Aku Pun Nak Tutup Blog Jugak La Macam Ni.

Kat sini ada blogger kata nak tutup blog. Kat sana pon ada. Betul ke ramai blogger nak plan tutup blog secara berjemaah? Adakah semua ni sebab huru-hara dalam dunia blog sekarang ni?

Kontroversi blog sana-sini. Sampai ada yang kata, "Asyik2 gaduh. Aku pun nak tutup blog jugak la macam ni". Ataupun ada blogger yang mempunyai alasan tersendiri utk menutup blog. Siapa tahu..


Kenapa nak tutup blog?

Bagi aku, orang yang nak tutup blog sebab pertengkaran yang berlaku, perselisihan faham. Sebab benda kecik. Blogger macam ni tiada tujuan dalam berblog..

Maksudnya, bagi dia tiada blog pon takpe. Sebab tu tak kisah kalau nak bungkus blog sekalipun.

Dalam berblog ni biar ada tujuan yang jelas. Tetapkan matlamat korang dalam berblog. Apa yang sebenar-benar korang nak daripada blog ni. Kepuasan sendiri? Kawan? Berkongsi ilmu? Merapu? Itu korang sendiri fikirkan..

Tapi, yang paling penting. Apa yang kita nak sampaikan kat blog perlulah beri manfaat kepada orang lain. Itulah yang aku coba serapkan dalam blog Jejaka Terhangat ni..

Duit? Lagi sekali aku kata. Duit pun boleh jadi pemangkin dalam kita meneruskan sesuatu pekerjaan. Tapi jangan letakkan duit sebagai matlamat utama (priority)..

Popularity? Lagi la tah ke mana. Bak kata blogger kegemaran aku, Hami Asraff:

"Lepas kamu femes, lepas tu untuk apa? Untuk menerima pujian? Kan aku dah cakap matlamat kian tidak jelas."

Maksudnya, nak kejar populariti semata-mata. Tapi kualiti entri dibakulsampahkan. Itu pon termasuk dalam tujuan blogging yang tidak jelas..

Sebelum aku tutup entri ni. Aku nak tanya sikit. Apa sebenarnya matlamat korang membuat blog. Blog ni sebenarnya penting atau tak bagi korang?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

51 comments:

  • bagi saya blog ni penting sbb ramai rakan pejabat dah tahu ape yg perlu dalam blog ni.. derang pon dah terpengaruh dgn saya.. blog ni pada derang dah ase mcm perlu hny suka2 nak share like kehidupan *even xsemua dimasukkan dlm entry.. seronok menaip laa mcm2 lagi..

  • aku ni bukan la penulis yang baik,,
    tapi bila berblog ni,, aku macam yakin dengan cara penulisan aku, walaupun ayat macam good2x jeq,,

    -salam perkenalan-

  • penting..sebagai medium nak melepaskan perasaan n kongsi maklumat dgn orang lain.. =))

  • bg saye blog nh penting...
    salah satu sbb nye anak cucu leh tau khidupan sye mase mude...
    huahahaha...
    =D

  • walaupun dikatakan blog ss macam ape jek tadi tu, tapi ss sedar yg ss berblog sebab nak capai kepuasan. puas bila entri2 kita ade orang yang tergerak hati utk berubah..macam yg JT kate semalam tu..entri JT sampai membuatkan ade yg terlihat kebenaran di sebalik kata2 JT. ss pon nak jadi macam tu kalau boleh. wish me luck..

  • betol
    jiwa tak kental

  • betol
    jiwa tak kental

  • pada saya blog amat penting pada org seperti saya yg memang minat menulis dari dulu lagi..tak kira la apa benda yg saya tulis sekalipun dan terutama sekali saya menulis blog untuk berkongsi dengan org tentang penyakit autistik/autisme/disleksia di kalangan kanak2 walaupun saya bukannya seorang doktor pakar tetapi sebaliknya hanya seorang suri rumah yg mempunyai anak yg berpenyakit seperti itu..

  • penting x penting blog terpulang kepada individu tersebut....bagi aku semua blog sama..masing2 ada tujuan sendiri...xperlu la ade yang sampai nk bergaduh disebabkan blog...jika rasa blog nak dibaca oleh org ramai isi yg kualiti adalah perlu...just pendapat aku..JT

  • JT :

    CCI setuju sangat dengan ape yang JT tulis ni.. sebenarnye menulis blog ni memang kene ada tujuan.. utk pgthun JT.. dulu CCI tulis blog ni sebab terpengaruh.. dengan rakan sekerja.. lepas tu.. CCI makin berminat dengan dunia blog...lepas itu lama dan lama CCI jadi seronok dan sebenarnya blog ni banyak memberi pengajaran .. pengetahuan sebenarnya.. so tujuan dan matlamat CCI sekarang untuk berblog bukan saja sebab terpengaruh atau sebagainya tapi sebab CCI dah minat untuk berblog.. sebab kat sini bole berkongsi pendapat.. bole berkawan.. itu je yg CCI nak..


    tanx JT sebab.. CCI gak dapat kawan seperti JT.. :))


    p/s : baru ushar blog Hami tu memang gempak la.. suke.. tanx sharing ;)

  • Kalo saya belog best, bley jadi macam diari then medium untuk bgtau kat orang kalo ada info tertentu

  • nak tutup blog buat ape..it's not going to solve anything pon..
    berbalik pada tujuan asal blogging..

    kalau skadar tangkap muat and suka-suka..mmg susah nak istiqamah dan tak dpt bertahan laMa.

  • aku suka blog...aku tak ramai kawan..tapi dengan berblog aku dapat lebih ramai kawan...

  • walaupun aku tau, blog aku punye penulisan tahap dibakul sampah, tapi aku suka berblog, dapat ramai kawan maya, dapat luahkan perasaan, yg penting dapat share ap[a yg aku tulis degn org ramai, terutamanya adik-beradik aku la...buat masa ni takde pulak cadangan nak tutup blog...hehehe

  • Pada permulaan kewujudan blog aku, aku fikir mahu tulis semua tentang aku, kiranya menulis aktiviti aku.. Serupa diari kehidupan.. Tapi aku fikir, siapa mahu baca? Kemudian, aku mula menulis untuk faedah orang lain juga.. Ya ya ya, kadang2 aku copy+paste info yang aku baru tahu tapi aku juga tulis sumbernya.. Selain dari facebook, surat khabar juga menjadi medium untuk aku mendapatkan idea dalam menulis entri.. Walaupun kadang2 aku menulis benda yang karut auat mencarut dalam satu2 entri itu, pada aku tak salah.. Mungkin kita boleh gembirakan orang yang sedang dalam kedukaan.. Dan aku sendiri kalo takde mood cuba menulis sesuatu yang happy.. Tapi kadang2 ada jugak entry lepas geram serta menulis berdasarkan penglihatan kasar ni.. Walaubagaimanapun, ape yang penting adalah kepuasan.. Bukan semata2 wang ringgit..

  • org yg nk tutup blog ni adalah org yg tujuan utamanya dah salah. blog ni tmpt berkongsi ilmu. xkira la ilmu ni ilmu apa pon janji bagi manafaat kepada smo org. kalau stkt nk dpt duit dr nuffnang, tu dah salah. desperate sgt ke nk dpt duit nuffnang? kalau xde duit, cmne bley byr duit internet, beli komputer tu.

  • tujuan asal saya berblog sebenarnya untuk berkongsi kehidupan saya dgn orang yg tak dikenali. Mana lah tahu, kisah2 yg kita ceritakan dalam blog kita, ada kaitannya dgn kehidupan pembaca, secara tak langsung pembaca boleh relate kan dirinya dalam situasi kita, dan takla rasa macam dia sorg jek rasa susah, org lain pun pernah rasa kesusahan yang sama.

    pendek kata, berblogging itu, berkongsi rasa, berkongsi cerita.

  • This comment has been removed by the author.
  • alaa ,
    kalau tutup blog ,
    nnt lama lama rindu plak .
    pastu bukak blog balik.

    haha

  • erm.. setkan diri apekah tujuan berblog.. cam tu kan JT.. hehe.. apapun imbuhan.. malaih nk pk.. nak kongsi ILMU je kat sini.. xnak lebey.. Jika lebey gak.. terima apa adanya.. kan JT kan!

    Sila tatap ni: http://adamzico.blogspot.com/2011/03/emmett-blankett-prophecy-of-calamity.html

  • tak mo tuutp lgi....

  • hurn kadang2 bila dah makin ramai follower makin segan lak nak update entry.. lagi ramai org bace.. rasa macam lagi ramai yang 'usha' hoho

  • tujuan berblog nie sebab..nak tengok..kita ada bakat tak dalam penulisan..penulisan kita di terima oleh orang tak..itu tujuan aku..aku seronok merapu dengan orang lain..aku seronok tengok mereka gembira dan ketawa dengan apa yang aku tulis..hanya itu aku nak..

    http://adisuda.blogspot.com/2011/03/kita-beratkan-badan-pulak.html

    bagaimana dengan entry saya kali ini..boleh diterima atau pun tidak??

  • buat belog untuk meluahkan perasaan...ahahaha biar jela...xmo tutup..tapi kalau ada sebab kukuh kena tutup..hurmm nak buat macam mana...=( sayang belog comot...wuwuwuw

  • hanya orang yang mengejar trafik, mencari populariti dan tiada halatuju dalam berblog je yg selalu war2 kan nak tutup belog tu..selalunye cakap je kot..tapi tak tutup pun..macam nak meraih perhatian..bile up entri kata nak tutup belog mesti ramai yang konon2 usya belog tu tinggalkan komen pujuk2 supaya tak tutup belog..even belog tu takde la ape2 yg berilmu pun yang dishare..

    sori kalau terkasar bahasa..itu cuma pendapat saye je..^_^

  • akak berblog start awal tahun 2000 bermula dengan danchan... pastu kenal blogspot... time awal2 dulu nak luahkan perasaan jer... apa yg akak rasa... pastu bila kenal blogspot... masih lg dgn niat yg sama nak luahkan perasaan jer.. tu pasal blog akak awal2 dulu berkisar ttg apa yg akak rasa jer.. tahun 2008 akak kurang berblogging... rasa dah malas... update entry pun mcm nak tak nak jer... cuma lately ni jer mcm bersemangat balik... tapi apa yg akak lihat skrg nih... trend berblogging skrg ni lebih terbuka dan tak salah rasanya klu pd pendapat akak more kepada side income... dan jugak mungkin nak tambah kenalan... cuba tgk blog akak... xde ramai follower pun, sbb akak selalunya tak expose pun blog akak.. juz jd silent reader jer.... itu lah akak....

  • Me? With Julia...x smpai setahun jagung lagi berblogging JT...Tapi ju punya semangat seperti JT. Ya, matlamat blog utk apa? Matlamat With Julia ialah setiap entry mesti ada sedikit unsur2 ilmu yg berguna utk rakan2 lain dpt intipatinya...wpun masih lagi baru nak bermula...tp ju tanamkan semangat setiap entry mestilah ada unsur semangat ...baru kita sendiri nak baca pun semangat dan hangattttt ehehhe :)

  • @♥CIK SHA♥ I like! Hahaha.

  • semoga semangat yang kita ada tetap utuh untuk blogging..huhu..
    give up skali skale tu memang biasa..
    tapi kena la ada semangat tu balik..
    sebab bukan senang nak dpt apa yang kita dapat skrg..

    entri terbaru : Kau Ada Pensyarah Yang Macam Ni?

  • kalau setakat buat blog kejap2 nak tutup baik x payah buat, mencemarkan image blogger, heheh betul?

    Terkini : Slower Is Better

  • ala kawan tutup sebab nak study la.. bukan sebab kontrolbesi semua tu.. jgn la salah paham.. sob3x.. ingar sng ke nak tinggalkan blog sehari.. ni pon payah ikat tangan kaki supaya tak usik blog.. :huh...

  • 1st time komen kot..(^_^)
    kalau miera blog tue penting dah kire macam diari dah..almost psal family..org nak bace ke tak, no sweat..kalau dah bace nak cari gaduh, baik tak payah jejak pun tak pe..(^_*)v

  • hmm, mira tulis blog sebab nak suarakan pendapat, nak berkonsi sesuatu buat semua dan membaiki penulisan mira. Lagi-lagi untuk penulisan kreatif yang myra buat dekat blog :)

  • tak nak tutup blog sampai bila-bila walaupun pernah terniat nak tutup sebab gangguan lalat..hurm...hidup blog!

  • betul tu..kalau buat blog just sbb duit,nak femes,x payah buat pun xpe..lau entry x best..kan3 ??

    terjah sini pula
    http://tintadaripenaku.blogspot.com/2011/03/jom-rehatkan-minda-bersama-fakta-fakta.html

  • simpan utk tatapan anak cucu,dulu tulis diari skang ni type je kat desktop diary..hehe..JT komen sikit entry BLOGGER OTAI SOMBONG KE? ade nama JT kat situ..tk nk komen pn tkpe...

  • matlamat wat blog msti jelas.
    suke ayat tuh..=)

  • xmo tutup dulu...hukhukhuk...mo duduk tepi diam2 jap...boleh?

  • Kalau mahu menulis, biarlah tulisan kita mampu memberikan ilmu, manfaat, dan sekurang-kurangnya mengerakkan fikiran orang lain. :)

  • @Fariq
    haha..fariq,ikat kat tiang katil laa tgn tu!!baru tk layan blog...study2,ape ni main blog je keje...hak2

  • penting!!!! :p xpayah tutup blog..jd la blogger misteri seperti saya..hehehe.. walaupun hanya beberapa hari membuka blog tersebut, saya rasa mcm sangat seronok.. berbanding sebelum ni di mana saya dikenali :) saya dpt rasa kepuasan dlm berbblog berbanding dahulu :)

  • kalo setakat isu cm tu... benda lain pun leh jadi isu.. status kt fb pun leh jadi gaduh satu sama len..

    idup nie kalo depend pada ckp orang.. susah la..
    baik p duduk kt tengah2 pulau sana.. buat rumah .. xde org kacau...
    biasalah.. benda2 mcmnie akan mematangkan kira..

    atleast, dr pergaduhan kecil mcm tu, kita tau.. apa slh kita, siapa kwan kita dan siapa lawan kita..
    peace! :)

  • Assalamualaikum, menarik entry bro jt,ok kenapa ayieblog berblogging bertujuan gila glamour ( cari kawanlah ), tetapi semakin hari semakin rasa rimas pulak dengan kawan alam maya, realiti kehidupan bukan seperti di alam nyata, ayieblog sememang nak close blog,kerana kekangan dan nilai persahabatan dengan hamba Allah swt, maka tak jadilah tutup and sekadar memantau laman sesawang tersebut :), lagi satu kenapa ayieblog berblogging, seperti saudara jt sedia maklum, untuk menambah ilmu web development dan seangkatan dengan coding-codingnya, syukur alhamduillah akhir-akhir ini mendapat tawaran membina laman sesawang travel & tours.

  • akak berblog sebab nak mengumpul kekayaan..
    mencari pengaruh dan gelemer semata2..
    akak nak semua orang tabik giler2 kt akak..
    lepas tu bila terkenal kaw2
    akak harap ada syarikat mana2 ambik akak jadi duta atau jurucakap produk depa...
    wah!!!makcik kaya..makcik kaya...


    pasal tutup blog tu kenapa pulak orang lain yang begaduh kita pulak yang sibuk masuk campur.bila orang cuit kita sikit tau sakit hati..
    pastu nak tutup blog..makanya jangan bermain dengan api..

  • haha..
    SCC sesekali tidak akan berhenti blogging selagi SCC masih bernafas !

  • tak hangat la bang klu tutp blog..hehe
    berbalik pd niatla npape buat blog..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/cerita-kartun-zaman-ben-ashaari.html

  • blogging sekdar satu hobi dan suka2 jer.
    untuk mengisi waktu lapang..

  • hahaha..xyah nk tutup sgt laa..cmne nk follow ko nnti jejaka hangattt..haha

  • blogging sekadar...sekadar...sekadar ape eh? alaa. matlamat aku pun x jelas. hahaa!

  • Aku pun nak tutup blog versi lain lah.. ahakz..

  • TUTUP jangan tak tutup! Huahuahua...

    #JT tutup pakai apa? Selimut eh?

    #sepak...hehehe...

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...