Bagaimana Nak Jadi Seseorang Yang Boleh Terima Pendapat Orang Lain?


Ehem-ehem. Semua pon sedia maklum dengan kontroversi blog sekarang kan. Asyik-asyik kontroversi. Entri dibalas dengan entri. Tak bosan ke? aku pon dah bosan. Haha..

Oleh tu, aku buat entri ni untuk bagi tips kat semua pembaca blog ni. Macam mana nak jadi seseorang yang boleh terima pendapat orang lain. Atau kata lainnya, berfikiran terbuka.

Kebanyakan orang kita ni ramai yang kata, "Aku memang berfikiran terbuka". Tapi realitinya, bila ditegur. Susah nak terima pulak. Bertambah teruk bila ada yang melatah, maki-hamun. Haish..

So, untuk elakkan semua tu. Meh baca tips ni..


Tips untuk jadi seorang yang berfikiran terbuka..


1. Kawal perasaan marah.

Ni yang paling penting. Bila ditegur, jangan marah. Sabar. Kalau rasa nak melenting. Cepat-cepat istighfar. Bila dah cool, baru kita boleh berfikir dengan tenang..


2. Berfikiran positif.

Bila pemikiran kita dah stabil. Kat sini kita boleh mula berfikir. Nilai mana yang baik dan buruk akan teguran yang kita dapat. Jangan kita dok pikir negatif je selalu. Mana yang baik kita ambil. Yang buruk tu buang jauh-jauh..


3. Terima kelemahan diri.

Kenal pasti kelemahan diri. Agak-agak teguran tu memang berikan kebaikan kat kita. Jangan ego. Terima je. Jadikan teguran tu sebagai batu loncatan untuk kita jadi lebih baik pada masa depan. Kan lebih bagus camtu..


Okey, dapat tips kat atas ni? Yang penting banyakkan bersabar. Kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Dan iman itu tempatnya di mana anak-anak semua?

Ya, iman itu tempatnya di dalam syurga. Selamat beramal. Sekian..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

19 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...