TAHNIAH: Laptop Jejaka Terhangat Berjaya Menjinakkan Empat Ekor Kuda Trojan.

Wow, laptop Jejaka Terhangat berjaya menjinakkan empat ekor kuda trojan? Apakah itu? Pelik bebenor bunyinya. Apa kena mengena laptop dengan kuda? Uhuk2, meh aku story sikit..

Ceritanya bermula macam ni..

Pada zaman dahulu, Jejaka Terhangat merasakan laptopnya sungguh berat. Tak seperti biasa. Kelembapan kelajuan laptopnya juga berubah. Tidak sepantas F1 seperti dulu. Sekarang laju sikit je daripada siput sedut.

Dia terfikir, "Ini mesti ada something wrong somewhere ni". Adehh, barula dia teringat yang dah seminggu lebih dia tak buat maintenance laptop. Patutla laptop dia berubah jadi siput sedut..

Tanpa memikirkan masa depan, Jejaka Terhangat terus membuat maintenance laptop. Dia mensekan (scan) semua file yang berada di laptopnya, dan PAPP..!! Terpaparlah alert seperti berikut:




Wahh, tahniah. Laptop Jejaka Terhangat berjaya mengesan 4 ekor virus trojan horse (kuda trojan). Sungguh jinak kuda-kuda itu bermain-main di dalam laptop dia ek.

Patutla laptop Jejaka Terhangat jadi cepat panas dan selow. Kerja terkutuk kuda-kuda tu rupanya. Grrr.. Tanpa memikirkan masa depan lagi sekali. Jejaka Terhangat menekan "remove threats" bagi menyembelih kuda-kuda tersebut. Dan selepas itu, kelajuan laptopnya berjaya dipulihkan seperti dulu..

- TAMMAT -


Moral of the story:

Jangan lupa undate antivirus korang setiap hari, dan scan laptop korang at least seminggu sekali. Maintenance laptop jangan dipandang remeh..

Kepada sesiapa yang tak tau sebab apa laptop jadi slow. Mcm mana nak buat maintenance laptop supaya laptop tak jadi lembab. Meh kita review balik tips komputer oleh Jejaka Terhangat pada episode yang lalu. =p


Tips Komputer: Cara-cara Mengatasi Komputer Yang Lembab + Cepat Panas

Selamat beramal..=)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

31 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...