Berapa Bijak Korang Jauhi Skandal??

"Ish. Sayang ni, abang dengan dia takde apa-apa la. Dia kawan je. Kami ambik gambar berdua bukan ada maksud lain pun. Sayang ni jelous tak bertempat la."

Buat pasangan yang bercinta. Samada hubungan yang halal, ataupun haram. Quote atas ni mesti selalu berlaku kat korang kan?

Pasangan korang tuduh korang curang, hanya disebabkan dia ternampak korang dekat, dan melayan perempuan lain. Padahal korang dengan perempuan tu bukan ada apa-apa pun. Just kawan je. Tak lebih daripada tu.

Dalam kes ni. Biasanya lelaki akan kata, "Ini la perempuan. Cemburu buta tak bertempat". Kawan pun dikatakan skandal. Sebab jelous punya pasal.

Perempuan yang cemburu buta memang dah salah. Tapi, lelaki yang bodoh, yang tak reti macam mana nak jauhi skandal jugak dah lakukan kesalahan besar.

Biasanya, ramai pasangan yang bergaduh besar sebab benda kecik macam ni. Lelaki bodoh tak reti nak elak skandal. Perempuan cemburu buta tuduh macam-macam. Seterusnya hubungan retak, dan akhirnya berpisah.

Sebagai lelaki, korang kena faham dan terima. Sifat perempuan memang camtu. Bila orang dia sayang rapat dengan perempuan lain. Dia akan cepat jelous, cemburu.


Nak elakkan cemburu buta perempuan. Korang kena la bijak jauhi skandal dulu. Tapi, realitinya. Ramai antara kita yang tak bijak. Terus melayan semua orang. Dengan menggunakan lesen, "Dia tu kawan je. Takkan itu pon salah kot".

Dah la melayan orang lain. Pastu korang nak dia faham. Kalau dia cemburu jugak, korang kata dia tak memahami pulak. Pergh, kejam. Sebenarnya, penyataan korang tu dah menyeksa hati pasangan korang secara tak langsung.


Cemburu, sifat yang pasti ada kat semua orang. Khasnya perempuan. Nak elakkan bergaduh sebab pasangan cemburu. Korang kena pandai jauhi skandal dulu.

Berapa bijak korang jauhi skandal? Ukurlah sendiri. Jangan hanya tau salahkan pasangan kuat cemburu, kalau korang sendiri tak pandai jauhi skandal. OK?


p/s: Kadang-kadang lelaki pun cemburu buta jugak. Macam aku kata, cemburu tu sifat yang pasti ada kat semua orang. Lelaki pun tak terkecuali.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

22 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...