Wordless Wednesday 2nd: Nama Binatang Ini Ialah..

33 comments 29 June 2011

Nama binatang ini ialah.. ??
Read On

60 Peratus Gadis Remaja Tiada Dara. Mitos Atau Kebenaran?

28 comments 28 June 2011

60 peratus gadis remaja tiada lagi dara menjelang 18 tahun? Woah, betul ke ni? Ini bukan aku yang kata, tapi survey YouthSay.com tahun 2010 yang kata.

Kredit to Aidanatasya.com:
60 Peratus Remaja Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun!

60 peratus maksudnya 6/10. Atau lebih spesifik lagi, setiap 3 daripada 5 orang gadis remaja pernah melakukan hubungan seks sebelum 18 tahun.

Pergh, biar betul ni. Ini kebenaran ataupun taktik media untuk dapatkan hits semata-mata?

Rasanya macam susah nak percaya. Sebab angka ni terlalu tinggi. Adakah peratus ni akan terus meningkat dari semasa ke semasa? Errkk, harap dijauhkan la.

Aku malas nak huraikan hal ni lebih banyak sebab pi mai pi mai tang tu jugak. Laki salahkan perempuan. Perempuan tuding jari kat laki. Masalah ni tak kan selesai.

Apa yang perlu kita buat adalah jaga kesucian diri kita sendiri sehabis baik. Doakan supaya kita dapat pasangan yang pandai jaga kesucian dirinya. Yang seksi-meksi tolak tepi awal-awal. =p


Repost quote:
"Jangan berubah jadi baik, semata-mata untuk dapatkan pasangan yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah, nescaya pasangan yg baik akan dtg padamu"

Entri berkaitan:

1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?
2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?
3. Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup.
Read On

Usah Ceritakan Keburukan Keluarga Sendiri Di Blog Dan Facebook

37 comments 27 June 2011

Aku teringat masa aku form 2 dulu. Ada sorang akak senior aku nasihat, jangan sesekali dedahkan atau ceritakan keburukan keluarga sendiri kat orang lain.

Kecuali kalau kita nak dapatkan nasihat daripada orang yang tertentu atau yang betul-betul kita percaya. Sampai sekarang aku ingat lagi pesanan dia.

Tapi, yang sedih. Aku perhatikan kat kebanyakan blog ramai blogger yang tanpa segan silu dedahkan apa yang tak baik pasal keluarga sendiri. Emak gaduh dengan ayah la, abang lembab, akak jahat dan sebagainya.

Ops, tak lupa yang lebih menyedihkan. Si suami atau isteri yang dedahkan sikap buruk pasangan masing-masing kat blog. Astaghfirullahalazim.

Lelaki mungkin jarang ceritakan bab peribadi camni kat blog. Aku bukan nak kondem perempuan. Tapi realiti, memang kebiasaannya yang dedahkan sifat buruk keluarga sendiri kat blog adalah perempuan.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)

Aku tau, ramai antara korang yang tulis entri untuk luahkan apa yang terpendam kat hati. Tapi sepatutnya korang kena tau batas-batas, apa yang boleh ditulis dan apa yang tak boleh. Keburukan keluarga sendiri TAK BOLEH DIDEDAHKAN. Ape tah lagi tulis kat blog dan facebook.


"Mak aku suka bebel. Ayah aku ni garang macam harimau. Suami aku asyik nak marah aku je"


Kalau korang selalu tulis benda yang tak baik pasal keluarga sendiri, nasihat aku hentikanlah. Korang suka ke bila orang lain pandang jelik kat keluarga korang disebabkan penulisan korang? Fikir-fikirkanlah sendiri ye..
Read On

Lolz, Sepah Juara? Kenapa Bukan Jozan?

21 comments 25 June 2011

Akhirnya berakhir sudah gelanggang Maharaja Lawak yang dah berlangsung selama 13 minggu. Siapa juaranya? Pastilah SEPAH. Thumbs up. Masa diumumkan Sepah sebagai juara, tanpa aku sedar. Aku bersorak kegembiraan. Kehkeh..

"Aku suka Jozan, Kenapa Sepah pulak yang menang. Huwaa"

Mesti punya ada kipas susah mati Jozan yang cakap camtu. Sori to say der. Ini bukan pertandingan siapa kau minat. Ini pertandingan siapa lagi lawak.

Dan terbukti, tiap-tiap minggu pun Sepah maintain lawak. Berbanding Jozan, walaupun ada minggu yang dia pegang. Tapi lawak dia tak sekata. Kejap lawak, kejap hampes.

Kehkeh, Jozan mungkin best. Tapi tak sebest Sepah. Tolong terima kenyataan ni ek wahai peminat Jozan.

Tapi, walaupun Sepah dan Jozan yang menang tempat pertama dan kedua. Nabil jugak yang lagi kaya. Mana taknya, korang pikir la sendiri.

Juara Maharajalawak = RM350,000
Tempat Kedua = RM250,000
Tempat Ketiga = RM150,000
Tempat Keempat = RM50,000

Nampak tak? Hadiah dia tak payah nak share dengan siapa-siapa. Cayalah nabil. "Single man army" pun boleh sampai ke final. Tempat ke 3 pulak tu. Terbaik.


Papepon, meh layan vids Sepah yang bagi aku paling best kat Maharaja Lawak. Tak tau la ni dah brape kali aku ulang. Kehkeh.. Layanz..

Read On

Malaysia Tangga Ke 19 Dalam Global Peace Index 2011

6 comments 24 June 2011

Tahukah korang apa itu Global Peace Index (GPI)? GPI tu adalah ukuran tahap keamanan dan kemakmuran dalam negara.

Daripada 153 negara yang disenaraikan, Malaysia menduduki tangga yang ke 19 untuk GPI tahun 2011 ni. Tahniah kepada Malaysia, oh tanah airku.

Negara apa yang paling aman di dunia? Korang boleh tengok senarai ranking di bawah ni:


Full ranking: klik sini


Fahami ranking GPI:


2011 Global Peace Index from Vision of Humanity on Vimeo.


Fakta menarik tentang GPI:

Tahukah korang, kadar keamanan negara sekarang ni lebih dipengaruhi oleh perselisihan antara rakyat dan kerajaannya sendiri. Bukan peperangan antara negara.

Oleh tu rakyat Malaysia sekalian. Sekiranya korang tak berminat dengan kerajaan sekarang, tak perlu la lancarkan mogok, berhimpun secara haram di tengah jalan dan sebagainya. Sebab ini boleh menyebabkan ranking GPI negara kita menurun.

Kesannya, negara asing tak mau lagi datang sini untuk melabur dan melancong. Ekonomi negara pun boleh menurun nanti. Kita juga yang rugi.

Kalau tak suka dengan kerajaan sekalipun, kita perjuangkan dengan cara yang betul. Jom daftar undi kat sini. Siap sedia untuk PRU akan datang. Ngehh..
Read On

Jom Sertai Jacob's Walk Of Life 2011, Taman Botani Shah Alam

4 comments 23 June 2011
Wahh, syiok ni. Jacob's Walk of Life kini kembali. Tahun ni event ni dibuat kat Taman Pertanian, atau dikenali juga dengan Taman Botani, Shah Alam.

Jacob's Walk of Life memang disambut baik oleh masyarakat Malaysia setiap tahun. Aku sendiri pun pernah sertai event ni beberapa tahun lepas. Pergh, kat sana memang meriah. Ramai sungguh manusia yang datang.

Tahun ni pulak dibuat kat Taman Botani Shah Alam. Tempat tu dah la menarik. Aku pernah berbasikal kat sana. Memang rasa tak nak balik la. Hehe..

Setiap penyertaan akan dapat t-shirt dan goodies bag (barangan Jacob) secara percuma. Oleh tu, pastikan korang daftar dulu secara online untuk sertai acara ni.

Daftar di sini, klik pada registration: Jacob's Walk Of Life Website



Baju adalah limited. So, pastikan korang daftar cepat2 sementara stok masih ada.

Berikut adalah info yang aku ambil daripada website Jacob's Walk of Life:


Registration closes by:
8 July 2011 OR upon reaching 7,000 participants (whichever comes first)
Date:
17 July 2011 (Sunday)
Venue:
Taman Botani Negara, Shah Alam (formerly known as Taman Pertanian Malaysia)
Time:
Registration 6am–7.30am

Walk starts 8.30am


Joining us at the event are Hot FM DJ Fara and My FM DJs Jack and Mei Yan, so be prepared to get thoroughly entertained after sweating it out! Supported by co-sponsors Anlene, Mizuno and Fitness First , Jacob's Walk of Life 2011 is set to walk the talk in making Malaysia healthier.


Nak ke Taman Botani tu sangat senang. Ini map dia:




Jom sama-sama kita meriahkan event ni. Say yes to healthier way of life. Jumpa korang kat sana 17 Julai nanti ek. Ngehh..
Read On

Wordless Wednesday: Kes Bunuh Di Petaling Jaya

17 comments 22 June 2011

Tajuk: Kes bunuh di Petaling Jaya
Tarikh: 13/11/2010
Lokasi: Petaling Jaya

Nota kaki: Kadar jenayah yang semakin meruncing di Selangor. Rumah sendiri juga sudah tidak selamat untuk diduduki.
Read On

Selamat Datang Ke Terengganu. Owh, Yeah..!!! (Part 2)

17 comments 17 June 2011
Sambungan dari entri Selamat Datang Ke Terengganu. Owh, Yeah..!!! (Part 1)

Fuhh, best jugak Kemaman ni. Dekat dengan pantai. Tatkala angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Alangkah nyaman sungguh diriku terasa. Hehe..

Aku menginap kat rumah kawan, kat Teluk Kalung. Pantai belakang rumah dia je. Laut dia, perghh. Memang cantik. Warna biru air laut. Tak macam kat pantai sesetengah tempat. Warna teh tarik.=p

Ada pembaca blog ni yang cadangkan supaya aku try makan sata kat Restoren Aziz Satar. So, semalam aku pun pergi la sana. Tempat tu tak jauh dari sini.

Eh, ada yang tak tau sata tu apa ke? Meh tengok ni:





Inilah dia namanya sata. Makanan Terengganu. Tempat lain takde kot. Isinya dibuat daripada ikang. Sedap woah, marvelous..!!

Esok aku akan berangkat ke Pulau Kapas pulak. Excited pulak rasanya. Pulau Kapas, here i come. Ngehh..


p/s: Stay tuned. Aku akan update lagi apa yang menarik kat Terengganu ni..=)
Read On

Kenapa Hacker Gunakan Identiti Vendetta?

35 comments
Perghh, heavens of hackers. Sana sini, semua tempat diorang hack. Banyak hackers yang gunakan Vendetta sebagai simbol. Termasuklah Anonymous, kumpulan hacker yang jadi dalang menggodam website kerajaan Malaysia.




Kenapa Vendetta?

Bagi sesiapa yang pernah tonton filem V for Vendetta. Mereka mungkin tau kenapa Fawkes mask tu yang dijadikan simbol bagi kebanyakan kumpulan anti-kerajaan.

Dalam filem ni, Vendetta (V) menggunakan identiti yang tak diketahui. Dia memakai Fawkes mask dalam perjuangannya menjatuhkan kerajaan yang corrupted.

Ayat yang paling best dalam filem ni:
"People should not be afraid of their governments.
Governments should be afraid of their people"


Perjuangan V memberikan kesan di hati rakyat. Akhirnya kerajaan yang tak betul digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Moral of the story. Awas bagi kerajaan yang seleweng, kerana anonymous akan menghantui anda. Ngeh..=p
Read On

Selamat Datang Ke Terengganu. Owh, Yeah..!!! (Part 1)

23 comments 16 June 2011

Dalam beberapa ni mungkin aku akan kurang update blog. Disebabkan sekarang aku berada di tempat orang. Buat pertama kalinya aku jejakkan kaki ke Terengganu. Yeah..!!

Tanggal 15 Jun 2011, aku naik bas Ekspress Utama dari Puduraya ke Kemaman, Terengganu. Lebih 5 jam aku bertapa dalam bas. Aku ni dah la kureng sikit dengan bau aircond bas. Kepala mula la rasa "weng, weng".

Nasib baik driver bas tu pasang cerita SHORTS. Walaupun jalan cerita tu aku rasa macam nak lempang-lempang je. Tapi, dia la pengubat kepada kepeningan aku. Ahaks..

Dalam pukul 3 lebih aku sampai Kemaman. Kat sana, aku dijemput oleh member, merangkap sifu blog aku. Sekarang aku menginap kat rumah dia.

Woah, malam tadi member aku sempat bawa aku tengok wayang kat TGV Mesra Mall. Best pulak rasanya kat sana. Walaupun shopping mall tu satu tingkat je. Tapi best sebab tak serabut. Dan paling syok, mostly pengunjung kat sana adalah MELAYU.

Berbeza dengan area Kuala Lumpur. Asal shopping mall je mesti penuh dengan bangsa asing. Bila kat sini, terasa sikit kemelayuannya. Kehkeh..

Bersambung.....

p/s: Syiok pulak tulis pasal pengalaman aku kat Terengganu ni. Aku akan update apa yang aku buat kat sini dari semasa ke semasa. Baik korang subscribe sekarang. =p
Read On

Tips Blogging: Naikkan Jumlah Komen Dengan Blogwalking Secara Efficient

50 comments 14 June 2011
Ada orang tanya aku. Macam mana kadang-kadang aku boleh dapat komen banyak dalam satu entri? Katanya lagi, dia jeles. Aku tak blogwalking pon boleh dapat komen banyak.

Pergh..!! Memandai je. Siapa kata aku tak blogwalking? Aku blogger picisan je. Kalau aku tak blogwalking, komen untuk setiap entri aku boleh dibilang dengan jari kot.


"Aku pon blogwalking jugak. Tapi komen tak banyak pon"


Ha, ni la yang korang kena tau. Nak blogwalking pun kena ada strategi jugak.

Cara aku, kat bahagian website shoutbox, aku akan letakkan url latest entri aku. Dan aku akan postkan mesej yang berbentuk persoalan. Mesej tu ada kena mengena dengan tajuk entri aku. Contohnya:



Taktik ni aku belajar daripada Touyakaruma


Kalau kita perhatikan, banyak blog yang buat "readmore". Visitor pulak biasanya bukan jenis suka sangat klik readmore. Sebab tu better kita promotekan link entri berbanding link blog.

Contoh link entri:
http://www.greenappleku.com/2011/06/allah-akan-menggantikan-yang-lebih-baik.html

Contoh link blog:
http://www.greenappleku.com

Owh, satu lagi. Kalau nak dapat komen banyak. Pastikan setting komen bagi blog korang adalah "popup comment", disable "word verification" dan enable anonymous comment.

Tapi untuk blog Jejaka Terhangat ni aku tak enable anonymous comment, sebab terlalu banyak mesej spam yang masuk. Haish, sabor je la.

Itu je tips aku kali ni. Ini cara aku. Terpulang korang nak ikut ke tak. Ngehh..
Read On

Gathering Blogger Time Square + KL Gangster = Penat

34 comments 12 June 2011
Gathering Blogger, Time Square..

Waahh, lenguhnya kaki. Sengal masih terasa. Mana taknya, siang tadi aku usha-usha gathering blogger kat Time Square. Tempat tu dah la besar.

Wehh, aku pon join gathering la. Ada yang tak percaya pulak. Tapi, aku pergi sana jadi kawan Suffer8zine je la. Bukan datang sebagai blogger. Kehkeh..

Aku ingat, brader Ben Ashaari tak promote pasal gath ni. Tak ramai la yang datang. Fuhh, ternyata aku silap. Ramai woah kat sana. Dalam 50 orang join. Kesian aku tengok si penganjur, ke sana-sini uruskan gath ni supaya berjalan dengan lancar. Tahniah aku ucapkan atas berjayanya gath yang besar ni.

Time diorang memecahkan ais (ice breaking), aku pun membelahkan diri ke Low Yat. Takpela, aku kan blogger picisan je. Takde orang nak kenal pon. Kehkeh..


- Para bloggers berkumpul di bowling -

Pergh, smart la baju Suffer8zine. Limited Edition ni.
Maap, kamera gua murah punya. Kaler dia habes. Ni je yang mampu.=p


KL Gangster..

Pastu, dalam pukul 5 aku, SYAF, theSyafikmokthar, Suffer8zine pergi terjah KL Gangster. Storyline filem ni sangat simple. Budak-budak pun boleh faham.

Tapi, kalau boleh jangan la kasi budak-budak tengok cerita ni. Banyak perkataan kesat. Lainla kalau nak ajar anak korang jadi taiko besar kat KL. Silakan la bawak dia tengok filem ni sampai 10 kali. Ahaks..

Adegan gaduh dalam filem ni aku puji. Skill diorang bertumbuk nampak real. Cuma ada part, tiba-tiba pergerakan diorang jadi slow. So, aku terfikir. Adakah part lawan yang laju, sebenarnya adalah fast forward? Errk..!!!

Apapun, rating aku kasi untuk filem ni 3/5. Lain kali ending kalau boleh kasi clearkan semua ye Syamsul Yusof. Tak kan nak biarkan je adik perempuan Malek tu rosak sampai habis cerita kot. Aduiiyaii...!!

p/s: Fuhh, hari ahad yang memenatkan..
Read On

Blogger Baru Berblog Sebab Duit?

30 comments 11 June 2011

Aku baru lepas baca entri dari pengendaliblog. Katanya, Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit. Wow, memang agak kamikaze penyataan dia. Topik ni macam ni agak sensitif bagi blogger baru. Blogger baru buat blog sebab duit? Haymeh?

Apa pun, jangan terus jump to conclusion. Pastikan korang baca dulu point-point dia. Pastu barulah nilai samada nak setuju ataupun tak dengan pendapat dia.

Okey, meh aku buat pengakuan. Secara jujurnya, aku mula berblog dulu pun sebab duit. Selalu aku dengar orang kata, dengan blog kita boleh jana pendapatan sampingan. Dengan guide seorang kawan, aku pun berblog buat pertama kalinya.

Tapi, dalam proses aku berblog. Perlahan-lahan aku semakin seronok dengan blog. Target utama aku sekarang bukan duit. Tapi, kepuasan dalam berblog.


Definisi kepuasan dalam berblog.

Setiap orang ada targetnya tersendiri dalam berblog. Tak kurangnya aku. Selagi orang datang, baca dan komen entri aku. Itulah kepuasan yang aku harapkan. Semakin banyak jumlah komen yang aku dapat. Hati aku pun semakin puas.

Duit? Ya, mestila aku masih harapkan duit hasil daripada berblog. Tapi, ianya hanyalah sampingan. Bukan lagi fokus utama aku.


Jangan terlalu obses dengan trafik.

Kalau kita terlalu obses nak dapatkan duit hasil daripada berblog. Kita mesti akan utamakan trafik. Bila nak trafik tinggi, macam-macam cara kita gunakan.

Termasuklah dengar kata blogger otai, update 3-4 entri setiap hari. Pergh..!! Giloz. Nak update mende sampai banyak entri sehari. Boleh botak kepala cari idea.

Itu yang kita boleh perhatikan, ada blogger yang update entri pendek. Post video youtube, copy paste paper masuk blog. Then, ulas sikit je. Ambil jalan mudah, asalkan blog dia banyak update dalam sehari.

Apa benda ni? Kepuasan yang macam ni ke yang korang harapkan daripada berblog.

Kalau korang selesa, rasa puas update entri banyak dalam sehari, tapi takde orang nak komen, teruskanlah. Konsep blog korang dengan aku mungkin berbeza. Aku lebih prefer publish entri sehari sekali. Asalkan kualiti blog aku terjaga. Sekian..
Read On

Apabila Semanis Kurma Berbicara Tentang Cinta Cyber: Bahagia Atau Bahana?

26 comments 10 June 2011

Siapa tengok Semanis Kurma kat TV9 semalam? Erk..!! Semanis Kurma pun tak tau? Ala, yang dihostkan oleh Ustazah Siti Nurbahiyah dan suaminya tu. Tajuk topik perbincangan diorang semalam adalah pasal Cinta Cyber: Bahagia atau Bahana?

Dalam rancangan ni, sepasang suami isteri dan seorang pakar motivasi dijemput khas. Si suami isteri ni pun ceritakan la macam mana proses perkenalan diorang kat alam cyber, sampailah dibawa ke jinjang pelamin. Wah, sweet gitu.

Pastu, ada segmen tanya pendapat orang ramai. Ada yang kata cinta cyber ni bagus. Sebab kita dapat kenal hati budi pasangan walaupun jauh.

Mana yang tak sokong cinta cyber, diorang berpendapat orang kat alam maya ni banyak tak boleh dipercayai. Letak gambar, profil palsu dan sebagainya.


Apabila Jejaka Terhangat terkesima..

Berdasarkan pemerhatian aku selama 20 minit (pasal aku tengok pon 20 minit pertama je. =p), perbincangan diorang lebih kepada menghalalkan cinta cyber.

Aku bukan nak kondem Ustazah Nurbahiyah ke apa. Cuma aku macam agak tersentak bila dia kata "Bercinta secara cyber ni tak kenal macam mana diri dan keluarga orang tu. Kalau bercinta mak ayah tahu tak pe la lagi"

Hah..!! Shock.!! Kat sini, ucapan dia sepertinya membenarkann cinta yang diketahui oleh mak ayah. Dan bercinta kat sini bermaksud, hubungan sebelum kahwin.

Walaupun aku tak tengok sampai habis. Tapi aku tahu, konklusinya takkan kata bercinta secara online ni haram. Sebabnya, diorang takkan sampai hati nak kata camtu depan suami isteri yang dijemput khas tadi. Kalau cakap pasal zina hati walaupun tak berjumpa. Rasanya mau tetamu yang dijemput tu tacing, terasa hati.

Mungkin kat sini betul la kata The Crow. Islam tak sekat perasan kita. Cinta itu fitrah, dah perasaan yang hadir dalam diri kita bukanlah haram. Tapi, yang jadi haram bila kita mendekatinya gunakan cara yang salah.

Warghh..!! Tak sangka aku pun blur gak pasal cintan-cintun ni. Adehh, kena menuntut ilmu lebih lagi ni. Ahaks..
Read On

Entri Batu Api: Apabila Blogger The Crow Dan Solihin Zubir Berbeza Pendapat Tentang Isu Couple. Hujah Siapa Lebih Kukuh?

29 comments 08 June 2011

Blog The Crow Empire dan Solihin Zubir. Kedua-dua blog ni aku suka baca. Sebab, pendapat diorang biasanya "out of the box". Diorang ni sebenarnya agak rapat. Aku pun mula kenal blog Solihin disebabkan baca blog The Crow.

Alkisahnya, aku perhatikan diorang ni selalu berkongsi pendapat yang sama. Tapi, untuk isu "couple" ni, diorang berlainan pendapat pulak. Fuhh..!!!

Apa akan terjadi bila dua blogger hebat ni berbeza pemikiran?


Topik: Isu Couple Di Dalam Islam


Solihin Zubir: Couple Itu Tetap Haram

Entri yang dipertaruhkan:

1. Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak!

2. Islamic Couple vs Babi Islam?


The Crow Empire: Couple Itu Tak Haram, Jika..

Entri yang dipertaruhkan:

1. Hujah 'Couple' Dah Basi!

2. Hujah 'Couple' Dah Basi! (Part II)


Betul ke Islam mengharamkan couple macam apa yang Solihir Zubir ketengahkan dalam entrinya. Ataupun, sebenarnya boleh ke kita bercouple seperti yang dinyatakan dalam hujah-hujah The Crow?

Apapun, korang kena terjahh kedua-dua blog mereka. Baca point-point yang mereka bagi. Perhalusi pendapat mereka. Kedua-duanya pon bagi hujah yang meyakinkan. Fuuh, takde siapa yang nak mengaku kalah ke? Ahaks..

Korang pulak macam mana? Apa pandangan korang terhadap isu ni?


p/s: Sila jangan drop komen sekiranya korang belum baca entri dari kedua-dua belah pihak.=p

p/s/s: Ini bukan entri gado. Tapi hanya sekadar berbahas secara sihat sesama kita. Koh3 =)
Read On

Tips Blogging: Apa Yang Orang Nak Baca Kat Blog Kita Sebenarnya?

42 comments

Aku selalu buat kajian atas blog sendiri. Banyak topik yang aku kupas, samada isu semasa, personal, psikologi manusia, tips blogging, dan banyak lagi.

Dan setiap jumlah komen yang aku dapat untuk setiap topik tak sama. Daripada pemerhatian aku, orang lebih suka baca entri kita yang bercorak 'pendapat'.

Terpulang la korang nak buat entri SEO ke, gaya hidup ke, pasal blog ke. Asalkan kat entri tu, selitkan sekali pendapat korang. Dan pendapat tu haruslah kukuh.

Contohnya, kalau korang buat pasal isu "couple". Tetapkan pendirian korang samada nak sokong ataupun tidak. Orang nak tau sejauh mana "stand" kita terhadap topik tu, dan apa point-point yang kita gunakan.

Selalu blogger ni nak pilih jalan selamat. Dia akan tulis camni:

"Ada orang kata couple ni haram. Ada yang kata tak. Bagi aku, ianya terpulang pada pendapat masing-masing" - (Contoh pendirian yang tak jelas)

Walaupun korang ambil jalan selamat. Namun, ianya adalah BORING..!!!

Apa yang orang nak baca adalah pendapat korang sendiri. Pendirian korang. Bila korang ambil langkah selamat. Maka, entri tu pon akan jadi biasa-biasa je di mata pembaca. Diorang hanya baca, dan berlalu pergi macam tu je.

Cuba perhatikan blogger-blogger ternama. Setiap isu yang dikupas, diorang mesti utarakan pendapat, dan pendirian diorang. Bila penulisan kita dapat psiko pembaca. Kat situ baru diorang akan "wow", impress dengan blog kita. Dan seterusnya terus follow blog kita. (Perenggan ni bukan merujuk pada blog retis).

Itu je tips kali ni. Ingat, apa yang orang nak baca adalah pendapat dan pendirian korang. Lepas ni boleh la cuba. Pilih satu isu, dan ketengahkan dengan gunakan idea dan point-point korang sendiri. Orait. =)
Read On

Dua Jenis Blogger Yang Tak Sehaluan. Mana Satu Korang Pilih?

55 comments 07 June 2011

Dulu aku pernah kata, sebenarnya tak mudah nak jadi blogger. Kita meletakkan diri kita antara buat pahala dan dosa. Tanya diri korang sendiri. Mana satu yang korang pilih. Berblog nak tambahkan pahala atau dosa?

Kalau kita perhatikan, blogger ni ada 3 jenis.

1. Blogger A:

Blogger yang memperjuangkan sahsiah manusia. Entri bercorak motivasi dan sesekali menerapkan asas islam dalamnya. Blogger ni menegur perilaku manusia yang menyimpang, dan mengajak mereka ke arah kebaikan.


2. Blogger B:

Blogger yang mengajak pembacanya ke arah sosialisme. Dia menulis tentang cara hidup yang sosial, tentang fesyen (yang berlebihan), dan siap buat tutorial bagaimana nak bergaya macam dia.


3. Blogger C:

Blogger neutral. Memihak mana yang sempat. Tiada pendirian yang tetap. Ada masa menangkan blogger A. Pada masa yang lain jadi pro blogger B.


Nampak tak? Perjuangan antara blogger A dan B sangat bertentangan. Blogger B mengajak pembaca ke arah yang kurang baik. Blogger A pulak yang jadi tukang perbetulkan, menegur perilaku salah blogger B dan pengikut-pengikutnya.

Tapi, korang semua pun sedia tahu. Blogger mana yang punyai pengaruh lebih besar? Iya, tentulah blogger B. Confirm la. Manusia ni kan memang cepat terpengaruh dengan hal duniawi, lebih daripada akhirat.

Aku rasa sangat geram. Blogger B tak kesian ke kat blogger A? Perjuangan blogger A seperti 'mencurahkan air ke daun keladi'. Bila ditegur, blogger A balik yang dikatakan sebagai pendengki, haters dan sebagainya. Mindset apakah macam ni?

Haish, aku rasa rasa macam nak je petik nama blogger A dan B untuk dijadikan contoh. Tapi, apakan daya. Manusia ni kalau nak ditegur mane boleh sebut nama. Nanti aib katanya. Asal sebut nama sikit jadi kontroversi. Entah apape.

Oleh tu, entri ni bersifat umum. Bagi sesiapa yang lama kat dunia blog ni. Korang sendiri pun boleh agak blog mana yang aku maksudkan kan? Fuhh..!!!
Read On

Lelaki Gedik, Menyusahkan Aku.

37 comments 06 June 2011
Adoii, bengang. Semalam aku pergi plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Ada barang keperluan komputer yang hendak dibeli. Memang aku bajet tak nak lama kat sana. So, aku parking motor kat sebelah plaza tu je.

Pusing punya pusing, aku jumpa juga barang yang aku cari.

"Bos, barang baik ni kasi kurang lagi la. Mahal sangat ni", tawar aku.

"Tak buleh maa, ini best price already", balas si apek yang degil tu.

Adeh, tak dapat kurang, nak buat macam mana. Oleh sebab aku nak cepat, malas nak survey kedai lain. Aku pun ambil barang tu dengan harga tetap, RM79.

Selesai buat pembayaran, barang pun aku dah dapat. Apa lagi, sepantas kilat aku angkat kaki. Risau tinggalkan motor kat tepi jalan lama-lama.

Aku kat aras 3. Arah tuju aku sekarang nak keluar, ke aras G. Aku dah biasa, turun naik guna escalator je. Tapi, dalam kesibukan aku nak cepat. Ada pulak sekumpulan lelaki block jalan aku. Pergerakan diorang cukup slow motion, kalah siput laut. Oleh sebab diorang ramai, aku tak dapat nak pintas diorang.

Diorang bergurau senda sesama sendiri. Megah menghalang jalan aku. Adoii, aku dah la nak cepat ni. Boleh pulak diorang tergedik-gedik depan aku. Saje mintak kaki ke apa. Ahaks..

Sabor je la. Aku dengan panas hati, ikut jugak diorang dari belakang. Sekali-sekala aku cuba nak pintas. Tapi tak dapat. Grrr.. Sampai aras G, aku pun segera menghala pintu keluar. Dan cuba teka siapa yang aku nampak kat motor aku?

Ya, ada sorang mamat berbaju putih tengah pegang resit parking. Nice timing, aku keluar je dari plaza Low Yat tu, tangan dia pun baru selesai letakkan resit tersebut kat motor aku.

"Adoii, apa ni bro. Saya baru je letak. Pergi kejap je. Takkan dah kena saman kot", sound aku tak puas hati.

"Ala, Dah terlajak. Tak boleh nak tarik balik. Kalau abang jerit dari jauh tadi saya boleh berenti. Saya buat kerja saya je", balas polis trafik tersebut.

"Warrghh, tak guna. Ni semua sebab laki-laki gedik tadi la. Lembab..!!" Jerit aku dalam hati. Kalau aku sampai cepat 5 saat je. Gerenti pak polisi tu tak sempat nak bagi surat cinta dia. Grrrr, lagi sekali..

Haihs, nak buat macam mana. Dah nasib. Aku pun tak boleh nak salahkan lelaki gedik tadi sepenuhnya. Salah aku jugak, dah tau kat situ tak boleh parking. Aku letak jugak. Sekarang, padan muka aku. Ahaks..


- TAMMAT -


Ni kali kedua aku dapat saman parking motor untuk dua tempat yang berlainan. Hope, ni jugak adalah yang terakhir. Melayang duit aku. Sob sobb..
Read On

Sini-Sana, Semua Pasal Gambit

20 comments 05 June 2011
Kenal tak korang dengan Gambit? Kalau tak kenal sila la cucuk biji mata korang sekarang. Ahaks.. Kalau tak kenal jugak, meh aku perkenalkan:




Gambit, watak pencuri dalam X-Men. Skill dia meletopkan daun terup. Dia bercinta dengan Rogue. Tapi cintanya kompleks sebab kuasa Rogue tu pelik. Siapa yang Rogue sentuh, dia akan jadi tua dan lemah.

Haha, macam mana nak bercinta stail orang puteh camni. Bercinta cara diorang dah la wajib pegang-pegang, cium-cium tu semua. Kesian, kempunanlah jawabnya si Gambit ni. Tula, nak bercinta jugak dengan Rogue tu sape suruh.

Standard mat saleh. Cite kartun semua nak buat filem. Gambit muncul dalam filem X-Men Origin: Wolverine. Dari kartun ke alam realiti. Jadi mamat hensem plak dia:




Watak Gambit X-Men ni memang favourite aku dari kecik dulu. Kalau main game pun selalu guna dia. Power woah, dengan kad-kad meletop dia. Perghh, mantop..!!

Orait, sekian sahaja pasal Gambit. Errkk, ada yang ingat aku nak tulis pasal Gambit Saifullah ke? Haha, TAK PAYAH. Pasal semua blog pon dah tulis pasal dia. Baik aku tulis pasal Gambit X-Men ni je. Lain sket daripada orang lain. Kuikui..=p


p/s: Cari pasal dengan blogger. Memang silap besar la. Budak 14 tahun mengaku dah takde dara tu pun dah masuk akhbar metroseksual. [SINI]
Read On

Masalah-Masalah Di Mahkamah Syariah. Kenapa Perceraian Berlaku?

17 comments 04 June 2011

Best jugak Imam Muda semalam. Kali ni diorang ditugaskan untuk menguruskan sesi kaunseling kat mahkamah syariah. Kat sana, macam-macam jenis masalah rumahtangga yang kita dapat lihat.

Ada yang isteri mintak cerai sebab suami homoseksual. Errr..!!! Ada jugak sebab syak suami dia pernah bersama perempuan lain. "I nampak video tu, u dah main dengan perempuan lain", tuduh si isteri. "Video mane u tengok ni, u cepat sangat percaya kat orang", si suami pertahankan dirinya.

Tak lupa perceraian disebabkan masalah ekonomi. Suami hutang dengan along sampai isteri dia turut kena gangguan. Alasan suami dia pinjam duit along sebab nak turuti kehendak isteri. Isteri nak itu, dia bagi. Nak ini, semua dia belikan. Last-last, isteri minta cerai juga sebab tak tahan kena gangguan along. Adeh..!!

Itu masalah yang berpunca drpd pihak lelaki. Bagaimana pulak drpd pihak wanita?

Ada satu kes, pasal masalah penyakit kelamin. Suami dah check doktor, tiada masalah. Tapi bila disuruh si isteri check, dia tak nak pulak. Degil, macam mana nak settle masalah. Adeh!! Tapi mungkin dia sogan agaknya. Maklumla, perempuan.

Kes lain, si isteri berskandal dengan kawan baik suaminya. Suami dia syak yang anak kedua dia bukan anak dia. Si isteri tak mengaku. Tapi, isteri cakap yang kawan suami dia tu lebih baik, menghargai. Kalau suami dia nak lepaskan pun dia redha.

Haihs, tu la kelemahan perempuan. Tak reti nak cover kalau bermain kayu tiga..=p

Itulah, berkahwin ni bukan mudah. Banyak benda yang kita kena konsider. Yang paling penting, jangan sesekali abaikan tanggungjawab antara suami dan isteri.

Dari Abdullah Ibnu Umar; dari Nabi saw bersabda :
"Perbuatan halal yang paling dibenci Allah adalah thalaq (cerai)".
HR. Abu Daud, Ibnu Majah, dan al-Baehaqy

Walau sebesar mana masalah dalaman rumahtangga yang kita hadapi. Janganlah terlalu cepat ambil jalan untuk bercerai. Cuba sedaya-upaya untuk pertahankan hubungan tu dulu. Pergi ke mana-mana kaunseling jika perlu.

Ingatlah, bercerai tu adalah jalan halal yang paling dibenci Allah..
Read On

Kami Rela Jadi Santapan Mata Lelaki Ajnabi

30 comments 03 June 2011
Tahu tak korang wahai gadis sekalian. Kat facebook ramai yang add korang bukan bertujuan nak berkawan secara tulus. Tapi hanya sebagai stalker, untuk usha gambar-gambar korang.

Jangan salahkan diorang, sebab korang sendiri yang letakkan gambar-gambar kat facebook. Memang untuk santapan mata semua orang kan?

Aku pelik, kenapa ramai yang suka ambil gambar sambil menggedik. Jelir lidah, buat muka itik bajet comel. Pastu tayangkan kat facebook dan blog. Apa motif sebenarnya. Adakah sebab nak dapatkan pujian daripada orang lain?





Sekarang mungkin korang boleh berbangga dengan tayangkan diri kat blog, kat facebook. Jangan sampai satu hari nanti korang jadi macam kawan aku dah la.

Gambar dia diambil dan dijadikan profil palsu. Tak cukup dengan tu, gambar dia diedit dan dimasukkan dalam video seks kat youtube.

Lepas dah terkena, maruah dah terjual. Baru terhegeh-hegeh mintak tolong, suruh aku ajar macam mana nak delete akaun facebook dia.

Sekiranya korang suka photoshoot, berposing sana-sini pastu letak kat blog dan facebook. Sila jawab soalan aku ni:

Adakah korang rela susuk tubuh, rupa paras korang dijadikan santapan mata lelaki ajnabi? Adakah korang rela difantasikan oleh mereka?


Glosari:
Lelaki ajnabi: Bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya).
Read On

Kontest Mudah Bloggers Chat Room (BCR): Jom Sertai SEKARANG..!!!

9 comments 02 June 2011
Wahh, buat pertama kalinya Bloggers Chat Room (BCR) menganjurkan kontest. Kontest yang sangat mudah. Hadiahnya pun sangat berbaloi. Dan, kontest ni hanya dibuka untuk mereka yang sertai BCR sahaja..




Ganjaran pemenang:

Tempat pertama:
RM 50 + Status moderator di BCR selama sebulan

Tempat kedua:
RM 20 + Status moderator di BCR selama sebulan.

Pemenang tempat ketiga:
RM10 + Status moderator di BCR selama sebulan.

Hadiah saguhati:
2 hadiah saguhati Status sebagai moderator di BCR selama sebulan.


Apa yang perlu anda lakukan? [Sila klik sini]

Kepada yang nak sertai kontest ni. Anda boleh berbuat demikian, tetapi pastikan anda mendaftarkan diri di BCR dahulu. Untuk pendaftaran, sila klik [sini].

Kontest berlangsung selama 3 minggu. Bermula 1hb 6 dan berakhir pada 22hb 6 2011. Walaubagaimanapun, tarikh tutup kontest mungkin akan dipercepatkan.

Oleh tu, jangan berlengah lagi. Jom sertai Bloggers Chat Room sekarang..!! =)
Read On

Kenapa Lelaki Diberi Hak Wali Dan Talak? Kenapa Bukan Perempuan?

21 comments 01 June 2011
Pernah tak korang terfikir. Kenapa Islam bagi hak kahwinkan anak (wali) kepada lelaki? Sama juga dengan penceraian. Kuasa talak milik lelaki. Kenapa bukan perempuan? Adakah sebab islam berat sebelah? Sentiasa menangkan lelaki?

Jawapannya, dah pasti la TIDAK. Apa yang Allah tetapkan, semuanya ada hikmaknya tersendiri. Kita semua pon tau. Perempuan lebih emosi, selalu buat keputusan mengikut hati dan perasaan. Berbeza dengan lelaki. Lelaki lebih rasional dalam membuat keputusan. Tak cepat emo.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada wanita. Asal salah faham sikit je emosi. Nak cerai. Kan talak masih dikira walaupun dilafazkan tanpa niat. Kalau camni. Mau tiap-tiap hari suaminya diceraikan. Errkk..!!

Dalam konteks perkahwinan pulak. Kenapa wali adalah lelaki? Sebabnya, lelaki lebih tegas dalam memilih menantu. Kalau boleh, dia nakkan lelaki yang betul-betul berkualiti untuk jadi suami kepada anaknya.

Berbeza dengan si isteri. Anaknya menangis, merayu nak kawen dengan bangla karpet. Mesti dia perkenankan atas sebab kesian. Wanita cepat tersentuh. Woah, kurang rasa simpati pon sebenarnya merupakan kelebihan lelaki kan? Hehe..

Walaupun lelaki diberi kuasa mutlak, itu tak bermaksud keputusan isteri perlu diketepikan. Isteri juga boleh kasi pendapat, dan selebihnya si suami putuskan samada nak ikut keputusan isterinya ataupun tidak.

Rasional dan emotional. Itulah perbezaan antara lelaki dan perempuan. Oleh tu perempuan semua. Jangan la cari lelaki yang cepat emo untuk dijadikan suami ek. Takut keputusan yang dia buat nanti "apa pon tak boleh". Ahaks..
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...