Solat jemaah darjatnya diangkat sebanyak 27 kali berbanding solat sendirian. Semua orang pun tau tu kan? Bagus2..
Solat jemaah tu sangat bagus. Tapi kadang-kadang ada sesuatu yang mengganggu aku tentang ragam orang kita masa nak tunaikan solat jemaah ni. Hmm..
Ragam 1:
Lepas khutbah jumaat. Semua jemaah bangun, dan rapatkan saf. So, banyak la ruang-ruang kosong antara jemaah yang perlu diisi. Orang yang saf belakang sepatutnya cepat-cepat isi saf yang kosong kat depan.
Tapi kebanyakannya, ramai yang pandang orang kiri kanan dengan harapan orang sebelah tu yang pergi depan penuhkan saf tu. Adehh..
Apa la salahnya kita sendiri yg cepat-cepat pergi isi tanpa tolak orang kiri kanan. Kat sini, nak rapatkan saf pon dah ambik satu masa yang lama..
Pengakuan benar. Aku dulu pon camtu. Bila dapat saf yang bawah kipas, aku biar orang sebelah aku yg kedepan. Tapi tu dulu. Bila dah besar ni tak buat camtu dah. Hehe..
Ragam 2:
Setiap jemaah ambik satu sejadah. Bila sorang satu sejadah, apa yang jadi? Ya, saf jadi tak rapat. Sepatutnya takde jarak antara tumit jemaah (macam gambar kiri)..
Tapi bila masing2 jemaah amik satu sejadah dan ALIGNMENT CENTER, jadilah saf tak rapat mcm gambar kanan..
Kadang-kadang aku geram. Sebab bila jemaah tak nak rapat kan tumit. Bilangan jemaah yang boleh dimuatkan dalam satu tempat tu jadi sikit..
Kesian aku tengok orang yang datang lambat ke masjid, takde tempat lagi nak solat. Padahal kalau semua orang rapat, boleh muatkan ramai lagi jemaah dalam masjid..
Akhir Kata:
Entri teguran ni baik untuk lelaki mahupun perempuan. Untuk kesedaran diri aku sendiri jugak. Hope lepas ni kita jangan ambik mudah sangat dalam merapatkan saf dalam solat jemaah..
Ada kajian sains mengatakan, bila jemaah semua rapat. Cas-cas dalam badan kita meneutralkan antara satu sama lain. Sejauh mana kebenarannya. Wallahualam..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
rasanya kalau dah bersentuhan bahu pun dah cukup.. sebab sudah pasti rapat.. perlu ke kangkang besar2 semata2 nak rapatkan tumit?? tak penah blaja lak pasal ni.. kalau bahu tu mmg ade la
latest -
-Apa Kata Mereka Tentang Blog Lucah
@Fariq
rasanya bahu dan tumit bila bertemu, tak payah kangkangkn besar2 pon..tak caya try la..
Kadang2 ade yang si ayah ni bawak anak bawah umur, then boleh plak letak anak kat tengah2..
Ape kes????????????
Sah2 anak belum akil baligh lagi..
Kalo nak dgn anak sekalipun, berdiri kat sebelah hujung dinding..
Then, anak letak hujung sekali lah..
Entry Terbaru: Lisa Surihani Dan Liyana Jasmay Jadi Wartawan Pulak
kalau saye, berebut nak pergi penuhkan saf depan sebab dapat pahala..hehehe...
@Fariq
Fariq,sme ape yg bermain difikiran kamu tu...:)
bersentuhan bahu sudah memadai...
Bab2, nak masuk saf tu yg pelik tu.. ape laa salah, ade kosg terus je masuk...kan2??:)
@nur aisya humaira
ha.. kan..
thankz.. gud info..
jemput singgah Kampung kameq.. :)
1 ""Alhamdulillah dipermudahkan.."
"
2 ""SAYA NAK JOIN BLOGLIST E-RA PASHA BOLEH??"
"
Hurmm...budak2 muda ok lah, aku tgok bleh dtarik bahu msa nak msuk saff tu utk rapatkan, msalahnya org2 tua skang nie, dari dulu lg hampar sejadah besar kat dia sorang...sakit mata ja tgok.
ini pon terjadi kalo solat ari raye dekat kampung..memasing dengan sejadah masing2 lepas tu saf tak rapat..pelik2..nak tego serba salah jadinye..
memang pelik selalu org suruh yg lain pergi saf depan...sedangkan solat kat saf besar lebih besar pahala..
sedikit tambahan info. bagi jemaah wanita, sebaik2 saf untuk muslimat adalah yang paling akhir. :)
yang muda belia, tempat terbaik di belakang sekali. depan2 bagi budak2 dan orang tua. :)
dorang malu2x nak pi saf dpn.. ishk2x
p/s anda di tag http://syuwaistory.blogspot.com/2011/02/saya-nak-join-bloglist-nelly-strange.html
kena jaga saf, baru sah solat nt ^_^
kalau aq an suke pilih saf depan2 then amek yang kanan2 sbb ta nak tengok diowang yg ta rapat saf nie .. nak tegor dah tua . TIPU klau diowang ta blajar bab solat an .. lgpun aq ta bijak dlam menegur silap org .
*sory ! aq bukan ustazah ^^
Assalamualaikum, bagus bro jejaka terhangit, apa yang cuba bro sampaikan, ayieblog setuju teramat-amat, ada jugak ayah membawa anak ke masjid untuk berjemaah, memang bagus menerapkan pada anak-anak, tetapi jangan diajak anak tersebut memenuhi ruang solat dewasa, maka sof tersebut tidak sah,perkara sebegini juga perlu dititik beratkan, kalau boleh letak anak saf last sebelah kanan atau kira, supaya tidak memasuki sof dewasa..