Hidup Memang Perlukan Cinta. Tapi..

33 comments 11 October 2012


Uiks, CINTA?? Jejaka Terhangat ni nak publish entri jiwang ke? Bosan la weii..!!!

Haha, sabo. Ni aku kasitau awal-awal. Entri ni bukan nak mengajar korang untuk bercinta. Sebaliknya, nak menghadkan ability korang dalam ketaksuban bercinta.

Kalau korang perhatikan sekitar korang. Pasti ada kenalan korang yang terlalu taksub dengan cinta kan? Siang malam asyik khayal fikirkan sang kekasih.

Bila update status facebook, twitter, mesti nak post pasal cinta je. Adehh, letih kot dengan orang macam ni. Takde benda lain dalam otak dia. Asyik cinta, cinta, cinta.

Kepada orang yang macam ni. Cuba la cari life sikit. Jangan sampai orang lain loya baca status engko tu. Banyak lagi benda lain kita buat selain daripada bercinta.

Hidup Memang Perlukan CINTA.
Tapi, Kita Bukan Hidup Untuk BerCINTA.
Jadi, Tak Perlu Nak Taksub Sangat Dengan CINTA.
Jangan Kecewa Bila Tak Dapat CINTA Daripada Manusia.
Kalau Tak Dapat CINTA Daripada Allah, Itu Yang Patut Kita Kesalkan.

Aku memang tak nafikan, hidup memang perlukan cinta. Tapi, kita bukanlah hidup semata-mata untuk bercinta. Lagi pula, manusia ni makhluk yang mengecewakan.

Sekali cinta tak kesampaian, terus patah hati, tekanan perasaan dan sebagainya.

Jadi, tak perlu terlalu taksub dengan cinta manusia. Sebaiknya, kejarlah cinta Allah dulu. Kerna cinta Allah itu kekal, yang takkan kecewakan kita. Betul tak?
Read On

Bila Jejaka Terhangat Cerita Pasal Contact Lens

39 comments 08 October 2012

Halops semua.. Terima kasih kerna masih sudi melawat blog picisan ni..

Siapa kat sini pengguna contact lens? Apa brand contact lens yang korang pakai? Uiks, brand korea? Haha, yela kan. Contact lens tu macam-macam warna.

Pastu, boleh pulak besarkan biji mata. Nampak comel gitu kan? (konon comel lettew). Lagipun, ia senang nak dapat kat kedai-kedai online. Berlambak kat internet. Sebab tu ia jadi pilihan kebanyakan orang. Tak gitu?





Aku sendiri pun pemakai contact lens tegar. Sebab, aku lebih selesa buat aktiviti tanpa pakai cermin mata. Tak best rasanya pakai spek, pergi keluar rumah.

Tapi, pasal pemilihan contact lens, memang aku akan dapatkan kat kedai yang diiktiraf. Tak berani aku bermain risiko, dengan beli contact lens kat kedai2 online.


Peraturan pemakaian contact lens

Pakai contact lens ni memang leceh. Sebab korang kena consider beberapa benda:


1) Masa pemakaian contact lens

- Contact lens biasanya tahan dengan selesa kat mata selama 8 jam, lepas tu ianya mula kering. Mata kita mula rasa tak selesa.

- Contact lens bulanan (1 bulan), tak boleh over-use. Nanti dia jadi sangat lembut, mata rasa tak selesa, dan ia mudah koyak.


2) Pastikan contact lens sentiasa bersih

- Sebelum dan selepas pakai contact lens, perlu dibilas dengan "saline solution". Selepas pakai, rendamkan dalam multipurpose solution. Supaya ia tak kering.

Solution tu pulak, tak boleh reuse terlampau kerap. Kena rajin tukar. Takut nanti kotor pula contact lens kita tu.


3) Lain-lain

- Bahaya bawa contact lens masuk tidur. Kalau tertidur beberapa minit, atau dalam sejam mungkin boleh lagi. Kalau terlampau lama, contact lens jadi kering, dan mula melekat rapat dengan mata.



Nampak tak berapa lecehnya guna contact lens? Aku pun terpaksa merajinkan diri, hanya sebab nak pakai contact lens ni. Hehe..

Sebenarnya, pakai contact lens (yang diiktiraf) ni tak berisiko sangat. Kalau kita ikut peraturan-peraturan penjagaannya.

Bagi sesiapa yang tak sanggup nak ikut peraturan tu. Lebih baik korang pakai je cermin mata tu. Lebih selamat.

Bagi yang tak rabun pulak, tapi masih nak pakai contact lens. Konon nak nampak cantik. Lantak engkorang la. Gedik..!! Malas aku nak layan..!!!
Read On

Kena Tipu Beli Barang Online. Kesian

25 comments 08 September 2012

Dengan internet, dunia jadi semakin mudah. Korang nak beli apa-apa barang, tak payah nak keluar rumah dah. Semuanya di hujung jari je.

Korang biasa tak beli barang secara online? Kalau aku sendiri, port terbaik bagi aku nak cari barang adalah di Lowyat.net dan Mudah.my.

Search je barang apa yang korang inginkan. Kalau jumpa, deal dengan penjual. Dan barang tersebut pun jadi milik korang. Senang kan?


Pengalaman ditipu

Sebenarnya, sejak dulu lagi, aku dah terbiasa beli barang secara online. Semuanya berjalan dengan lancar. Tapi, 2 tahun lepas, aku terkena juga akhirnya beb. Adehh.

Unpredictable. Masa aku telefon penjual tu, suaranya seorang perempuan dewasa. Siap ada suara budak kecik main-main lagi kat belakang tu. Dalam hati aku, "Hm, akak ni siap ada anak kecik lagi, tak kan la penipu pulak kan."..

Jadi, dengan keyakinan melampau, aku pun bank in duit ke dalam akaun dia. Dia kat Johor, aku pulak kat Selangor. Jadi, penghantaran barang dibuat secara poslaju.



Beberapa hari lepas tu, barang tak sampai-sampai juga. Aku pun terus telefon penjual tu tu untuk pastikan samada barang tu dah dihantar atau belum.

Tapi, malang memang bau busuk. Talian dia dah mati. Aku tak dapat lagi nak telefon dia. Seperti hati dipanah petir, aku tersedar yang aku dah kena tipu. *Sigh..

Report polis? Iya, dah buat pun. Tapi, macam biasa la. Polis pun tak boleh buat apa-apa kalau melibatkan transaksi secara sukarela ni.





Moral of the Story

Tapi takpe la. Benda ni akan terus jadi pengajaran kat aku. Jangan cepat percaya kat alam maya. Walaupun penjual tu bersuara nenek tua. Hehe..

Lebih lagi kalau barang tu mahal. Seeloknya deal secara COD je (Collect On Delivery). Kalau perempuan tu, jangan lupa bawak kawan. Jangan COD sorang-sorang. Bahaya. Takut jadi kes lain pulak nanti.

So, pengajarannya, hati-hati beli barang secara online ni ye. Sebaiknya, kalau barang tu ada kat kedai, beli je terus kat sana. Lebih selamat dan terjamin. Orait? =)


p/s: Agak-agak korang, barang apa yang aku nak beli tu? Cuba teka. =p
Read On

Jejaka Terhangat Kembali. Masalah Kabel Diatasi Yaw..!!

28 comments 30 August 2012
Assalamualaikum semua. Setelah hampir 10 dekad aku biarkan blog ni bersawang. Rasanya dah masa aku buat housekeeping sikit. Hehe..



Hati- hati ye korang. Lantai licin ni..


Sesiapa yang pakai Streamyx, ataupun Unifi. Pernah tak korang mengalami gangguan internet, disebabkan kabel problem? Mesti pernah kan?

Kabel problem ok lagi sebenarnya. Masalah aku, cable satu kawasan perumahan aku ni kena curi. Adoii. Peristiwa hampeh ni berlaku sebelum raya.

Hm, aku rasa la, pencuri tu mungkin takde duit nak balik raya kat kampung. Pasal tu cable TM kawasan rumah aku jadi mangsa. *Sigh..!!



Pencuri cable pon nak duit raya gak..


Dengan internet yang dah takde, menjadikan aku lebih tak semangat nak update blog. (Yess, ada gak alasan nak kasi kat korang. Padahal memang dah lama aku tak update blog, sebelum cable kena curi lagi). Hehe..

Cable kena curi, pihak TM tak boleh buat apa-apa dah. Terserah kat tuan rumah nak settlekan sendiri macam mana. Biasanya, masalah ni akan dilanjutkan pada bahagian maintenance perumahan (pemaju).

Ops, nanti sat. Pemaju perumahan kawasan rumah aku dah hilang. Lari entah ke mana. So, macam mana???

No fear my dear. Dalam kes ni, aku sambung sendiri je. Beli cable telefon kat kedai, semeter seringgit. Dan dengan menggunakan sedikit skill wiring, Abrakadabra.. Pooff, Streamyx aku pun kembali beroperasi. Yezza..!!!

Disebabkan aku happy, berjaya sambung sendiri cable TM aku. Jadi, entri ni pun tercipta. Hehe.. Sekian, Terima kasih. Dan tahniah sebab berjaya baca entri ni sampai habis. =p

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55..!!!
Read On

Adakah Korang Cukup Ikhlas Dalam Berpuasa??

22 comments 29 July 2012

Selamat berpuasa semua. Korang semua puasa kan? Apa?? Hari ni puasa setengah hari je?? Haha.. Kalo bebudak baru nak belajar puasa, ok la kot.

Tapi, bagi yang dah dewasa tu. Aku harap, korang tak amalkan la puasa setengah hari tu ya. 'Puasa yang yuk. Pagi pagi bukak periuk'. Hehe..


Puasa tak ikhlas

Orang kata, kalau seseorang tu berpuasa, samada dia ikhlas atau tak. Itu urusan dia dengan Allah. Kita jangan kisahkan sangat. Yang penting dia puasa.

Iya, betul tu. Tapi, kalau dah sampai tahap mengeluh, macam ni:


"Laparnya perut aku..!!", "Ish, lambatnya nak berbuka ni", dan macam-macam lagi keluhan masa puasa.

Sangat annoying kot. Macam la dia sorang je yang puasa.

Kalau budak kecik, dimaafkan la juga. Tapi, bila orang dewasa yg mengeluh macam tu, rasa macam nak kasi lempangan pun ada jugak.



Status facebook dari seorang budak sekolah (Form 4)


Orang yang kuat mengeluh bila disuruh puasa. Nampak sangat ketidakikhlasannya di situ. Tak malu ke orang cop kita tak ikhlas dalam berpuasa? Sedangkan "berpuasa di bulan ramadhan" adalah rukun Islam yang ke 3.

So, fikir-fikirkanlah sebelum korang mengeluh lapar semasa berpuasa ya. Orang lain pun puasa jugak. Bukan engko sorang je.
Read On

Sunnatullah Adalah Kasihnya Allah Pada Non-Muslim?

4 comments 11 July 2012
saLam...
Nak dijadikan cerita, 2 orang hendak menanam pokok. Seorang muslim dan seorang lagi non muslim. Yang muslim, menanam pokok dengan membabut-buta tanpa ada ilmu untuk menanam pokok sementara yang non-muslim mempunyai ilmu yang cukup tentang menanam pokok, menanam pokok mengikut aturan-aturan yang betul dan sentiasa menjaga pokoknya agar tidak di kacau oleh parasit dan anasir-anasir luar yang jahat. Rasa-rasanya, pokok siapa yang akan tumbuh tinggi, mekar dan segar?
Itulah yang dinamakan sebagai sunnatullah. Sifat pengasih Allah SWT kepada hambaNya, sehinggakan Dia memberikan hasil yang baik kepada sesiapa saja yang berusaha. I repeat, SIAPA SAJA.

Itulah yang terjadi sekarang, kita melihat golongan non-muslim mula sedar akan kepentingan ilmu dan cuba belajar dan berjaya menghasilkan gadget-gadget yang canggih sehinggakan kita (muslim) sendiripun menyanjung tinggi ciptaan mereka yang (kononnya) terlampau canggih di abad ini.

Kenapa perlu jadi muslim kalau jadi non-muslim pun dah dapat kesenangan? Jap, citer belum habes lagi, itulah kepentingan syariatullah. Tiket khas untuk orang islam yang mengamalkan syariat Allah sahaja.

Wait, hapekebende syariatullah nih?

Dalam bahasa mudahnya adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tak kira sama ada ibadah yang khusus seperti solat, puasa, naik haji malboro dan haji dam (err, gurau je tuh) ataupun ibadah yang umum seperti senyum, bekerja bersungguh-sungguh, saling nasihat - menasihati dan sebagainya.

Apa special sangat tentang syariatullah nih?

Allah's protection  yakni keberkatan. Takmau ker? Dapat perlindungan dari yang Maha Perkasa. Apabila kita dapat satu tiket dari Sultan, tak ke melompat kite? Ke tak melompat?

Ok jom buat balik cerita pasal non muslim dan muslim tadi.
Ada 2 golongan manusia ingin menanam pokok, seorang non-muslim dan seorang lagi muslim. Memiliki ilmu yang hampir sama dan menanam dengan cara yang sama. Bezanya, muslim tersebut sangat menjaga syariat semasa penanaman pokoknya, yakni mendapat dari duit yang halal dan cara yang halal untuk pokok tersebut. Muslim tersebut tidak lekang solat, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar tanamannya mendapat barakah dan perlindungan. 
Nescaya si muslim tadi akan hidup dalam keadaan tenang kerana "ruh"nya telah diberi makanan manakala di non-muslim tadi sentiasa berkeadaan tidak tenang, kerana dia hidup tanpa "ruh" yang sebenar. Dan berjayanya si muslim tadi bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat sana.


Read On

"Kau Jangan Kacau Awek Aku La"

40 comments 08 July 2012

Haha, adeh. Aku rasa nak gelak bila tulis entri ni. Bukan apa. Ini kali ke dua dah dalam hidup aku dapat warning daripada lelaki lain. Katanya:

"Kau Jangan Kacau Awek Aku La"..


Perghh, lelaki ni kalau dia cemburu, butanya mengalahkan perempuan.

Aku dengan aweks dia tu dah kawan bertahun-tahun kot. Pastu bila dia dapat tahu, terus dia kol aku. Bagi warning supaya aku tak kacau lagi aweks dia. Hahaha, OK. Aku tergelak sudah. Protective tak kena tempat.

Ini point yang lelaki selalu gunakan:

"Aku bakal tunang dia, so aku tak nak la kau terus contact dia. Faham?"

First time aku kena warning pun, lelaki tu gunakan point yang sama. Tapi, last2 break jugak. Kahkah, aku rasa macam nak gelak guling2 je depan budak laki tu.

Kasi amaran bukan main yek. Tapi, akhirnya hubungan yang dibangga-banggakan tu hancus berderai. "Seperti struktur bangunan yang dilanggar angry birds".

Aku yakin, bukan aku sorang je yang pernah dapat warning 'mereng' camni. Korang pun pernah jugak kan? Tak kisah la, lelaki ke perempuan.

Kalau dah tak dapat nak kawal kewarasan, memang sifat cemburu buta dan amarah akan menguasai diri. Itu yang dia pergi serang orang lain tu.

Manusia ni ibarat badut di dunia. Selalu memperbodohkan diri kat pentas yang sementara ni. Kalau protective tu kena tempat dan caranya, mungkin boleh lagi diterima. Tapi kalau dah cemburu buta. Memperbodohkan diri. Haha, memang seronok gelakkan dia. Kehkeh..=p
Read On

Salah Guna Kebijaksanaan: Untung Atau Rugi??

9 comments 02 July 2012

Biasa kita dengar kes kat berita. Macam-macam kes jenayah. Kes curi, rompakan, penipuan, culik dan lain-lain.

Ada kalanya, kes jenayah tu bodoh benar bunyinya. Dan ada kalanya, jenayah yang dilakukan mampu untuk kita membeliakkan biji mata.

Contohnya, 2 kes jenayah yang masuk paper harini:

1. 4 Mesin ATM dikopak dalam sejam.


ATM di hypermarkat, wangsa maju

Pergh, korang bayangkan. Mesin ATM yang punya susah dibuka, dapat dikopak. Duit yang dikeluarkan pulak mencecah RM1.17 Juta. Easy money within an hour. Memang perompak profesional betul. Terancang jenayahnya.

Kalau tak dapat dicekup. Untung la kan? Tapi untung kat dunia je la.


2. Ahli sindiket jual ijazah palsu dicekup.

Pergh, ini lagi best. Sindiket ni dia jual Ijazah palsu, dengan harga RM5888. Paling gempak, diorang siap iklankan mende alah ni kat internet. Menerusi blog diorang kat sini - http://certificatepro.blogspot.com


Tak payah susah-susah belajar. Duit boleh beli Ijazah USM. Kuikui..

Diorang bukan hanya jual sijil palsu. Tapi jugak, diorang dapat pastikan nama korang ada dalam database USM, in case kalo employers nak check status korang kat universiti tu. Perghh. Memang terbaek sindikit ni.
Not like others seller, we not only selling the certificate, our complete system cover until Local University system, thats mean when your boss or company admin calling to the University trying verifying your certificate, your name will completely inside the system. First in Malaysia, dont waste your time thinking taking the degree courses, come to us, it will saving your time and money!

Tapi malangnya, sepandai2 tupai melompat. Akhirnya, ke tanah juga dia jatuh.


Pandai dalam ilmu hacking, adobe photoshop. Tapi, kebijaksanaan tu digunakan untuk buat jenayah. Bila dah tertangkap. Ke penjara la tempatnya. Kesian.

Sayang, seribu kali sayang. Sebab, kalau gunakan ilmu tu ke jalan yang lebih baik, dah pasti peluang dia nak hidup selesa pun lebih cerah.

Kesimpulannya, jangan sesekali salah guna kebijaksanaan yang kita ada untuk jalan yang salah. Takde untungnya yeop. Tapi, kalau rugi itu pasti. Ingat tu. =)
Read On

Tips Blogging: Jom Naikkan Trafik Blog Dengan 'Labels'

18 comments 28 June 2012
Woah, agak lama aku tak share tips blogging kat pembaca semua. Kali ini, tips simple, tapi sangat berguna. Iaitu, kepentingan 'labels' dalam blogspot.

Siapa yang ambil kisah pasal SEO (search engine optimization), jangan ambil ringan pasal 'labels'. Sebab ia sangat membantu naikkan trafik blog korang.


Kat new post, kat tepi kanan. Situ la tempatnya 'Labels'



Apa gunanya Labels?

Aku tau, ramai yang gunakan labels untuk bahagikan kategori entri dia. Contohnya, entri pasal artis dan hiburan, diletakkan label 'artis'. Atau pasal masakan, diletakkan label 'makanan', dan sebagainya.

Cara ni bagus. Orang nak search blog kita 'by category' pun lebih mudah.

Tapi, sebenarnya, korang boleh maksimakan lagi penggunaan labels ni. Iaitu dengan konsep SEO. Di mana pembaca masuk ke blog kita melalui keyword daripada search engine, contohnya Google.


Macam mana nak naikkan traffik dengan Labels?

Caranya senang je. Korang letakkan diri korang sebagai pencari maklumat kat internet, yang search melalui Google.

Contoh, korang buat entri pasal jerebu kat kuala lumpur baru-baru ni. Kat labels tu korang jangan just simply letak 'jerebu'. Susah nak bersaing dengan blog lain nanti.

Alternatifnya, cuba letakkan, 'jerebu di kuala lumpur tahun 2012', atau 'kenapa kuala lumpur jerebu', dan seumpamanya.

Aku yakin, kalau korang nak cari maklumat, keyword macam tu la yang korang taip kat Google kan? Dan, seterusnya keyword tersebut akan membawa pembaca tu masuk ke blog korang. Ini hasilnya. Cool kan? =)




Kalau blog korang dapat tempat pertama dalam pencarian Google. Maka, traffic blog korang pun boleh meningkat dengan lebih tinggi. =)

So, lepas ni pun korang cuba la ya. Jangan mensia-siakan Labels macam tu je. Paling penting, berfikir kritis, keyword apa yang orang selalu guna untuk cari maklumat untuk setiap topik. Semoga berjaya, tak faham boleh tanya. Ngehh..
Read On

Lebihkan Bersatu, Kurangkan Berseteru!

5 comments 26 June 2012
SaLam...

Kenapa perlu bersatu? Penting sangat ker?

Yes. Penyatuan sangat penting dan amatlah digalakkan di mana-mana institusi yang ingin berjaya. Aku pernah lihat satu bangsa yang sangat bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain, sekarang mereka berjaya (aku rasa bangsa tersebut telah anda sedia maklum). Berpecah, memang kita akan musnah.


Bersatu teguh, bercerai roboh

Bayangkan kalau dalam satu pasukan bola sepak, di dalamnya terdapat beberapa orang yang hanya menumpang nama, langsung tidak memberikan idea yang bernas. Seorang lagi terlalu tergopoh-gapah dalam memberikan keputusan tanpa memikirkan orang lain, dan tidak kurang yang bergaduh, merajuk kerana pendapatnya tidak diterima umum. Rasa-rasa, apa akan terjadi pada pasukan bola sepak tersebut? berjayakah? (mentang-mentanglah Euro 2012, nak jugak cite sal bola)

Saling hormat-menghormati

ko jangan fikir pendapat engkau sorang je yang betul. ade je orang lain yang betul kan. ke takde dah? Yang mana satu pendapat yang benar? Yang mana satu pulak yang tidak bener? Simple. Semua pendapat adalah benar belaka, melainkan bercanggah dengan Al-quran dan Assunnah. Maka hormatlah orang lain yang ingin memberi pendapat, tanpa ada rasa prejudis.

Which are you? Leader or Boss?

Ok, kalau dah baca yang di atas, mana satu yang korang nak? Pilih jangan tak pilih kak Eton oi. Korang nak follow trend, atau koranglah trend itu? Setiap antara kita adalah pemimpin, cuma perlu digilap je.

Bagaimana pula sikap seorang pengikut?

Korang nak jadi pengikut jer? Ok macam ni, kene ade sifat tsiqah kepada orang yang korang ingin  follow. Kalau orang yang anda minat tuh buat kesalahan, tegur sikit. Jangan dok diam je k? Tapi jangan jugak terus menentang. namo namo namo  :tidak

Dan tidak pula kita menjadi taksub terhadap seorang pemimpin sehinggakan apabila dia membuat satu kesalahan, kita tidak dapat terima kenyataan bahawasa yang perbuatannya tu adalah salah dan wajib di perbetulkan. jangan terlalu taksub, dan jangan pula terlalu menentang. sedang-sedang. bak kata omputeh, CHECK AND BALANCE. bersikap adillah dalam persatuan.


Tsiqah itu ape?

Hamende Tsiqah tuh ek? Sejenis kuih kot? Hehe.

Adakah tsiqah itu kek lapis yang sedap?
Ok, tak lawak  :fuh

Tsiqah, dari sudut bahasa bererti kita menaruh kepercayaan kepada pemimpin bahawasanya mereka mampu untuk memikul tugas yang di amanahkan kepada mereka. Makanya, pemilihan pemimpin haruslah ditelitikan dan bukannya pemimpin tersebut dipilih kerana terpaksa. Kerana tak ada yang nak jadi pemimpin.

Pernah tak tengok time solat berjemaah kat masjid/surau yang imamnya tak dilantik, seorang akan menolak seorang untuk dijadikan imam (seolah-olah jika kite ditolak menjadi imam, kita adalah kambing hitam)? Tak da seorang pun yang layak jadi imam solat tersebut ker?

Nak bersatu? simple.

Perbetulkan solat anda.
Read On

Hot News: Ustaz Azhar Idrus Kini Di Kaca TV

4 comments 24 June 2012
Info ni aku kongsi bersumberkan dari blog Gua Rock, Gua Beriman.

Katanya, Ustaz Azhar Idrus akan keluar tv juga akhirnya. Kat astro Oasis, bermula 3 Julai 2012. Nama program tersebut ialah Kemah Keming Ustaz Ahzar Idrus.


Kat akhbar pun ada dipromosikan.

Tak sangka ye. Ustaz youtube ni akhirnya dapat juga tempat di kaca tv. Ni peluang yang sangat besar untuk dia sebarkan dakwah dengan lebih meluas.





Biasanya kalau kita nak tengok Ustaz Azhar secara langsung, kat kuliah dia samada di masjid atau di stadium, tempat tu mesti penuh. Susah nak tengok.

Sekarang, kat depan tv pun kita boleh tengok dengan jelas. So, jangan pula lepaskan peluang ni ye. Terbaek..!! =)
Read On

Kesan Hebohkan Status Couple

32 comments 22 June 2012
Aku selalu mention kat dalam blog ni. Couple sekarang dah jadi trend. Boleh dikatakan, most of us masing-masing ada pasangan haram sendiri. Budak-budak sekolah pun tak terkecuali. Siap mesej "abi-umi" lagi tu.




Bila sebut pasal couple tu haram. Mula la ramai panas punggung. Cuba untuk menegakkan benang yang basah. Ala, biasa kan dengar orang kata camni:


"Bagi aku, couple tu tak salah. Yang salah sebab tak dapat kawal nafsu sampai buat maksiat. Selagi tak buat benda-benda tak elok. Takpe kan?"


Memang la engko cakap camtu. Sebab engko bercouple. Padahal, hakikatnya. Dapat ke engko jauhi zina mata, zina hati dan lain2? Mustahil kan?

So, sebenarnya bercouple tu adalah satu AIB bagi diri kita. Sebab, dah jelas-jelas kita akan buat dosa bila berkapel. Tak kira la sikit macam mana pun dosa tu.

Ianya tetap satu AIB bagi diri kita. Tapi, entah kenapa. Menghebohkan status couple dah jadi satu kebanggaan kita zaman ni. Woii, bangga kasitau orang sesuatu yang mengaibkan diri? Patutnya malu la. MALU..!!!

Sedangkan bertunang pun tak disuruh dihebohkan. Atas sebab nak cover aib yang mungkin berlaku. Inikan pulak status couple, yang jelas2 bukan status yang halal.



Ustaz Don - Kesan Hebohkan Pertunangan

So, akhir kata. Korang nak couple tu, aku pon tak bleh nak larang sangat. Sebab masing-masing dah gatal, tak dapat control nafsu kan?

Cuma kat sini aku nak tekankan. Kalau engko bercouple tu. Senyap-senyap sudah. Tak payah nak kasitau kat orang lain. Aib sendiri tu, engko tutup je la elok-elok.

Sedangkan Allah pun menutup aib kita. Kenapa kita nak bukak aib kita sendiri?

Malu itu sebahagian daripada Iman. Bila hilang sifat malu. Itu yang moral anak-anak muda kita sekarang semakin ke laut. Fikir-fikirkanlah..
Read On

Oi Kawan. Siapa Nak Belanja Kau Ha?

25 comments 20 June 2012
Haha, tajuk tak boleh blah. Tapi ni ha, nak tanya korang sikit.

Korang pernah tak keluar dengan kawan. Tengok wayang ke, makan ke, main boling ke. Sampai kat kaunter, time nak bayar duit. Korang kat depan. Jadi, korang keluarkan la duit besar korang untuk bayarkan dulu untuk kawan korang tu.

Ni la part yang tak bestnya. Lepas dah bayar, dah blah dari kaunter tu. Kawan korang tak reti-reti nak bukak dompet dia. Dia anggap, korang belanja dia. Haha..

Member beb, tak kan nak tunggu mintak kot. Faham-faham sendiri la kan.

Bila dah sampai rumah. Dengan sesedap rasa, member tu kata. "Weh, terima kasih la sebab belanja aku tadi ek".

Wakakaka. Memang mintak penampo betul kawan macam tu.

Bukan nak berkira. Tapi, kadang-kadang kita pun tak berapa nak ada duit. Jadi, ada masanya memang kena berkira sikit kan? Haha..

Tapi, kalau ada duit lebih, nak belanja kawan, takde hal sangat la.




Belanja keluarga lebih baik

Menurut ceramah Ustaz Kazim Elias. Tak ingat aku kuliah dia yang mana. Tapi, katanya, belanja kawan-kawan dan orang lain itu bagus. Tapi, lebih bagus kalau kita belanja ahli keluarga kita sendiri.

Ada jenis orang. Nak belanja kawan dia makan, sampai kering poket dia, dia tak kisah pun. Tapi, kalau aiskrim seringgit dia letak kat dalam peti ais. Pastu adik dia makan, habis kecoh satu rumah. Bergaduh bukan main.

Err, korang pon pernah macam tu jugak kan? Mengaku je la. Kehkeh..
Read On

"JOM TAMBAH GENG BLOG"

2 comments 18 June 2012
Oraint geng bloggers sekalian. Ini adalah entri kontest anjuran Encik Zaharin. Kalo korang nak masuk pun, sangat dipersilakan. Sebab kontestnya sangat mudah. Dan hadiahnya jugak lumayan. Terbaek..!!!




Klik banner untuk terus ke entri kontest..


Syarat-syarat penyertaaan:

1. Follow blog Encik Zahirin.

- DONE. Follower ke 119




2. Follow Facebook Encik Zahirin.

- DONE. Friend already.


3. Share entry di wall facebook, dan minta kawan-kawan LIKE.

- DONE. Sedang kumpulkan jumlah LIKE.


*Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat dalam menolong aku untuk menjayakan kontest ni. Korang memang TerBeEk..!!
Read On

Jerebu Kuala Lumpur 2012: Apa Puncanya??

9 comments 16 June 2012
Woah, gelap betul environment sekitar Petaling Jaya (kawasan rumah aku). Mula-mula aku ingatkan kabus pagi yang biasa. Tapi, bila matahari dah naik, kabus masih belum hilang. Ini takde benda lain, mesti jerebu lagi. Haihs..






Lihatlah permandangan jerebu ini. Indah kan? Indah la SANGAT..!!


Punca jerebu Kuala Lumpur 2012


Jerebu yang bermula awal pagi semalam berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Kecamatan Kubu, Kabupaten Rokan Hilir , Propinsi Riau, Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak 170km ke barat daya Kuala Lumpur.

Tiupan angin telah membantu membawa kabus asap ini ke semenanjung.

Puncanya dari Indonesia lagi. Tak jauh pun jaraknya. Patutla Kuala Lumpur dan kawasan sekitar ni terjejas teruk. Owh, kerajaan Indonesia. Tolong buat sesuatu. Perkara sama asyik berulang je. *Sigh..




Jaga kesihatan korang

Korang ingat lagi tak jerebu tahun 1997 dulu?

Sangat teruk. Nak keluar rumah pun digalakan pakai mask. Beberapa kematian dicatatkan kat Indonesia. Kat malaysia, ada juga yang terima rawatan.

Oleh tu, jangan ambil ringan soal jerebu. Udara yang tercemar ni la yang kita sedut untuk hidup. Jadi, apa yang kita boleh sepanjang jerebu ni adalah..

1. Banyakkan minum air.
2. Kurangkan aktiviti kat luar.

Harap jerebu kali ni tak berpanjangan la. Dah la sekarang musim panas. Udara tercemar lagi. Takut sakit pulak kita nanti. =(


Sumber rujukan dan gambar:

1. http://ipohmalay.blogspot.com/2012/06/ini-punca-kl-mula-diselubungi-jerebu.html
2. http://ezany-kun.com/gambar-jerebu-di-sekitar-kuala-lumpur-kl-15-jun-2012
Read On

Jom Jadi Persisten Nak??

13 comments 05 June 2012


Harini aku nak ajar korang satu perkataan, yang bagi aku sangat besar ertinya. Iaitu "persisten". Persisten adalah satu sikap di mana kita tak berputus asa, dan usaha dengan bersemangat untuk capai suatu target.


Persisten tu sama ertinya dengan Istiqamah?

Istiqamah tu lebih besar ertinya. Persisten hanyalah satu partition dalam Istiqamah. Istiqamah merangkumi konsisten, persisten dan konsekuen. Yang aku nak sentuh hanyalah persisten.


Persisten negatif, atau positif?

Contoh persisten positif, kita tak cepat give up. Bermaksud, sikap persisten menjadikan kita lebih bermotivasi dalam melakukan sesuatu kerja.

Semua orang ada target untuk capai sesuatu perkara kan? Tapi, sebenarnya tak semua orang mampu bersikap persisten.



Persisten negatif pulak, biasanya melibatkan orang lain. Contohnya stalker. Dia ni persisten jugak. Tak putus2 dok usha orang yang dia minat. Sampai mengganggu privasi orang tersebut. Ish2. Apa la teruk sangat perangai. Psiko betol.

Orang yang persisten ke arah positif, peluangnya untuk lebih berjaya pun mestila lebih besar. Betol tak?

Jadi, sekiranya kita susah nak beristiqamah, sekurang-kurangnya bersikap persisten pun dah cukup.

So, mulai sekarang aku akan cuba untuk tanamkan sikap persisten dalam diri aku. Korang pulak macam mana? =)
Read On

Pendekatan Hiburan Dan Tragedi Berdarah Himpunan Jutaan Belia 2012

11 comments 27 May 2012
Tak dinafikan. Manusia memang suka pada hiburan. Lebih-lebih lagi golongan remaja dan belia. Suka benor diorang pada artis, pelakon, dan penyanyi ni.

Terloncat-loncat macam beruk kalo diorang dapat jumpa golongan tersebut. Kalau boleh, lepas salam dengan artis tu. Tak nak basuh tangan seumur hidup. Haha..

Agama kita sendiri tak melarang kita untuk berhibur. Tapi, biar la pada kadar yang terkawal. Tak berlebih-lebih. Jadi, sekiranya satu-satu program tu gunakan pendekatan hiburan untuk tarik golongan muda, aku rasa tak jadi satu isu pun.

Yang jadi isunya adalah bila hiburan yang diberikan, sangat melaghakan. Dengan istilah lainnya, melebih-lebih. Contohnya macam ni.



Pergh, gila tak gila? 500 artis tu. Yang tak boleh blah, konsert bawak mesej KEROHANIAN, kata Harian Metroseksual. Haha..

Mungkin sebab ada nama Rabbani kat situ. Itu yang diorang tanpa segan silu gunakan 'kerohanian', untuk cover konsert daripada artis-artis yang lain. Duhh..!!!



Owh, korang yang perlu Himpunan Jutaan Belia kat Putrajaya tu, sempat tak berjoget bersama para gadis dari jepun? Best kot tarian diorang. Rugi tak join. Haha.

Hajimemashite Najib-sensei. Ogenki desuka? >> Greetings with the Japanese <<


Tragedi Himpunan Belia 2012: Dua Penonton Cedera Parah!

Owh, tak lupa. Salam takziah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi berdarah di Himpunan Sejuta Belia – Drag Racing. Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas dan gagal dikawal.



Video kemalangan

Ada yang kata, ni adalah balasan yg tuhan bagi, sebab buat program yg dibuat tak dapat keberkatan. Aku tak nak kata apa2. Engkorang pikir la sendiri. *Sigh.
Read On

Aplikasikan BMI Secara Efektif: Kira Sendiri Berat Yang Perlu Korang Tambah Atau Kurangkan

12 comments 24 May 2012

Aku yakin, ramai di antara kita ada masalah dalam berat badan kan? Tak kira la korang nak tambahkan, atau kurangkan berat badan. Sesiapa pun pasti nakkan berat badan yang ideal.

Body Mass Index (BMI)

BMI adalah ukuran yang kita boleh kira sendiri. Adakah berat kita di tahap ideal, terlalu kurus (underweight), ataupun terlalu gemuk (overweight).

Siapa yang belum kira tu, meh sini kira dulu berapa BMI korang:




Amacam, OK tak BMI korang? Julat BMI ideal adalah dari 19-25. So, sesiapa yang kurang atau lebih, bermakna korang kena buat sesuatu untuk jadikannya ideal. Aku? Aku OK. BMI 21.2. Hehe..


Kirakan TARGET korang.

Benda yang paling penting dalam perihal seimbangkan berat badan adalah target. Sebagai contoh, korang tau yang korang overweight. Tapi, berapa berat yang korang perlu turunkan?

Kita tak boleh main belasah je nak kurangkan berapa. Kena ada targetnya. Dan, target tersebut kita boleh dapat berdasarkan rumus matematik BMI tu sendiri.



Contoh: Berat Mat Haron adalah 85KG, dan tingginya adalah 170cm.

Berdasarkan calculator di atas, BMI Mat Haron adalah 27.8. Kita tau yang dia perlu kurangkan berat badan dia. Tapi persoalannya, berapa?

Jumlah itulah yang akan jadi targetnya. Dan, kat sini aku ajar korang semua macam mana nak kira target tersebut.

Berdasarkan rumus BMI,
Body Mass Index (BMI)= Berat(kg)/(Tinggi x Tinggi) m2

Untuk BMI Mat Haron jadi ideal, kita letak target BMI dia sebagai 24 (nilai dalam julat ideal). Jadi, jumlah BMI yang dia perlu turunkan adalah: 27.8 - 24 = 3.8

Maka, berdasarkan target BMI yang diperolehi, kita boleh kirakan target berat yang perlu dia turunkan. Iaitu:

3.8 = Berat / (1.7 x 1.7) =====> Berat (target) = 11 KG

Kesimpulan: Mat Haron perlu turunkan berat sebanyak 11 KG supaya BMI dia berada dalam julat ideal.

Bagi untuk sesiapa yang nak tambahkan berat badan pun sama juga caranya. Cuma gunakan rumus BMI seperti kat atas ni. Senang je kan? =)

Bila dah ada target. Baru kita lebih fokus dalam apa yang kita buat. Dan, aku sarankan setiap dari korang ada natang ni kat bilik masing-masing. Untuk memudahkan korang observe BMI korang dari semasa ke semasa.

Ni la natang yang dimaksudkan - Alat penimbang berat


Kenapa tak ekjas tinggi?

Haha, agak-agak ada tak yang tanya soalan ni? Korang tau tak, bila dah umur lepas 20, ketinggian kita dah tetap. Dan, sampai satu tahap, ianya akan mula menurun.

So, sesiapa yang dah lepas 20 tu, lupakan je la nak ekjas tinggi yek. Tak dapat teman nak nolong. =p


Kesimpulan

Dalam nak tambah, atau naikkan berat badan. Paling penting kita kena ada target, mesin penimbang, dan DISIPLIN. Sebab, aku pasti setiap daripada kita pun secara teorinya tau macam mana nak atasi masalah berat badan. Cuma masalahnya tiada disiplin, malas dan sebagainya. Ye dop?

So, aku harap entri ni sedikit sebanyak dapat bantu korang atasi masalah BMI korang ye.

Harus ingat, walaupun berat badan ideal, tak bermaksud kita sihat dan bebas daripada penyakit. Pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat tetap kena amalkan. Barula penyakit susah hinggap kat kita. Orait? semoga berjaya. =)
Read On

Jaga Hati Orang. Tiada Siapa Jaga Hati Kita

20 comments 17 May 2012

Perhubungan sesama manusia, tak kira sesama keluarga, saudara-mara ataupun sahabat-handai, semuanya pasti akan melibatkan soal hati dan perasaan.

Untuk mengekalkan hubungan sesama kita, paling penting adalah menjaga perasaan mereka. Dan, hubungan silaturahim biasanya akan jadi retak, jika "code of ethics" ni dilanggar.

Bila cakap pasal soal jaga hati ni, aku yakin, kebanyakan daripada kita pasti pernah mengeluh macam ni:


"Penat tau jaga hati orang. Kita je jaga hati orang. Orang tak pernah nak jaga hati kita"


Owh, manusia. Kamu memang kelakar. Sikap berpura-pura pasti akan memakan diri. Jaga hati orang memang perlu. Tapi tak perlu sampai kita berpura-pura, mengatakan "iya" walaupun sebenarnya ianya adalah "tidak".

Memang penat jaga hati orang, kalau kita tak ikhlas dengan apa yang kita buat tu. Cuba fikir sejenak. Adakah tujuan korang jaga hati dan perasaan orang lain, dengan niat untuk dapatkan balasan?

Jangan nak kelentong dengan mengatakan korang ikhlas, kalau diri selalu mengeluh, "Penat, penat jaga hati orang". Mengeluh sampai post status kat facebook. Nampak benor ketidakikhlasannya di situ.




Pernah aku nyatakan kat dalam entri aku, "Kenapa Manusia Kecewa?". Kita kecewa sebab kita terlalu letakkan harapan tinggi pada setiap benda.

Kalau kita jaga hati orang, dengan harapan nak orang tu berbuat benda yang sama. Kat situ la silapnya. Korang hanya akan kecewa, bila apa yang korang harapkan, tak seperti apa yang korang dapat.

Jadi, apa yang perlu dibuat?

Macam biasa, sabar dan kukuhkan ilmu ikhlas dalam hati sendiri dulu. Itu lebih baik daripada mengharapkan balasan daripada manusia lain. =)
Read On

Kenapa Manusia Kecewa??

17 comments 09 May 2012

Kalau tak pernah ada perasaan kecewa, bukan manusia namanya. OK, fine. Orang gila dikecualikan. Kecewa. Kenapa manusia kecewa? Korang ada jawapannya?

Ada yang kata, "Biasa la manusia, tak pernah bersyukur". "Manusia kecewa sebab hati mudah rapuh". Dan macam-macam lagi jawapan yang aku dengar.

Bagi aku, rasa kecewa ni datang apabila sesuatu yang kita dapat, tak seperti apa yang kita harapkan.


Kecewa dengan diri sendiri

Contohnya, kecewa dengan diri sendiri. Dalam peperiksaan, kita rasa kita dah buat yang terbaik. Tapi, masih dapat keputusan yang kurang memuaskan. Kat sini, dah pasti ramai yang rasa kecewa dengan keputusan yang dia dapat. Kecewa dengan diri sendiri yang tak dapat capai target.

Sebenarnya, rasa kecewa dengan diri sendiri ni boleh dielakkan, sekiranya kita nilai kebolehan diri sendiri dulu. Jangan terlalu letakkan 'target' yang melebihi keupayaan diri kita sendiri.

'Confident' dalam diri memang perlu, tapi jangan sampai 'over confident'. Sikap ni la yang boleh menyumbang kepada kecewa dan 'frust menonggeng'.



Kecewa dengan orang lain

Sama jugak dalam konteks kecewa terhadap orang lain. Contohnya, perempuan yang selalu kecewa dengan lelaki lepas putus hubungan. Mula la buat ayat sentap, "Lelaki semua sama, kaki perempuan. Tak guna. Eeee".

Mungkin lelaki tu salah. Tapi, kita si perempuan pun salah jugak. Sebab terlalu berharap. Letakkan harapan pada orang lain, yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya.

Tak kira hubungan antara kekasih, suami isteri, adik-beradik, ibu bapa, saudara-mara ataupun kawan-kawan. Dalam kes apa pun. Kita jangan terlalu letakkan 'high expectation' terhadap mereka. Buat biasa sudah.


Apapun, Kecewa sebab kita tak dapat apa yang kita harapkan adalah normal. Yang paling penting, tanamkan sifat syukur dan redha dalam diri sebagai ubat untuk atasi diri kita daripada terus rasa kecewa.. =)
Read On

Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT)

15 comments 25 April 2012

Bila dengar je term lesbian, gay, biseksual, transgender, rasa meremang segala bulu kat tubuh badan ni. Geli weyh. Korang tak geli ke? Erkk..

Pastu, sekarang diorang dok sebok nak perjuangkan "hak" mereka kat Malaysia ni. Hak yang dimaksudkan adalah:

"Hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain."

Sebab tu la hari jumaat nanti, golongan LGBT ni akan anjurkan satu perhimpunan aman, di hadapan Pejabat Majlis Peguam. Bagi merealisasikan hak asasi mereka tu.

Woah, diorang berhimpun tu. Siap ada tema lagi tu. LOLZ..
KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman yang menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan diadakan pada 27 April ini (Jumaat) tepat jam 2.30 petang.

Sumber terdekat mengesahkan perhimpunan aman tersebut akan diadakan di hadapan Pejabat Majlis Peguam dengan menegaskan tema utama perhimpunan itu adalah ‘LGBT Bukan Penjenayah’.

Misi utama perhimpunan itu diadakan adalah untuk menentang pihak-pihak yang cuba melarang golongan LGBT dalam memperjuangkan hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain.

Himpunan aman itu juga adalah bagi menyahut saranan pernyataan umum tentang Hak-Hak Asasi Manusia yang merupakan deklarasi utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan juga risalah mengenai perhimpunan aman itu juga sudah diedarkan kepada orang ramai di beberapa lokasi untuk menarik perhatian dan jumlah pengikut-pengikut yang menyokong LGBT.

Pihak yang menganjurkan himpunan aman untuk LGBT juga menyarankan agar orang ramai yang menyokong hak asasi manusia kepada golongan LGBT untuk turut serta bersama dalam himpunan tersebut.

LGBT juga akan menyertai demonstrasi Bersih 3.0 yang akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.00 pagi serentak di Dataran Merdeka. - sumber

LGBT adalah jenayah

Kalau LGBT ni bukan untuk agama Islam. Aku rasa, memang takde la kesalahan jenayahnya. Tapi, masalahnya, ada gak yang join pertubuhan tu terdiri daripada orang melayu kita, yang beragama Islam.

Kat situ, dah jadi jenayah agama. Sebab, Islam sangat melarang keras hubungan songsang. Dah termaktub pun dalam al-Quran. Dalam peristiwa kaum Nabi Luth. Korang semua pun tau kan?


Hubungan sejenis langgar fitrah manusia

Diorang kata, tuhan dah bagi diorang nafsu songsang. Jadi, patutnya kita sokong diorang. Bukan diorang nak nafsu macam tu. Tapi, tu adalah ujian yang tuhan bagi.

Siapa kata kita tak sokong? Cara nak sokong diorang adalah, kita kecam pertubuhan LGBT ni. Pada masa yang sama, kita tolong diorang berubah kembali ke pangkal jalan. Ke fitrah semulajadi manusia yang sebenarnya. Itulah sokongan yang sebenar-benarnya.

Bukan dengan cara sokong perjuangan diorang untuk bebas lakukan kegiatan LGBT kat Malaysia ni. Perkara ni hanya akan lebih merosakkan mereka. Dan jugak anak-anak kita pada masa depan kelak.

Sekarang mungkin kita luluskan pertubuhan LGBT ni. Masa depan nanti, diorang mintak kahwin sesama jantina pulak. Macam mana? Tak ke haru jadinya?

p/s: Erkk, pertubuhan LGBT ni akan join Bersih 3.0 sabtu ni? Lolz. Hentikanla. Kumpulan engkorang ni hanya akan mengeruhkan keadaan. Semak je..
Read On

Kenapa Tiada Tsunami Walaupun Gempa Bumi 8.7 Skala Richter Dicatatkan??

13 comments 12 April 2012
Semalam (11 April 2012), berlaku satu lagi gempa bumi. Yang boleh dikatakan sangat kuat, hampir sama dengan gempa bumi di Acheh tahun 2004 yang lepas.

Gempa bumi kali ni, 8.7 skala Richter. Berbanding gempa dulu, 9.1 skala Richter.

Korang tak pelik ke. Kenapa gempa kali ni tiada tsunami, macam tahun 2004 dulu?

"Nak pelik apa? Itu kan kuasa Allah."

Iya, betul tu. Tapi, selagi ada penjelasan saintifiknya, apa salahnya kita kaji kan?


Bagaimana tsunami terbentuk?

Kenapa kali ni tiada tsunami. Mula-mula, kita kena faham, macam mana tsunami boleh terbentuk. Apabila plat bumi bergerak ke atas dan ke bawah, dan berlaku perubahan bentuk pada permukaan bumi (dalam dasar laut). Ia menyebabkan air laut bergerak, dan seterusnya menyebabkan tsunami.

Tapi, gempa bumi kali ni, plat bumi bergerak secara bersebelahan (side to side), dan bukan ke atas dan bawah macam tahun 2004 dulu. So, tiada perubahan bentuk berlaku pada permukaan bumi. Sebab tu la tsunami tak berlaku kali ni. Faham tak?

Tak faham? Takpe, korang boleh tengok ilustrasi bawah ni:


Perbezaan gempa bumi 2004 dan 2012


Kiamat sudah dekat

Apapun, kita harus bersyukur sangat. Alhamdulillah. Gempa bumi kali ni tiada sebarang tsunami berlaku. Dan tiada juga kematian yang dicatatkan.

Mindset kita sekarang ni. Kalau ada gempa bumi je, kita akan tanya "berapa orang yang mati?". Amboih, teruknya soalan. Cuba tukar sikit.

Lain kali tanya dulu, "ada orang yang mati tak?". Nampak la kesopanan dan kesusilaan sikit pada soalan anda tu.

Bencana alam yang semakin banyak, menandakan jugak betapa hampirnya kita mendekati kiamat. Adakah korang semua dah sedia untuk menghadapinya??

Rujukan: http://www.msnbc.msn.com/id/47017657/ns/technology_and_science-science
Read On

Wanita Tiruan Pon Susah Nak Bezakan Ke??

12 comments 11 April 2012


"Apa la bodoh punya dekan. Jantan dengan betina pun tak tau beza ke?"


Wahh, banyak aku tengok komen-komen kat akhbar sinar harian online, yang kata bekas dekan USIM tu bodoh. Sebab tak dapat bezakan jantina isteri dia sendiri. Takkan jantina bini sendiri pon confius. Tak logik betol kan?

Sepertinya, macam senang je diorang cakap untuk kenal pasti wanita tiruan ni yek.


Dulu senang la nak kenal mak cik oii. La ni, teknologi macam-macam. Hormon pun boleh dimanipulasi. Pastu, pembedahan transeksual pun boleh dibuat.

Buang alat kelamin lelaki, dibedah jadi sebiji bentuk alat kelamin perempuan. Korang pernah tau? Mana yang tak tau tu, itu yang senang2 kata dekan tu bodoh.

Tak tau pasal pembedahan transeksual? Nah, tengok sini - [TRANSSEXUAL] - Amaran, lemah semangat jangan tengok.

Dan, aku kasi link youtube ni untuk korang tengok sendiri. Berapa perfect lelaki tiruan kat thailand sana. Tengok ni. Korang pasti terkejut - http://www.youtube.com/watch?v=-Fjmqv9sydE

Ha, nampak tak? Zaman sekarang ni kena hati-hati nak ambik calon bini. Kat luar sana banyak wanita jadian. Lelaki yang persis seperti perempuan. Jangan tersalah pilih dah la yek. Nanti masuk paper macam kes dekan tu pulak. Errrk..
Read On

Selamat Datang Facebook Timeline Yang Dimenyampahkan

18 comments 10 April 2012

Facebook Timeline di Fanpage Jejaka Terhangat


Siapa kat sini yang suka dengan facebook timeline? Aku rasa ada something wrong pada fius kepala dia. Haha. Aku memang kurang berminat kat facebook timeline.

Sebab:

(1) Dia berat. Mungkin sebab dia nak load gambar header yang besor tu. Dan jugak dia nak load 2 feed (kiri dan kanan) secara serentak.

(2) Serabut. Tak mesra pengguna betul. Dengan kata lainnya. Serabut la kau fb timeline.


Tapi, suka atau tak. Itu bukanlah pilihan kita. Sebab, bermula 16 April 2012 nanti. Semua akaun facebook pun akan bertukar ke timeline secara automatik. Yeay. Padan muka dengan kita. Haha..

Dan, tak lupa. Ada jugak segelintir kawan-kawan kita yang baik hati. Berkongsi cara nak remove timeline. Tapi, setakat yang aku jumpa. Semua pun caranya sama. Iaitu remove timeline dengan gunakan "browser extension".


Bagi aku, cara tu hanya menipu diri sendiri je. Sebab, kita je yang akan nampak facebook kita seperti feature lama. Orang lain yang tak pakai extension tu, masih nampak facebook kita sebagai timeline. Sebab tu la aku tak gunakan cara ni. Biarla timeline, asalkan aku tak menipu diri sendiri.

Padahal, sebab aku gunakan browser "RockMelt" dan "Flock". Dalam tutorial remove timeline tu hanya untuk brower "Mozilla" dan "Google Chrome" je. Ahaks..




Kita menyampah pun, tapi tetap kena tukar jugak. Yang buat aku tergelak. Siap ada yang kata "Tak nak timeline. Tak suka. Tak nak". Haha, bajet facebook tu company ayah dia je, boleh nak tak nak.

Apapun, kalau nak jugak guna produk facebook ni. Ikhlaskan je la hati tu. Lama-lama biasa la tu. Kalau tak suka sangat. Tak payah pakai. Senang.

Sekarang timeline. Esok-esok apa tah lagi diorang nak tukar. Takkan penukaran yang lain lepas ni, kita nak meroyan lagi sekali. Ye tak?
Read On

Betul Ke Perkahwinan Perlu Didirikan Atas Dasar Cinta??

16 comments 06 April 2012
Kelmarin, aku ada tanya soalan ni kat kawan-kawan facebook aku:

Betul ke perkahwinan perlu didirikan atas dasar cinta?

Saje aku tanya, untuk tengok pendapat masing-masing. Ni kata mereka:


Kalo tak jelas, Klik untuk baca


Ada yang kata. Cinta tu perlu dalam perkahwinan. Tapi, cinta yang dimaksudkan bukan cinta sesama manusia. Tapi, perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah.

Perghh, respek dengan jawapan tu. Iya. Perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah memang sangat-sangat perlu, dan ianya memang tak boleh dipertikaikan lagi.

Tapi, untuk topik ni. Aku lebih khususkan cinta sesama manusia. Adakah ianya satu keperluan, untuk wujud perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, yang bukan mahram, sebelum mereka sama-sama ambil keputusan untuk berkahwin?


Kalau tanya orang puteh. Diorang mesti kata:

"Yes. You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world"

Haha, bodo punya orang puteh. Kita pon terpengaruh dgn diorang. Maka, kebanyakan drpd kita dok sibuk mencari cinta. Walaupun tiada niat untuk menikah.


Sayang boleh dipupuk

Ramai yg risau tak dapat kahwin dgn orang yang dia cintai. Sebenarnya, tak perlu risau pasal hal ni. Sebab, sayang dan cinta adalah suatu perasan yg kita boleh pupuk. Jadi, sebenarnya, nak berkahwin, tanpa dasar cinta pun takpe. Sebab, kita ada banyak lagi peluang untuk hadirkan perasaan tu lepas kahwin nanti.

Tak percaya? Tengok orang dulu-dulu. Mereka tak bercinta sakan macam kita sekarang ni pun. Ada orang masuk minang. Dia berkenan, terus terima. Bahagia jugak rumah tangga. Siap beranak pinak, cucu-cicit berderet.

Sebab tu la, kalau korang ada tersuka kat seseorang, elok jangan dilayan sangat perasaan tu. Buat biasa sudah. Sebab, kalau terlalu ikutkan, perasaan tu akan lebih membuak-buak, disebabkan perasaan tu kita dok pupuk-pupuk.

Jadi, kepada sesiapa yg belum terjebak dalam gejala cinta sebelum kahwin ni, aku nasihatkan "stay the way you are". Kerana korang berada di laluan yang betul.

Mana yang dah terjebak tu, semoga kahwin cepat. Sebab ramai yg kecewa dengan cinta, akhirnya buat keputusan untuk tutup hati. Forever alone. Kesian..
Read On

Pandangan Jejaka Terhangat Terhadap Isu Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

19 comments 02 April 2012
Selamat menyambut April Fool (bagi mereka yang bodoh)..

Assalamualaikum, bagi mereka yang beragama Islam..

Aku rasa korang semua pun dah tahu kan. Pasal isu lagu ciptaan Malique (Bawaku Pergi). Nyanyian Zizan dan Kaka yang diban kerajaan. Sebab dikatakan bawa unsur negatif dalam lirik lagi dia.

Lirik lagunya yang dikatakan negatif:

“Tengah malam nanti
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Aku rasa, orang yang waras pemikirannya, pasti boleh faham maksud sebalik lirik ni dengan sekali lalu je. Tapi, macam biasa. Owner lagu ni (Malique), nafikan yang lirik dia ada unsur negatif. Katanya lagi, lagu ni dibuat daripada point of view isteri dia. Tak lebih dari itu. - Zizan dan Malique jawab isu lagu Bawaku Pergi.


Pasal isu lagu ni. Ada yang sokong dengan tindakan kerajaan haramkan lagu ni. Dan ada jugak sebaliknya.

Bagi mereka yang tak sokong, katanya, buat apa nak fikirkan sampai lari dari rumah kejadah semua tu? It's just a song. Jangan negative thinking sangat.


Pandangan Jejaka Terhangat

Camnila semua. Kita ni kalau nak bagi pendapat, kena tengok realiti dan persekitaran. Pikir positif je, tak cukup.

Korang kata, takde punya remaja nak lari dari rumah lepas dengar lagu ni. Sebab, ia sekadar lagu je. Tapi, realitinya. Lagu memang mampu mengubah mood seseorang.




Pernah tak korang tengok kawan share lagu kat facebook. Pastu kata:


"Rasa nak menangis bila dengar lagu ni. Macam jadi kat aku. Memang kena dengan perasaan aku sekarang"


Berapa ramai je yang share hadis, ataupun ayat-ayat al-Quran kat facebook? Tapi, kalau yang share lirik lagu. Ramainya tak terkira.

Sama jugak macam filem ataupun drama. Bila nak dengar ceramah agama, bukan main liat. Tapi lepas tengok filem je, biasanya filem islamik. Terus kata:


"Best sangat filem tadi. Sedih. Insaf aku"


Pernah tak korang perhatikan fenomena ni? Sebab korang tak alert, maka korang pun kata lagu, atau hiburan tak mampu bagi pengaruh kat seseorang. Tapi, hakikatnya adalah sebaliknya.

Sebab tu la hiburan perlu dikawal. Bukan main redah je. Lirik lagu tah hape-hape. Jalan cerita filem mengarut bukan-bukan. Semuanya akan bagi kesan sebenarnya.

Penggulungannya. Aku setuju dengan kerajaan mengharamkan lagu ni. Dan, kalau boleh, pantau lagu-lagu yang lain jugak. Dan jugak filem-filem kat Malaysia ni.

Jangan sebab hiburan, moral negara tah ke mana. Agama tah ke mana. Remaja tah lari ke mana.
Read On

Beli Gadget Ikut Penggunaan. Bukan Ikut Suka

11 comments 29 March 2012

Kalau cakap pasal gadget. Handphone, komputer, kamera, atau lain2. Lelaki tak banyak masalah. Sebab, mereka tau dan faham apa yang mereka beli tu.

Biasa aku perhatikan, perempuan ada masalah sikit pasal benda-benda macam ni. Bukan masalah apa. Cuma, masalah dalam penggunaan barang tersebut.

Contohnya, ada kawan perempuan aku yang beli laptop mahal. Brand Vaio. Cantik. Spec laptop tu pon kemain tinggi. Laptop perfect. Harga hampir 5K jugak la.

Bila ditanya, apa buat dengan laptop tu. Katanya, just surf internet. Youtube, Facebook. Pastu ada la jugak untuk assignment. Guna microsoft words, powerpoint.

Aku macam..

"WOII, TU JE?.. Kalau engko guna untuk tu je. Laptop harga 1K je pon dah cukup". - Ni monolog dalaman aku je. Ahaks..

Katanya lagi. "Aku beli laptop ni, sebab dia nampak cantik".

Warghh..!! Bengang. Sebab cantik je dia beli laptop tu. Padahal, penggunaan dia sangat minimum. Berbanding spec laptop dia yang mampu untuk gunakan lebih maksimum lagi. Baik bagi aku. Kita tukar laptop. Haha..


Sama la jugak dengan henpon. Bila tengok kawan pakai BlackBerry. Ramai yang tak nak kalah. Pakai Iphone4s. Nak nampak urban lagi. Pakai Samsung Galaxy Note. Baru ikut trend. Bangga keluarkan henpon depan kawan2.

Pastu, bila tanya buat apa dengan henpon tu. Jawapannya pasti akan menggegarkan medula oblongata korang.


"Ala, macam biasa la. SMS, call.. Kadang-kadang main Angry Birds. Kalau untuk kamera, aku ada DSLR dah"


Grrrr..!! Tensionnya dengar jawapan camtu. Rasa macam nak lempang diri sendiri pon ada gak. Haha..

Natang tu mampu buat banyak benda lagi. Kata pun henpon mahal. Kalau setakat nak SMS dan call je, baik engko pakai 'tiga tiga sekupang' (3310) je. Adehh..

Aku tau. Diorang punya duit. Lantakkan la nak beli apa pon kan.

Tapi, kalau kita beli satu benda, tapi tak gunakannya sebaik mungkin. Namanya membazir. Dan, membazir tu kawan siapa? Korang jawab la sendiri.

So, kat sini aku sarankan. Kalau korang nak beli apa-apa barang. Kenalpasti dulu keperluan dan kemampuan korang. Buat research sikit. Harga barang yang korang nak beli tu, sesuai tak dengan fungsi dia, yang akan korang gunakan nanti.

Jangan main belasah je beli. Hanya sebab ia nampak menarik, cantik dan ikut trend.

Akhir kata, Jadilah pengguna yang bijak yek. =)

p/s: Pasal gadget lelaki bijak. Pasal rokok, hilang kebijaksanaannya. =p
Read On

Contest: Cerita Seram - Suara Tetamu Malam

12 comments 25 March 2012
*Ini adalah entri kontest anjuran Syaf. Sila klik banner di bawah kalau korang nak join.



Fuh, kalau nak diceritakan pasal kisah seram. Aku pasti, ramai antara kita yang pernah alaminya, kan? Aku pun tak terkecuali. Korang nak tau apa kejadian seram yang pernah aku alami? Ok teruskan membaca.

--------- Cerita bermula -----------

Kejadian ni berlaku lebih kurang 20 tahun yang lepas. Waktu tu aku berumur 5 tahun. Aku tinggal bersama keluarga aku di rumah setinggan, 2 tingkat. Kami duduk 8 beradik, bersama mak dan ayah.

Kami sekeluarga selalu masuk tidur awal. Pukul 10 malam, lampu di rumah ditutup semuanya. Adik-adik aku yang masih kecil tidur bersama mak dan ayah di bilik bawah. Manakala aku, abang dan kesemua kakak akan naik ke tingkat 2. Tidur di ruangan masing-masing.

Masa tu, kami cuma beralaskan cadar, dan ditutup oleh kelambu. Jika kelambu tiada, confirm, bangun pagi badan penuh bintik2 merah akibat digigit nyamuk.


Aku ada tabiat yang pelik. Tak tahu kenapa. Setiap malam, aku pasti akan terjaga. Dan pada suatu malam, seperti biasa, aku terjaga dari tidur. Aku tak pasti waktu tu pukul berapa. Tapi, keadaan sekeliling sangat gelap dan sunyi.

Cuma cahaya bulan purnama yang memberikan sedikit sinar yang malap, masuk ke dalam kamar aku melalui tingkap yang ditutupi oleh langsir. "Patutla sejuk, tingkap tak tutup rupanya. Nyamuk pun mesti banyak masuk nanti", fikir aku.

Perlahan-lahan aku bangkit, dan dekati tingkap tu, dengan niat untuk menutupnya. Tiba-tiba, "Zass", satu bayang-bayang putih melintas dari luar tingkap. Ianya lalu dengan sangat pantas. Aku tak nampak jelas apakah bendanya tu. Aku kaget dan tercengang, berdiri diam seribu bahasa.

Tiba-tiba, "Woof, wooff". Anjing menyalak dari luar rumah aku dengan salakan yang amat kuat. Aku tersentak. Terkejut. Cepat-cepat aku meluru masuk ke dalam kelambu. Tingkap tadi aku hanya biarkan sahaja ianya terbuka. Hanya satu perasaan aku masa tu, TAKUT.

Aku teringat orang kata, kalau anjing menyalak. Maksudnya dia nampak "sesuatu". Mungkin apa yang aku nampak tadi, sama seperti apa yang anjing-anjing tu nampak. Sebab tu mereka menyalak. Badan aku menggigil. Aku tarik selimut, dan pekup muka aku dengan bantal. Dengan harapan, aku dapat terlelap segera.

Tapi, harapan aku meleset. Semuanya tidak berakhir begitu sahaja. Selepas anjing-anjing tersebut menyalak dengan kuatnya, kedengaran pula suara tangisan halus, betul-betul di luar tingkap yang terbuka tadi. Tangisan diselangi dengan suara mengilai. "Ee hee heeee"..

Ini pertama kali aku dengar suara mengilai secara nyata. Biasanya, hanya di kaca tv, dalam filem-filem hantu. Tak terfikir sedikit pun yang aku akan alaminya sendiri.

"Ee hee heee"..


Aku semakin takut. Jantung aku terus berdegup kencang. Mustahil aku dapat tidur lagi dengan perasaan yang amat takut ni. "Ee hee heeee", makhluk tu terus mengilai. Tapi, kali ni kedengaran suara tersebut semakin jauh. Lebih perlahan.

"Woof wooff", salakan anjing seperti mengikut ke mana makhluk tersebut pergi. Bunyi salakan juga semakin jauh. Semakin perlahan. Namun, ia tidak berhenti. Suara mengilai dan salakan anjing sepertinya sedang berlawan antara satu sama lain.

Sedikit lega dalam hati aku. Kerana kedua-dua bunyi hilaian dan salakan tersebut tidak lagi kuat dan dekat seperti tadi. Hujan turun tiba-tiba. Bunyi rintikan hujan menutup segala bunyi lain yang ada pada malam tu. Hati aku mula tenang, dan akhirnya aku tertidur dengan bantal yang masih terpekup di muka aku.


Itulah peristiwa seram yang pernah aku alami. Aku tak pernah nampak hantu. Tapi, suara "orang mengilai" yang pernah aku dengar tu, mampu untuk menaikkan bulu roma aku. Aku rasa, suara hilaian tu mungkin milik pontianak yang tersesat jalan.

Persoalan tu aku terus simpan dalam fikiran aku, tanpa dikongsi dengan orang lain. Termasuk keluarga aku. Sebab, aku sendiri tak yakin. Adakah apa yang aku alami pada malam tu betul-betul berlaku, atau mimpi aku semata-mata.


18 tahun berlalu. Kami sekeluarga tidak lagi duduk di rumah setinggan yang dulu. Kami dah pun berpindah rumah. Adik-beradik aku pun semuanya dah besar.

Kadang-kadang, bila kami berkumpul beramai-ramai. Kami akan berkongsi cerita apa yang pernah kami buat kecik-kecik dulu. Tergelak-gelak bila terkenangkan kenakalan masing-masing masa kecik dulu. Kami ceritakan semuanya.

Tengah syok berbual, tiba-tiba, Kak Ngah aku bukak cerita, "Akak masa kecik-kecik dulu selalu dengar suara orang mengilai dari luar rumah".

Aku terkejut. Cerita dia sama seperti apa yang aku pernah alami dulu. Aku semakin yakin. Apa yang aku pernah alami dulu bukanlah perasaan aku semata-mata. Tapi, memang betul-betul terjadi.

Walaupon 20 tahun dah berlaku, suara hilaian pontianak tu masih jelas terngiang-ngiang dalam kepala ni. Shhuuuh kau pontianak. Tiada apa yang aku nak pulangkan pada kau. Grrr..

--------- Cerita TaMMaT -----------


Untuk mengakhiri entri ni. Dengan segala hormatnya aku mengetag (1) Phat the Great, dan (2) Misz Nadea untuk sama-sama menjayakan lagi kontest ni. Ngehh..
Read On

Berfikiran Positif Tu Bagus. Tapi...

13 comments 24 March 2012

Korang jenis berfikiran positif tak? Haha, tak payah jawab. Tau dah. Tiada seorang pun akan mengaku yang dia berfikiran negatif, kan?

Berfikiran positif tu memang satu sifat yang baik. Malah, dituntut lagi tu. Sebab tu la aku sangat respek kat mereka yang berfikiran super positif.

Tiada terdetik sedikit pun perasaan pandang serong pada manusia lain. Dalam apa-apa isu pun, fikirannya sentiasa bersih. Pergh, korang mampu?

Aku? Jujur aku katakan. Aku tak mampu nak sentiasa berfikiran baik macam tu. Sebab, bagi aku. Berfikiran negatif tu pon perlu jugak.


Kenapa perlu berfikiran negatif?


Ok, cuba korang perhatikan kat mereka yg terlalu fikir positif ni. Sentiasa baik sangka pada orang. Orang jenis ni biasanya kurang fikirkan akibat yg akan berlaku.

Contoh, isu hutang. Terlalu percaya dan baik sangka pada kawan. Akibatnya, kawan melarikan diri. Pastu baru terhegeh-hegeh nak menyesal. Menangis tak berlagu.

Sekiranya dia fikir negatif, yang kawan dia akan lari. Sekurang-kurangnya dia akan buat persiapan. Mungkin buat surat perjanjian, berserta saksi dan sebagainya. Kan mudah nak dakwa sekiranya kawan dia tu gagal jelaskan hutang.




Contoh lain, isu moral. Kita terlalu bersangka baik pada anak-anak muda kita. Biarkan diorang keluar lewat malam. Kita cakap:

"Ala, diorang dah besar. Mesti tau bezakan baik dan buruk".

Tapi, apa akibatnya? Diorang memang tak reti bezakan baik dan buruk. Buktinya, masalah sosial negara kita semakin teruk. Couple pon dah jadi trend.

Nampak tak? Disebabkan fikiran positif kita tu, lebih banyak perkara negatif yang akan berlaku pada masa depan.

So, macam aku kata. Dalam apa-apa hal pun, berfikiran positif tu memang perlu. Tapi, jangan sampai yg negatif tu kita tak ambil kira terus. Dapat?


Jap, sebelum tu, aku nak tanya. Pernah tak korang jumpa orang yang suka letak dompet dia merata? Pastu bila dompet dia hilang, dia kata:

"Dah hilang, nak buat macam mana. Dah takdir yang Allah tetapkan. Berserah je la. Mesti ada hikmah sebaliknya"

Grrr..!! Ni la sikap super positif yang aku maksudkan. Memang mintak kaki betol.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...