Siapakah Dia Si Pelindung Wanita??

Aku baru je lepas tengok ceramah Ustaz Kazim Elias.[Suami yang Terbaik]. Katanya, lelaki yang terbaik adalah, lelaki yang paling terbaik untuk isterinya.

Jadi suami memang senang. Ambik kursus kahwin. Pastu akad nikah. Korang pun bergelar suami. Senang kan? Tapi, nak jadi suami yang terbaik, susah.

Tahu tak korang wahai lelaki. Lepas akad nikah, si perempuan sah bergelar isteri korang. Maka, dia adalah 100 peratus bawah tanggungjawab korang. Makan minum, tempat tinggal, semuanya korang kena sediakan. Bukan lagi ayahnya.

Dan, menjadi kewajipan suami untuk memuliakan, dan melindungi isteri korang tu. Teringat aku kat soalan Ustaz Azhar Idrus, kat facebook beliau:


Sanggup ke korang terjun, untuk selamatkan isteri korang yang dibaham buaya? Soalan ni bukan main-main. Tapi untuk renungan.

Suami pelindung isteri. Tapi, kalau berdepan dengan situasi macam ni. Betul ke korang sanggup korbankan nyawa, untuk selamatkan isteri tercinta?

Sekiranya rumah korang dimasuki perompak bersenjata. Sanggup ke korang berdepan dengan perompak tersebut, yang nak buat perkara bukan-bukan kat isteri korang? Atau membiarkan saja, dengan alasan nyawa lebih berharga?

Kalau isteri sakit kuat, sanggup tak korang korbankan masa, kudrat, dan duit korang untuk menjaga, dan tanggung segala perbelanjaan rawatan dia?

Sanggup? Maka korang hebat. Sebab, sekarang, aku sendiri pun tak yakin.

Tapi, aku berdoa sangat kat Allah. Sekiranya aku berkahwin kelak, jadikanlah aku suami yang terbaik untuk isteri aku. Dan, jadikanlah aku sebagai pelindung dan pembela yang sebenar-benarnya bagi isteri dan anak-anak aku. Amin.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

31 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...