Jom Lepak Sepetang Pekena Cendol Bersama Jejaka Terhangat.

Orang melayu ni kalau tak minum cendol memang tak sah. Aku pon tak terkecuali. Hehe.. Aku agak rajin gak cari port cendol yang best. Tak kisah la jauh dari kawasan rumah. Asalkan sedap..

Dalam banyak2 port cendol. Bagi aku yang paling best kat Kampung Dato' Harun, Petaling Jaya. Bersebelahan jambatan motor. Meh layan cendol pulut bersama Jejaka Terhangat. Nyam, nyamm..



Wahh, nampak sedap. Memang sedap pon. Ngehh..


Owh, lupa nak mention. Gerai tu guna lori je. Pengusahanya mamak, Ali Rojak dan Cendol. Meh kasi view sket gerai cendol favourite Jejaka Terhangat..





Rojak, cendol, ABC juga ada. Apa mau?


Seriously sedap. Cendolnya lemak berkrim. Terasa nyaman bila di mulut. Haha, lebih-lebih pulak. Jangan salah sangka yek. Mamak tu tak bayar aku pon. =p

Sesiapa yang tak jauh daripada tempat tu, cuba la singgah sana sekali-sekala. Tak menyesal punya la. =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

22 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...