Tips Menjadikan Anak Anda Suka Bersosial Dan Kaki Seks (Kesan Buruk Teknologi).


WOIT..!! Giler ke Jejaka Terhangat nak ngajo orang jadikan anak suka bersosial. Adeh, bukan camtu. Sebenar aku nak dedahkan sebab-sebab remaja sekarang semakin meliar, suka bersosial. Dan tertambah teruk, ramai yang amalkan seks bebas..

Tapi, aku akan dedahkan semuanya melalui tips2 bagaimana nak jadikan anak anda suka bersosial kat bawah ni:


Tips 1: Bagi anak online internet tanpa pemantauan.

Laman lucah:

Sekarang ni boleh dikatakan setiap rumah ada komputer. Ramai yang ada internet. Kat internet ni benda lucah senang dapat. Kat game online pon terselit animation lelaki dan perempuan bercium.

Kalau anak-anak ni tak dipantau, ditakuti diorang klik iklan yang bukan-bukan. Dan termasuk ke "pornsite" walaupon dia takde niat pun nak ke website tu pada awalnya..


Online chatting:

Sekarang ni terlalu banyak online chat kat internet ni. Paling popular Yahoo, Meebo Rooms. Kebanyakan remaja sekarang banyak habiskan masa berchatting benda bukan2. Itu belum kira dengan entah sesape yang dia kenal kat chatting tu. Berniat jahat atau baik. Semuanya ni perlu dipantau.

So, kalau korang nak bagi anak-anak korang surf ke website lucah, sosial tanpa batasan di internet, sila kan la bagi dia guna internet sewenang-wenangnya yek..


Tips 2: Bagi anak guna henpon yang canggih.

Video lucah:

Kalau kita perhatikan, budak sekolah rendah sekarang pon dah pakai henpon mahal. Siap boleh tengok video dan main lagu lagi kat henpon. Canggih tu..

Tapi hati-hati, dengan kecanggihan tu banyak sebab negatif yang kita bleh dapat. Contohnya, remaja sekarang senang nak edarkan video lucah yang didownload dari internet. On bluetooth. Paapp..!! Tak sampai seminit. Anak anda dah ada movie "3GP" kat dalam henpon dia..

Berasmaradana:

Sebab henpon jugak la remaja sekarang asyik nak berkapel je kerja. 48 jam sehari tak lekang dengan henpon kat tangan. Tambah menjelikkan bila budak-budak sekolah berSMS camni, "ayunk tggu abang balik sekolah 9ty tau". Uwekk, sila muntah hijau secara beramai2 sekarang..

Masa aku sekolah dulu, takde pon budak2 pakai henpon. Aman sejahtera je hidup. Masalah sosial pon tak teruk sangat macam sekarang. So, rasanya kalau nak bagi anak korang suka berkapel pada usia muda, amatlah digalakkan bagi dia guna henpon..


BONUS:

Combo 2 teknologi tu, internet dan henpon. Lagi la teruk. Bila remaja berkenalan dengan tah sape2 kat online chatting, pastu bertukar nombor talipon. Pastu berkapel, jumpa, dan masalah sosial macam sekarang pon berlaku..


Saranan Jejaka Terhangat:

Nasihat aku, kalau tak payah la bagi budak2 online internet sampai diorang betul2 dan bersedia. Mana yang remaja tu perlu pantau apa yang diorang buat dengan internet..

Bab henpon pulak, tak payah la kasi budak2 sekolah guna henpon. Kalau urgent sangat pon, kasi anak tu pakai henpon cikai2, mcm function Nokia 33 sekupang tu sudah. Dan jangan lupa pantau..


p/s: Kesan buruk teknologi internet ni sangat banyak. Tu belum aku rungkaikan pasal pesbok..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

27 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...