Luahan Hati: Pakwe Ku Play-Boye..

Luahan perasaan si gadis:

Salam abang Jejaka Terhangat,

Sobb sobb. Rina sedih la abang JT. Harini Rina dapat tau yang pakwe Rina sebenarnya dah ada kekasih lain. Dah lama dah dia pasang dua. Dasar lelaki buaya darat la dia tu abang JT..

Sedih tau. Rina bagi kepercayaan 100% kat dia. Tapi kenapa dia buat Rina camni? Lelaki semua sama je. Dulu pun Rina dipermainkan jugak dengan ex-pakwe Rina. Apa Rina tak cukup seksi ke sampai lelaki suka permainkan hati Rina yang suci murni ni. Sob sobb lagi sekali..

Rina rasa benci kat diorang. Rina tak nak percaya kat semua lelaki lagi dah. Diorang tu jahat. Hope abang JT boleh bagi nasihat kat Rina. Apa yang Rina perlu buat?. Rina sedih sangat sekarang. Uwaa..

(Rina, Petaling Jaya)


Jawapan Jejaka Terhangat:

Hmm, sedih gak kisah Rina ni. Selalu dipermainkan ye. Takpe2. Abang JT kan ada. Ada kat sini untuk bantu Rina. (Aiseh, ayat play-boye gak ni. Kehkeh)..

Firstly, JT nak ucapkan tahniah kat Rina sebab tak percayakan lelaki lagi. Dalam rukun Iman, percaya pada Allah, percaya pada Rasul, pada kitab. Takde pon percaya pada lelaki kan? Maksudnya sekarang Rina dah sedar. Bagus2, ini satu perubahan besar bagi diri Rina..

Yang keduanya, bukan diorang permainkan Rina sebab Rina tak cukup seksi. Jangan salah sangka ea. Sebenrnya, sebab Rina seksi sangat la sampai jadi mangsa permainan bagi play-boye ni. Ngerti?

Tula, dulu mak Rina pesan jangan taksub sangat bercinta. Sekarang bila dah dikecewakan mula la tak percaya lelaki la, hei hei hei aku tak percaya C.I.N.T.A. la..

Papepon, Rina belajar la dari kesilapan. Yang penting perbaiki diri tu. Tak usah terlalu kecewa kalau gagal bercinta sesama manusia. Tapi kalau gagal dapatkan cinta daripada-Nya, tu yang patut kita kesalkan. Orait cik Rina? =)


Sekiranya anda ada mengalami masalah hati dan perasaan. Anda boleh emailkan kepada jejakahangat@yahoo.com. Atau PM kan kepada facebook Jejaka Terhangat di http://www.facebook.com/jejakaterhangat. Terima kasih..=p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

28 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...