Sunnatullah Adalah Kasihnya Allah Pada Non-Muslim?

saLam...
Nak dijadikan cerita, 2 orang hendak menanam pokok. Seorang muslim dan seorang lagi non muslim. Yang muslim, menanam pokok dengan membabut-buta tanpa ada ilmu untuk menanam pokok sementara yang non-muslim mempunyai ilmu yang cukup tentang menanam pokok, menanam pokok mengikut aturan-aturan yang betul dan sentiasa menjaga pokoknya agar tidak di kacau oleh parasit dan anasir-anasir luar yang jahat. Rasa-rasanya, pokok siapa yang akan tumbuh tinggi, mekar dan segar?
Itulah yang dinamakan sebagai sunnatullah. Sifat pengasih Allah SWT kepada hambaNya, sehinggakan Dia memberikan hasil yang baik kepada sesiapa saja yang berusaha. I repeat, SIAPA SAJA.

Itulah yang terjadi sekarang, kita melihat golongan non-muslim mula sedar akan kepentingan ilmu dan cuba belajar dan berjaya menghasilkan gadget-gadget yang canggih sehinggakan kita (muslim) sendiripun menyanjung tinggi ciptaan mereka yang (kononnya) terlampau canggih di abad ini.

Kenapa perlu jadi muslim kalau jadi non-muslim pun dah dapat kesenangan? Jap, citer belum habes lagi, itulah kepentingan syariatullah. Tiket khas untuk orang islam yang mengamalkan syariat Allah sahaja.

Wait, hapekebende syariatullah nih?

Dalam bahasa mudahnya adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tak kira sama ada ibadah yang khusus seperti solat, puasa, naik haji malboro dan haji dam (err, gurau je tuh) ataupun ibadah yang umum seperti senyum, bekerja bersungguh-sungguh, saling nasihat - menasihati dan sebagainya.

Apa special sangat tentang syariatullah nih?

Allah's protection  yakni keberkatan. Takmau ker? Dapat perlindungan dari yang Maha Perkasa. Apabila kita dapat satu tiket dari Sultan, tak ke melompat kite? Ke tak melompat?

Ok jom buat balik cerita pasal non muslim dan muslim tadi.
Ada 2 golongan manusia ingin menanam pokok, seorang non-muslim dan seorang lagi muslim. Memiliki ilmu yang hampir sama dan menanam dengan cara yang sama. Bezanya, muslim tersebut sangat menjaga syariat semasa penanaman pokoknya, yakni mendapat dari duit yang halal dan cara yang halal untuk pokok tersebut. Muslim tersebut tidak lekang solat, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar tanamannya mendapat barakah dan perlindungan. 
Nescaya si muslim tadi akan hidup dalam keadaan tenang kerana "ruh"nya telah diberi makanan manakala di non-muslim tadi sentiasa berkeadaan tidak tenang, kerana dia hidup tanpa "ruh" yang sebenar. Dan berjayanya si muslim tadi bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat sana.






*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

4 comments:

  • Wait, <<< ok tau dah ni bukan jt...huhu

    nice one, huhu, tu la BL kurang gemar gak dengan orang yang tahu nak kutuk bangsa/agama sndri dan mengagug2kan yang luar...


    tak salah nak kagum tp bila dah kutuk2 tu, urmm terdetik dalam minda BL

    "kau sndiri napa tak naikkan je nama sbagai seorang muslim or malaysia, or malayu dgn mncipta alat2 canggih tu sndri?? tahu nk kutuk je..T__T"


    dan BL percaya dengan janji Allah, siapa yang berusaha dia yg dapat...so, tak perlu kot nak ckp Allah pilih kasih sbb konon2 nya dunia ni syurga buat non-muslim kan kan... =)

  • cara penulisan yang lain daripada yang lain :) ahah. tapi kaitan yang jelas antara elemennya :)

    keep it up.

  • mksud mndalam....

  • kita kena nilai diri sndr dan bersangka baik dgn org..hehehehe

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...