Walaupon dah lewat sikit. Tapi kat kesempatan ni. Aku nak ucapkan jugak. Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua pembaca blog Jejaka Terhangat.
Kelmarin korang sambut tahun baru kat mana? Kat Dataran Merdeka? kat I-City? Atau kat rumah je?
Aku? Malam tahun baru kelmarin aku sambut kat Dataran Shah Alam. Dan, bagi aku. Ini la sambutan tahun baru paling terbaek. Tak macam kat tempat2 lain.
Kenapa Terbaek?
Seperti yang korang sedia tahu la. Progam malam sambutan tu diceriakan dengan Ustaz Azhar Idrus. Dibantu oleh Zizan Rajalawak. Serius, sangat BEST..!!
Kehadiran
Tempat berlangsung majlis sambutan tahun baru tu kat Dataran Shah Alam. Dan, aku terkejut jugak. Lebih 70 ribu orang membanjiri dataran tu. Dan, majoriti yang datang terdiri daripada anak-anak muda. Termasuk aku. Hehe..
Sejuk mata. Anak muda banjiri majlis ilmu
Pengisian
Slot yang paling best. Soal jawab tentang hukum. Zizan bacakan soalan daripada pengirim email. Ustaz Azhar jawab. Korang pun tahu kan. Ustaz Azhar bila bagi ceramah memang lawak. Dipasangkan pulak dengan Zizan. Adehh, mau senak perut dok gelak malam tu. Ketawa sokmo. Hehe..
Gelak tu gelak jugak. Tapi, yang paling penting. Isi yang disampai tu kita ambil sebagai ilmu. Itu la yang jadi tarikan utama anak-anak muda datang ke sana.
Salah satu bahagian dalam slot soal jawab. Best gilak..!!
Tahniah kat Kerajaan Negeri Selangor sebab berjaya buat program berilmu, bercorak islamik dan ceria macam ni. Inilah indahnya Islam. Tak larang hiburan. Asalkan semua berpada, dan tak lupakan solat.
Memang terasa suasana islamik kat program ni. Solat maghrib dan isyak pun dibuat berjemaah, di atas padang dataran tu. Terharu sangat rasanya.
Tepat pukul 12, tiada mercun mahupun bungapi, macam kat tempat-tempat lain. Tapi, bacaan Asma Ul Husna dibacakan beramai2. Menggambarkan suasana Islam yang sebenar.
Situasi ni jelas menunjukkan. Bukan semua golongan muda gilakan hiburan. Cuma, selama ni tiada program yang macam ni dibuat. Platform islamik tiada.
Bukan salah orang muda sepenuhnya masalah sosial menular. Tapi, berpunca daripada kerajaan jugak. Itula peranan kerajaan. Sediakan platform yang mampu naikkan suasana Islam. Bukan asyik pentingkan hiburan semata-mata.
Tahniah lagi sekali buat Kerajaan Negeri Selangor. Aku harap, program macam ni selalu dibuat. Baru la aku boleh berbangga, aku anak jati Selangor. Ngehh..=p
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Aku baca dalam surat khabar utusan tak perasan lak ada pasal benda nie .
@Touya K II
Haha..utusan, tv3 ke..mane nak kasitau pasal benda ni. baik agung2kan sambutan kat dataran merdeka ngn i-city tu..lagi berfaedah utk diorg..
JT masih muda :hah
btw.. pogram mcm ni mmg best pon.. harap2 lepas PR dapat melaysia.. byak la lagi pogram2 mcm ni =)
memang sejuk mata memandang :) semoga lebih ramai lagi anak muda menyertai program2 seperti ni.
hope event ni dapat bukak mata sesetengah pihak.
jimat sikit duit negara tak payah beli bunga api.
betul tu. sebenarnya org muda dah muak dah dgn cara berhibur yg tak pernah berubah. tiap2 thn mende sama. so tahniah penganjur yg telah berjaya mencipta fenomena
kan bagus kalau tetiap tahun buat macam ni.sejuk je mata memandang.lebih banyak faedah dari berpesta tak tentu hala.semoga kerajaan lebih prihatin lagi. ;)
jom terjah!
LATEST ENTRY : Lebih 20 Kesilapan Filem Ombak Rindu Yang Tidak Disedari Penonton
kalau semua negeri buat program macam ni mesti best.... :D
saye suke dengar ceramah UAI ni jugak..^_^
Beruntungnya anda semua.. Anda insan terpilih dari Allah untuk menghadiri majlis tersebut.. ^^
seronoknyaaaa..
kan kan jt kan,sebenarnya selama ni platform islamik tu takde.. ni menunjukkan ank2 muda kita masih lagi dan sentiasa cintakan islam.
tak rugi pun buat platform islamik camni bahkan dapat pahala lagi..
sambil2 tu dpt mengeratkan ukhuwah,yang tak kenal jadi kenal,yang tak rapat jadi rapat..
bila buat macam ni barulah kita dapat rasa manisnya islam tu =)
betul tu jejaka terhangat
cuma kesal..ada hamba Allah ni gelarkan acara itu Dakyah Haram,sesat & Yahudi
Najah pun terkejut..org tu sngt JAHIL dan sampai hati ckp mcm tu kat UAI..
lepas tu Ustaz Love ade bg penerangan sbg Jawapan..bg clear..t Jejaka Terhangat boleh check kat entry Ustaz Love:http://ustazlove.com/blog/2012/01/jawapan-terhadap-entry-azhar-idrus-bukan-nabi-dan-bukan-wali-agen-iblis-maaf-telan-walau-pahit/#comment-15295
aku tgok sampai nak menanges.. begitu ramainya anak muda hadir nak dengar program berkonsepkan keagamaan.. mcm ni baru bagus.. dpt bersihkan sedikit hati nurani semoga kehidupan bertambah baik