Akibat Gilakan Hiburan


Dulu, aku pon macam korang. Agak taksub dengan artis. Semua penyanyi, pelakon aku kenal (tapi diorang tak kenal aku la. Ngeh).

AIM, Anugerah Skrin, dan seangkatan dengan artis, semua aku tengok. Akademi Fantasia pon layan. Tiap2 minggu tak missed woah. Bodo tak aku dulu? Haha.

Tapi biasa la. Jiwa remaja. Memang tak lekang dengan hiburan. Tambah-tambah lagi, platform hiburan kat mana-mana pun kita boleh dapat. Tak cukup kat TV, kat setiap pelusuk pentas dunia, kita pasti disajikan dengan hiburan.


Bila meningkat dewasa. Semua tu berubah. Aku tak lagi gilakan artis. Semakin malas melayan hiburan. TV pon tengok kadang2 je (sebab dah ada internet kot).=p

Kesan akibat remaja yang gilakan hiburan semakin jelas kelihatan. Remaja jadi sangat sosial. Seawal sekolah rendah pon dah ramai yang berkapel.

Remaja cepat terpengaruh dengan hiburan. Buktinya fenomena KPOP berleluasa dengan pantas. Gadis2 mula post status gedik kat facebook.

"Hensem kan bakal suami saya, Joon Boo Doh".

Bila disajikan dengan cerita cinta pulak.

"Sweetnya SeTan dalam drama Dora Selina. Saya nak BF yang macam tu. Awww..!!"

Dan, biasa yang cepat terpengaruh dengan semua ni adalah perempuan. Semakin banyak tengok hiburan, semakin jauh dia dari berpijak di bumi yang nyata. *Sigh.


Dan, bila dapat bergambar dengan artis, kemain seronok dia. Siap upload kat facebook. Tag semua kawan2. Nak kasi orang lain jelous la tu. Nyampah mak nok.

Sebab alpa dengan hiburan jugak, remaja kita semakin jauh dengan agama. Tahap sosial toksah kata lagi. Apa yang berlaku dalam negara pun, haram nak diambil tahu. Yang dia tau, hati harus seronok. Terisi dengan hiburan, hiburan dan hiburan.

Aku tak kata hiburan tu salah. Tapi, tak payah sampai nak taksub sangat la kan. Layan biasa-biasa je sudah. Tak boleh ke camtu? =_="

p/s: Kepada mak bapak. Tolong pantau anak-anak. Jangan sampai mereka jadi terlalu taksub dengan artis dan hiburan. Fenomena ni tak sihat.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

11 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...