Apa Yang Kita Suka Tak Semestinya Orang Lain Pon Suka.


Minat setiap orang berlainan. Ada laki yang suka perempuan cantik. Ada gak yang suka biasa-biasa je. Errk, ada jugak lelaki suka lelaki. Eeuu, yang tu jangan dipikirkan. Tegak bulu roma..

Begitu jugak dalam soal gaya hidup. Tak semua orang suka fesyen yang sama. Ada orang yang selesa dengan baju besar. Ada yang suka dengan baju fit. Rancangan TV, hiburan, artis makanan. Semuanya pon ada pilihan yg kita kena pilih mengikut mana yang kita suka..

TAPI..

Kat sini nak ingatkan. Apa yang kita suka, tak semestinya orang lain pon suka. Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan minat kita sampai orang lain menyampah..

Aku bagi contoh kat dunia blog. Korang sangat suka tengok drama korea. Makan, tido, mandi, semua ingat korea. Sampai kat blog pon entri penuh dengan korea. Siap pasang lagu korea, template korea. Fuhh, siap blaja bahasa korea skali tu. Padahal bahasa sendiri pon merangkak lagi..

Korang pon syok sendiri. "Wahh, cantik blog aku. World of korea. Aku suka. Mesti orang lain pon suka. Hihi..Meletop la blog aku nanti."

ANDA SILAP.. Minat yang melampau dalam satu benda hanya akan buat orang lain menyampah. Sebab korang kena ingat. Minat setia orang tak sama. Seeloknya, bersederhana je walaupon kita minat giler dengan sesuatu benda tu. Bila sederhana, orang lain pon takde la geli dengan korang. Sekian..


p/s: Entri ni tak merujuk kepada mana-mana blog. Entri ni bersifat umum..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

24 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...