Kita Diajar Bercium Mulut Sejak Kecil..


Geli la tajuk entri harini. Cium mulut la plak. Adehh..!! Tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya memang dari kecik kita dah diajar untuk bercium. Lebih2 lagi dengan orang tercinta..

Korang perasan tak? Sejak kecik kita dah didedahkan dengan gaya hidup barat. Movie, tv series, kartun, semuanya takkan lekang dengan adegan cinta dan cium mulut. Diorang nak serapkan yang setiap manusia itu perlu bercinta. Dan cinta itu dibuktikan dengan ciuman..

Contoh paling jelas kartun Walt Disney. Siapa yang tak tau cerita Snow White? Lepas Snow White tak sedarkan diri lepas makan epal beracun, apa yang prince charming perlu buat untuk sedarkan balik Snow White? Ye, ciuman. Tu lah jawapannya..


Cerita barat ni, baik kartun atau cerita aksi, semuanya mesti ada adegan cinta dan ciuman. Dari kecik kita dah didedahkan dengan benda-benda camni. Sampai gaya hidup barat dah sebati dengan diri kita..

Persoalannya, adakah cium mulut tu menandakan cinta? Tidak kawan-kawanku. Sebenarnya cium mulut tu hanya permulaan untuk melakukan seks. Tidak perlu perlu sayang dan tidak perlu cinta. Yang diperlukan hanyalah NAFSU..

Oleh tu kawan-kawanku, sedarlah dari sekarang. Bercinta macam orang gila, pegang tangan, cium mulut semua tu hanyalah agenda barat dalam memesongkan kita. Jangan terlalu taksub bercinta sampai nafsu dan cinta pon tak dapat nak bezakan..


p/s: Mak bapak pon perlu pantau kartun apa yang ditengok oleh anak-anak..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

35 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...