kawan-kawan saling memerlukan. Contohnya, Ahmad yang takde duit untuk makan pada bulan ni. Dia pinjam kat Zaidi. Dan Zaidi yang motornya rosak, disebabkan piston motornya basah. Dia pinjam motor Ahmad untuk pergi keluar dating.
Kat situ kita nampak "mutual interaction". Hubungan dua hala, di mana kawan-kawan saling memerlukan aka mempergunakan antara satu sama lain. Owh, tu contoh biasa dan tak cukup hipokrit.
Bagaimana pulak dengan ni. Ahmad yang tiba-tiba call Fairus yang dah 5 tahun tak contact. Tujuan dia cari Fairus balik sebab Fairus ada "cable" dalam company besar kat ibu negara. Masa betul-betul perlukan, barulah terhegeh2 nak cari Fairus balik.
Rasanya setiap daripada kita pun pernah macam tu kan? Cari balik kawan yang dah lama tak contact, sebab dia boleh tolong kita untuk satu-satu perkara.
Kawan yang selalu bagi pertolongan di saat kawan lain memerlukan. Dia akan dilabelkan sebagai kawan yang baik. Dan sebaliknya, kawan yang selalu ambil kesempatan terhadap kebaikan kawan. Dia tak ubah seperti parasit.
So, agak-agak la. Korang kawan yang jenis macam mana? Parasit atau tidak?
p/s: Tolongla jangan contact kawan yg lama balik, semata-mata untuk jumpa kat gerai makan dgn tujuan cari kaki (downline). Grr..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Menolong selagi mampu :)
aku pun tak tau aku ni cam mane,, kawan2 lama skola dlu pun aku tak tau pecite ngan diorang.. duduk jauh2 no contact takde mmg susah.. ermmm
latest -
Ban URL Di Shoutmix Bagi Mengelakkan Spam
susah untuk menemui keikhlasan dalam persahabatan kerana susah nak temui kawan yang sejati :)
naseb baek hana bukan parasite..hehehe..
sem depan belajar subjek parasite la....
hehe
huurrmmm... x semua org berkawan dgn ikhlas. apa2 pun, kte cbe memberi yg terbaik utk kwn kte. kalau dye x ikhlas, biar kte jd ikhlas. ;)
benar..
kita saling mmerlukn..
jd sharusnya saling mmahami..
Dalam persahabatan perlu ada keikhlasan. Usah pertikaikan tahap keikhlasan org lain terhadap kita agar kita tidak kecewa bila dpt tahu, kita di pergunakan. Kena bijak berkata tidak pada perkara yg kita tidak setuju dan tidak boleh. Jangan dek kerana ingin menjaga hati kawan, kita yg dpt susah. Cam yang JT tulis kisah MLM.
Saya sedang mengalaminya, but sorry to say, saya tidak berminat utk join.
ayat last paling best.
wow....sangat2 terasa...mostly ramai camni...x bleh dinafikan la... gpown, kawan sejatiaka baek hanya satu dalam seribu..so bg ak x pe..hahaha..sebab diorg pown suka cr ak bler need help..
opss. eagernya ak komen...sbb terasa...
tolong selagi mampu.
selagi tak nampak mcm dia nak amek kesempatan sangat.
ramai yang jenis mcm tu. diri sendiri?? x mungkin Manja contact kawan lama semata2 nak ambik kesempatan, masih ada perasaan malu bila buat macam tu
P/s : AYat TeraKhir Tu MeMang SELalu JUMPa Jt... Kita YEa Lah Duk INGat Kan Nak JuMPa Sbb Nak SeMBang sbb Dah Lama Tak JUMPa alih2 minTa Kita Jadi Kaki Lak.. Rasa Nak Je Bagi Kaki Kat DIa..
sometimes kita terpaksa berlakon untuk menjaga ht kawan. even kita xsuka..but lama2 perasaan x suka and marahtu akan hilang without kwn kita taw kita kecik ht ngn dia
Assalam...susah juga bile terjadi dekat batang hidung sendiri...hu3.Ku tak dpt dikelasifikasikan...sedih2...
ada jugak yang jenis buat2 tak kenal kita pulak, pada hal dulu, depan kita la dia merayu2 minta tolong..
Dah kita tolong, dia blah macam tu jer..
Pasal kaki (downliner) tak suka jugak..
Julia pun x suka jenis kawan bersifat "Parasit" Grrrrr rasa nak marah ye lah...anyway mmg byk manusia kategori itu....mmg x layak buat kawan..so apa yg ptg kalo dh nmpak tanda2 parasit cuba hindarkan diri anda. Yg ptg setiap hari kena gembira....:)
sabor je la..pepehal, jgn sbb nak jaga hati kawan, sampai kita rasa dipijak dah la..
kita cuba utk jadi kawan yang baik, dgn niat yg baik, jadi kita akan sama-sama menolong.
So ta lah jadi parasite sebaliknya jadi mutulism, dua dua dapat faedah dan keutungan yg sama kan ?
typo ==" mutualism :P
"Tolongla jangan contact kawan yg lama balik, semata-mata untuk jumpa kat gerai makan dgn tujuan cari kaki (downline). Grr.. "
Yang nie sokong sesangat !
kawan boleh bertukar jd lawan dan lawan bleh bertukar jadi kawan. pikir2kan, he3...
Entry terbaru Indahnya Matematik Bagi Orang Yang Paham... (",)
saya? seorang kawan yg baik (perasan kut ), insyaallah akan akan menjadi kawan yg baik
betul3..kawan kne cari yang btul2..ade jgak kawan yang kawan semata2 ada sebab..especially if kite ada duit or ape2..huhu.
saye tak pernah jadi parasit..tapi kawan2 saya ramai yg parasit..kdg2 saye ni macam diguna2kan je..mak selalu kata saye baek sangat tak kena tempat..ntah le..jenis saye biar org buat jahat kat saye tapi saya jgn buat jahat kat org..T_T
saye bukan parasit. haha. kadang2 bile org ade hal penting baru terhegeh2 nak cari kite. macam hape je. cis.
saya buat bende mesti untuk kepentingan diri sendiri... tapi dalam mase yang sama saya tak pernah menjatuhkan mana2 pihak...