Awat Teruk Sangat Jalan Motor Di Federal Highway??3 comments 30 June 2016
First of all, aku ucapkan tahniah kepada Paultan.org, sebab berjaya wakilkan bikers Klang Valley tentang defects jalan motosikal di Federal Highway.
Sebagai pengguna tegar jalan motor Federal Highway (Lebuhraya Persekutuan), aku 100% setuju pendedahan ni. At least pemandu kereta luar sana boleh faham, dan tengok sendiri sukarnya jadi pemandu motosikal di lembah klang. "Sape suruh naik motor. Naiklah kereta" Halo makcik.!! Kalau semua orang naik kereta, semakin berganda la jammed. Kebanyakan bikers bukan tak mampu pakai kereta. Tapi tak nak contribute kepada kesesakan jalan raya yang dah sedia nazak tau.!! Jalan dibaiki dari semasa ke semasa Aku perhatikan, memang ada tempat2 bermasalah di jalan motor ni yg sentiasa diperbaiki. Syabas kepada pihak berwajib. Tapi.. Ada tapinya. Pada masa yg sama, kawasan bahaya juga turut bertambah. Setiap kali ada construction, pasti jalan motor jadi mangsa. Dikecikkan, dipecahkan, habis berpasir, dan sebagainya. Adehh. Aku bukanlah anti pada pembinaan. Tapi harapan kecil aku, jalan motor jangan pula diabaikan. Buat molek sikit. Boleh? “Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh”7 comments 29 June 2016Assalamualaikum geng. Selamat berpuasa. Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 yang akan terjah kita tak lama lagi. Dan, sempena hari raya ni jugak, kawan blogger kita, SpendaLusuh dengan baik dan besar hatinya nak bagi kita duit raya. Caranya tersangatlah mudah. Budak tadika pun boleh join tau. Cenggini je: ü Follow Blog SpendaLusuh OK, syarat2 aka senarai semak di atas aku dah tunaikan. Tak percaya? Meh tengok ni satu-satu.. 1. Follow Blog SpendaLusuh * Sebelum giveaway ni pun aku dah follow awal-awal lagi. Pasal blog dia memang best. Power memancing dia ni. Ngehh.. 2. Like facebook page SpendaLusuh OK, Done. Next..!!! 3. Buat satu entry bertajuk "Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh" - Done. Siap dengan tanda " " sekali aku taruk. Haha.. 4. Copy poster dan backlink ke entry ni. - Done. Banner paling atas sekali kat entry ni. Kojo sonang jo ni. 5. Comment sambil bubuh link post kat bawah ni. - Done. 6. Click lah jugak semua nuffnang ads yang ada kat blog ni sekali ye… - Leaderboard, sidebar & rectangle ads viewed. Done Boss..!!! Selesai. Sekarang tunggu duit raya masuk dalam akaun je. Kehkeh. Terima kasih kerana beri peluang aku sertai giveaway ni SpendaLusuh. Anda memang terbaek. Tips Lulus Pinjaman Bank2 comments 20 June 2016Aku baru je buat pinjaman perumahan, dan jugak pinjaman peribadi (personal loan). Ternyata, bukan mudah sebenarnya nak lulus pinjaman bank ni. Untuk senang lulus, Samada untuk loan rumah ataupun personal loan. Ada beberapa perkara yang perlu korang ambil kira sebelum apply loan bank. Tips Lulus Pinjaman Bank 1. Pastikan Had Gaji Minimum Lepas Survey dulu bank yang korang nak buat loan tu. Syarat gaji minimum diperlukan untuk setiap bank tak sama. Contohnya, Bank Islam nak gaji minimum RM3,500. Bank Rakyat nak RM2,000 ke atas. Sekiranya syarat 1 dah lepas, seterusnya.. 2. Pastikan CCRIS Cantik CCRIS ni rekod hutang korang yg ada dalam Bank Negara. Kalau rekod korang kosong, bermakna korang tak pernah berhutang (tiada komitmen). Lupakan niat untuk apply loan. Sebab confirm tak lepas. "Bukan ke kalau tak berhutang tu lagi bagus??" Kebanyakan orang fikir macam tu. Hakikatnya, bank lagi suka tengok kita berhutang. Yang boleh bagi keuntungan kepada bank. Dan daripada CCRIS report tu, bank boleh baca tabiat kita dalam bayar hutang. Bank takkan berani nak bagi pinjaman kepada orang yang liat bayar hutang. Aku akan update lebih detail pasal CCRIS ni pada entri akan datang.. 3. Ramah Mesra Dengan Banker Banker ni orang yg bertanggungjawab proses permohonan loan kita. Kalau loan korang sangkut, mintak saranan banker tu. Tanya dia, apa yang perlu korang buat supaya loan boleh diluluskan. Permohonan loan rumah dan personal loan aku dah pun lulus secara serentak. Harap tips atas ni sedikit sebanyak dapat bantu korang jugak. Orait.. Selfie Dan Kebodohan Diri0 comments 13 June 2016SELFIE. Ambil gambar sendiri, dengan menggunakan smartphone atau pun kamera. Kadang2 best jugak selfie ni. Terasa diri hensem je ambil gambar sendiri. Yang perempuan pulak, macam cantik, comel je tergedik2 snap gambar sorang2 kan? Pastu upload kat media sosial. Dapat pulak banyak LIKE. Pujian bagai. Wahh, kelasnya aku. Kau hado? Iya, tak salah nak selfie tu. Tapi jangan over sangat. Sampai setiap saat, semua benda yg dibuat mesti nak selfie. Orang lain tengok pun menyampah nyahh. Orang yang taksub berselfie ni sebenarnya ada masalah mental (mental disorder). The Extremist.. Ada yang lagi mental, dipanggil extremist selfie. Biasanya orang muda yang buat. Cari perhatian la katakan. Dipanjatnya tempat tinggi. Buat benda gila dan bahaya. Semata-mata nak ambik gambar sendiri. Lepas tu upload kat facebook, instagram, dengan harapan nak dapat juta-juta LIKE (padahal kawan baru berpuluh je). Nak kejar LIKE punya pasal, ada yg sanggup mati wooahh..!!! 1. Jun 2016 - Mati dibunuh walrus semasa berselfie. Banyak lagi kes mati sebab selfie, [KLIK SINI].. Ubat Selfie.. Penyakit selfie ni masih boleh diubati sebenarnya. Asalkan korang sanggup buang sifat riak, nak menunjuk dan bermegah-megah. InsyaAllah penyakit tu dapat diatasi. Kalau tak berjaya jugak. Try produk ni. Tak boleh jugak, pergi la jumpa pakar sakit otak. OK Bye..!!! Tak Payah Nak Mengeluh Sangat La Kan??16 comments 13 January 2013"Alahai, esok dah Isnin. Dah kena kerja lagi, Malasnyee!!" Manusia macam ni la. Hari kerja pun belum mula. Tapi awal-awal lagi dah mengeluh malas. Ish-ish. Bila seseorang tu dah mula mengeluh pada permulaan hari, biasanya dia akan terus mengeluh sepanjang hari. Betul tak? Mengeluh ni sebenarnya tak bagus. Sebab ia hanya akan "down" kan moral dan semangat kita. Itu yang sifat malas seseorang jadi berpanjangan. Uiks, last-last baru nak semangat? Semangat nak cuti lettew. Mengeluh macam mana pun, kita tetap kena lalui benda tu jugak. Kena juga datang kerja pukul 8 pagi, balik 5 petang. What's the point mengeluh? Sia-sia je. Jadi, aku rasa lebih baik kita pikir positif je, dan terus lalui hari kerja dengan hati yang terbuka. Tetapkan SEMANGAT..!!! Itu lagi cantik. Yosh..!! Hidup Memang Perlukan Cinta. Tapi..33 comments 11 October 2012Uiks, CINTA?? Jejaka Terhangat ni nak publish entri jiwang ke? Bosan la weii..!!! Haha, sabo. Ni aku kasitau awal-awal. Entri ni bukan nak mengajar korang untuk bercinta. Sebaliknya, nak menghadkan ability korang dalam ketaksuban bercinta. Kalau korang perhatikan sekitar korang. Pasti ada kenalan korang yang terlalu taksub dengan cinta kan? Siang malam asyik khayal fikirkan sang kekasih. Bila update status facebook, twitter, mesti nak post pasal cinta je. Adehh, letih kot dengan orang macam ni. Takde benda lain dalam otak dia. Asyik cinta, cinta, cinta. Kepada orang yang macam ni. Cuba la cari life sikit. Jangan sampai orang lain loya baca status engko tu. Banyak lagi benda lain kita buat selain daripada bercinta. Hidup Memang Perlukan CINTA. Aku memang tak nafikan, hidup memang perlukan cinta. Tapi, kita bukanlah hidup semata-mata untuk bercinta. Lagi pula, manusia ni makhluk yang mengecewakan. Sekali cinta tak kesampaian, terus patah hati, tekanan perasaan dan sebagainya. Jadi, tak perlu terlalu taksub dengan cinta manusia. Sebaiknya, kejarlah cinta Allah dulu. Kerna cinta Allah itu kekal, yang takkan kecewakan kita. Betul tak? Bila Jejaka Terhangat Cerita Pasal Contact Lens39 comments 08 October 2012Halops semua.. Terima kasih kerna masih sudi melawat blog picisan ni.. Siapa kat sini pengguna contact lens? Apa brand contact lens yang korang pakai? Uiks, brand korea? Haha, yela kan. Contact lens tu macam-macam warna. Pastu, boleh pulak besarkan biji mata. Nampak comel gitu kan? (konon comel lettew). Lagipun, ia senang nak dapat kat kedai-kedai online. Berlambak kat internet. Sebab tu ia jadi pilihan kebanyakan orang. Tak gitu? Aku sendiri pun pemakai contact lens tegar. Sebab, aku lebih selesa buat aktiviti tanpa pakai cermin mata. Tak best rasanya pakai spek, pergi keluar rumah. Tapi, pasal pemilihan contact lens, memang aku akan dapatkan kat kedai yang diiktiraf. Tak berani aku bermain risiko, dengan beli contact lens kat kedai2 online. Peraturan pemakaian contact lens Pakai contact lens ni memang leceh. Sebab korang kena consider beberapa benda: 1) Masa pemakaian contact lens - Contact lens biasanya tahan dengan selesa kat mata selama 8 jam, lepas tu ianya mula kering. Mata kita mula rasa tak selesa. - Contact lens bulanan (1 bulan), tak boleh over-use. Nanti dia jadi sangat lembut, mata rasa tak selesa, dan ia mudah koyak. 2) Pastikan contact lens sentiasa bersih - Sebelum dan selepas pakai contact lens, perlu dibilas dengan "saline solution". Selepas pakai, rendamkan dalam multipurpose solution. Supaya ia tak kering. Solution tu pulak, tak boleh reuse terlampau kerap. Kena rajin tukar. Takut nanti kotor pula contact lens kita tu. 3) Lain-lain - Bahaya bawa contact lens masuk tidur. Kalau tertidur beberapa minit, atau dalam sejam mungkin boleh lagi. Kalau terlampau lama, contact lens jadi kering, dan mula melekat rapat dengan mata. Nampak tak berapa lecehnya guna contact lens? Aku pun terpaksa merajinkan diri, hanya sebab nak pakai contact lens ni. Hehe.. Sebenarnya, pakai contact lens (yang diiktiraf) ni tak berisiko sangat. Kalau kita ikut peraturan-peraturan penjagaannya. Bagi sesiapa yang tak sanggup nak ikut peraturan tu. Lebih baik korang pakai je cermin mata tu. Lebih selamat. Bagi yang tak rabun pulak, tapi masih nak pakai contact lens. Konon nak nampak cantik. Lantak engkorang la. Gedik..!! Malas aku nak layan..!!! Kena Tipu Beli Barang Online. Kesian25 comments 08 September 2012Dengan internet, dunia jadi semakin mudah. Korang nak beli apa-apa barang, tak payah nak keluar rumah dah. Semuanya di hujung jari je. Korang biasa tak beli barang secara online? Kalau aku sendiri, port terbaik bagi aku nak cari barang adalah di Lowyat.net dan Mudah.my. Search je barang apa yang korang inginkan. Kalau jumpa, deal dengan penjual. Dan barang tersebut pun jadi milik korang. Senang kan? Pengalaman ditipu Sebenarnya, sejak dulu lagi, aku dah terbiasa beli barang secara online. Semuanya berjalan dengan lancar. Tapi, 2 tahun lepas, aku terkena juga akhirnya beb. Adehh. Unpredictable. Masa aku telefon penjual tu, suaranya seorang perempuan dewasa. Siap ada suara budak kecik main-main lagi kat belakang tu. Dalam hati aku, "Hm, akak ni siap ada anak kecik lagi, tak kan la penipu pulak kan.".. Jadi, dengan keyakinan melampau, aku pun bank in duit ke dalam akaun dia. Dia kat Johor, aku pulak kat Selangor. Jadi, penghantaran barang dibuat secara poslaju. Beberapa hari lepas tu, barang tak sampai-sampai juga. Aku pun terus telefon penjual tu tu untuk pastikan samada barang tu dah dihantar atau belum. Tapi, malang memang bau busuk. Talian dia dah mati. Aku tak dapat lagi nak telefon dia. Seperti hati dipanah petir, aku tersedar yang aku dah kena tipu. *Sigh.. Report polis? Iya, dah buat pun. Tapi, macam biasa la. Polis pun tak boleh buat apa-apa kalau melibatkan transaksi secara sukarela ni. Gambar hiasan - Ditipu beli baju kurung di facebook Moral of the Story Tapi takpe la. Benda ni akan terus jadi pengajaran kat aku. Jangan cepat percaya kat alam maya. Walaupun penjual tu bersuara nenek tua. Hehe.. Lebih lagi kalau barang tu mahal. Seeloknya deal secara COD je (Collect On Delivery). Kalau perempuan tu, jangan lupa bawak kawan. Jangan COD sorang-sorang. Bahaya. Takut jadi kes lain pulak nanti. So, pengajarannya, hati-hati beli barang secara online ni ye. Sebaiknya, kalau barang tu ada kat kedai, beli je terus kat sana. Lebih selamat dan terjamin. Orait? =) p/s: Agak-agak korang, barang apa yang aku nak beli tu? Cuba teka. =p Jejaka Terhangat Kembali. Masalah Kabel Diatasi Yaw..!!28 comments 30 August 2012
Assalamualaikum semua. Setelah hampir 10 dekad aku biarkan blog ni bersawang. Rasanya dah masa aku buat housekeeping sikit. Hehe..
Hati- hati ye korang. Lantai licin ni.. Sesiapa yang pakai Streamyx, ataupun Unifi. Pernah tak korang mengalami gangguan internet, disebabkan kabel problem? Mesti pernah kan? Kabel problem ok lagi sebenarnya. Masalah aku, cable satu kawasan perumahan aku ni kena curi. Adoii. Peristiwa hampeh ni berlaku sebelum raya. Hm, aku rasa la, pencuri tu mungkin takde duit nak balik raya kat kampung. Pasal tu cable TM kawasan rumah aku jadi mangsa. *Sigh..!! Pencuri cable pon nak duit raya gak.. Dengan internet yang dah takde, menjadikan aku lebih tak semangat nak update blog. (Yess, ada gak alasan nak kasi kat korang. Padahal memang dah lama aku tak update blog, sebelum cable kena curi lagi). Hehe.. Cable kena curi, pihak TM tak boleh buat apa-apa dah. Terserah kat tuan rumah nak settlekan sendiri macam mana. Biasanya, masalah ni akan dilanjutkan pada bahagian maintenance perumahan (pemaju). Ops, nanti sat. Pemaju perumahan kawasan rumah aku dah hilang. Lari entah ke mana. So, macam mana??? No fear my dear. Dalam kes ni, aku sambung sendiri je. Beli cable telefon kat kedai, semeter seringgit. Dan dengan menggunakan sedikit skill wiring, Abrakadabra.. Pooff, Streamyx aku pun kembali beroperasi. Yezza..!!! Disebabkan aku happy, berjaya sambung sendiri cable TM aku. Jadi, entri ni pun tercipta. Hehe.. Sekian, Terima kasih. Dan tahniah sebab berjaya baca entri ni sampai habis. =p Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55..!!! Adakah Korang Cukup Ikhlas Dalam Berpuasa??22 comments 29 July 2012Selamat berpuasa semua. Korang semua puasa kan? Apa?? Hari ni puasa setengah hari je?? Haha.. Kalo bebudak baru nak belajar puasa, ok la kot. Tapi, bagi yang dah dewasa tu. Aku harap, korang tak amalkan la puasa setengah hari tu ya. 'Puasa yang yuk. Pagi pagi bukak periuk'. Hehe.. Puasa tak ikhlas Orang kata, kalau seseorang tu berpuasa, samada dia ikhlas atau tak. Itu urusan dia dengan Allah. Kita jangan kisahkan sangat. Yang penting dia puasa. Iya, betul tu. Tapi, kalau dah sampai tahap mengeluh, macam ni: "Laparnya perut aku..!!", "Ish, lambatnya nak berbuka ni", dan macam-macam lagi keluhan masa puasa. Sangat annoying kot. Macam la dia sorang je yang puasa. Kalau budak kecik, dimaafkan la juga. Tapi, bila orang dewasa yg mengeluh macam tu, rasa macam nak kasi lempangan pun ada jugak. Status facebook dari seorang budak sekolah (Form 4) Orang yang kuat mengeluh bila disuruh puasa. Nampak sangat ketidakikhlasannya di situ. Tak malu ke orang cop kita tak ikhlas dalam berpuasa? Sedangkan "berpuasa di bulan ramadhan" adalah rukun Islam yang ke 3. So, fikir-fikirkanlah sebelum korang mengeluh lapar semasa berpuasa ya. Orang lain pun puasa jugak. Bukan engko sorang je. Sunnatullah Adalah Kasihnya Allah Pada Non-Muslim?4 comments 11 July 2012
saLam...
Nak dijadikan cerita, 2 orang hendak menanam pokok. Seorang muslim dan seorang lagi non muslim. Yang muslim, menanam pokok dengan membabut-buta tanpa ada ilmu untuk menanam pokok sementara yang non-muslim mempunyai ilmu yang cukup tentang menanam pokok, menanam pokok mengikut aturan-aturan yang betul dan sentiasa menjaga pokoknya agar tidak di kacau oleh parasit dan anasir-anasir luar yang jahat. Rasa-rasanya, pokok siapa yang akan tumbuh tinggi, mekar dan segar? Itulah yang dinamakan sebagai sunnatullah. Sifat pengasih Allah SWT kepada hambaNya, sehinggakan Dia memberikan hasil yang baik kepada sesiapa saja yang berusaha. I repeat, SIAPA SAJA.
Itulah yang terjadi sekarang, kita melihat golongan non-muslim mula sedar akan kepentingan ilmu dan cuba belajar dan berjaya menghasilkan gadget-gadget yang canggih sehinggakan kita (muslim) sendiripun menyanjung tinggi ciptaan mereka yang (kononnya) terlampau canggih di abad ini. Kenapa perlu jadi muslim kalau jadi non-muslim pun dah dapat kesenangan? Jap, citer belum habes lagi, itulah kepentingan syariatullah. Tiket khas untuk orang islam yang mengamalkan syariat Allah sahaja. Wait, hapekebende syariatullah nih? Dalam bahasa mudahnya adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tak kira sama ada ibadah yang khusus seperti solat, puasa, naik haji malboro dan haji dam (err, gurau je tuh) ataupun ibadah yang umum seperti senyum, bekerja bersungguh-sungguh, saling nasihat - menasihati dan sebagainya. Apa special sangat tentang syariatullah nih? Allah's protection yakni keberkatan. Takmau ker? Dapat perlindungan dari yang Maha Perkasa. Apabila kita dapat satu tiket dari Sultan, tak ke melompat kite? Ke tak melompat? Ok jom buat balik cerita pasal non muslim dan muslim tadi. Ada 2 golongan manusia ingin menanam pokok, seorang non-muslim dan seorang lagi muslim. Memiliki ilmu yang hampir sama dan menanam dengan cara yang sama. Bezanya, muslim tersebut sangat menjaga syariat semasa penanaman pokoknya, yakni mendapat dari duit yang halal dan cara yang halal untuk pokok tersebut. Muslim tersebut tidak lekang solat, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar tanamannya mendapat barakah dan perlindungan.Nescaya si muslim tadi akan hidup dalam keadaan tenang kerana "ruh"nya telah diberi makanan manakala di non-muslim tadi sentiasa berkeadaan tidak tenang, kerana dia hidup tanpa "ruh" yang sebenar. Dan berjayanya si muslim tadi bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat sana. ![]() "Kau Jangan Kacau Awek Aku La"39 comments 08 July 2012Haha, adeh. Aku rasa nak gelak bila tulis entri ni. Bukan apa. Ini kali ke dua dah dalam hidup aku dapat warning daripada lelaki lain. Katanya: "Kau Jangan Kacau Awek Aku La".. Perghh, lelaki ni kalau dia cemburu, butanya mengalahkan perempuan. Aku dengan aweks dia tu dah kawan bertahun-tahun kot. Pastu bila dia dapat tahu, terus dia kol aku. Bagi warning supaya aku tak kacau lagi aweks dia. Hahaha, OK. Aku tergelak sudah. Protective tak kena tempat. Ini point yang lelaki selalu gunakan: "Aku bakal tunang dia, so aku tak nak la kau terus contact dia. Faham?" First time aku kena warning pun, lelaki tu gunakan point yang sama. Tapi, last2 break jugak. Kahkah, aku rasa macam nak gelak guling2 je depan budak laki tu. Kasi amaran bukan main yek. Tapi, akhirnya hubungan yang dibangga-banggakan tu hancus berderai. "Seperti struktur bangunan yang dilanggar angry birds". Aku yakin, bukan aku sorang je yang pernah dapat warning 'mereng' camni. Korang pun pernah jugak kan? Tak kisah la, lelaki ke perempuan. Kalau dah tak dapat nak kawal kewarasan, memang sifat cemburu buta dan amarah akan menguasai diri. Itu yang dia pergi serang orang lain tu. Manusia ni ibarat badut di dunia. Selalu memperbodohkan diri kat pentas yang sementara ni. Kalau protective tu kena tempat dan caranya, mungkin boleh lagi diterima. Tapi kalau dah cemburu buta. Memperbodohkan diri. Haha, memang seronok gelakkan dia. Kehkeh..=p Salah Guna Kebijaksanaan: Untung Atau Rugi??9 comments 02 July 2012Biasa kita dengar kes kat berita. Macam-macam kes jenayah. Kes curi, rompakan, penipuan, culik dan lain-lain. Ada kalanya, kes jenayah tu bodoh benar bunyinya. Dan ada kalanya, jenayah yang dilakukan mampu untuk kita membeliakkan biji mata. Contohnya, 2 kes jenayah yang masuk paper harini: 1. 4 Mesin ATM dikopak dalam sejam. ATM di hypermarkat, wangsa maju Pergh, korang bayangkan. Mesin ATM yang punya susah dibuka, dapat dikopak. Duit yang dikeluarkan pulak mencecah RM1.17 Juta. Easy money within an hour. Memang perompak profesional betul. Terancang jenayahnya. Kalau tak dapat dicekup. Untung la kan? Tapi untung kat dunia je la. 2. Ahli sindiket jual ijazah palsu dicekup. Pergh, ini lagi best. Sindiket ni dia jual Ijazah palsu, dengan harga RM5888. Paling gempak, diorang siap iklankan mende alah ni kat internet. Menerusi blog diorang kat sini - http://certificatepro.blogspot.com Tak payah susah-susah belajar. Duit boleh beli Ijazah USM. Kuikui.. Diorang bukan hanya jual sijil palsu. Tapi jugak, diorang dapat pastikan nama korang ada dalam database USM, in case kalo employers nak check status korang kat universiti tu. Perghh. Memang terbaek sindikit ni. Not like others seller, we not only selling the certificate, our complete system cover until Local University system, thats mean when your boss or company admin calling to the University trying verifying your certificate, your name will completely inside the system. First in Malaysia, dont waste your time thinking taking the degree courses, come to us, it will saving your time and money! Tapi malangnya, sepandai2 tupai melompat. Akhirnya, ke tanah juga dia jatuh. Pandai dalam ilmu hacking, adobe photoshop. Tapi, kebijaksanaan tu digunakan untuk buat jenayah. Bila dah tertangkap. Ke penjara la tempatnya. Kesian. Sayang, seribu kali sayang. Sebab, kalau gunakan ilmu tu ke jalan yang lebih baik, dah pasti peluang dia nak hidup selesa pun lebih cerah. Kesimpulannya, jangan sesekali salah guna kebijaksanaan yang kita ada untuk jalan yang salah. Takde untungnya yeop. Tapi, kalau rugi itu pasti. Ingat tu. =) Tips Blogging: Jom Naikkan Trafik Blog Dengan 'Labels'18 comments 28 June 2012
Woah, agak lama aku tak share tips blogging kat pembaca semua. Kali ini, tips simple, tapi sangat berguna. Iaitu, kepentingan 'labels' dalam blogspot.
Siapa yang ambil kisah pasal SEO (search engine optimization), jangan ambil ringan pasal 'labels'. Sebab ia sangat membantu naikkan trafik blog korang. Kat new post, kat tepi kanan. Situ la tempatnya 'Labels' Apa gunanya Labels? Aku tau, ramai yang gunakan labels untuk bahagikan kategori entri dia. Contohnya, entri pasal artis dan hiburan, diletakkan label 'artis'. Atau pasal masakan, diletakkan label 'makanan', dan sebagainya. Cara ni bagus. Orang nak search blog kita 'by category' pun lebih mudah. Tapi, sebenarnya, korang boleh maksimakan lagi penggunaan labels ni. Iaitu dengan konsep SEO. Di mana pembaca masuk ke blog kita melalui keyword daripada search engine, contohnya Google. Macam mana nak naikkan traffik dengan Labels? Caranya senang je. Korang letakkan diri korang sebagai pencari maklumat kat internet, yang search melalui Google. Contoh, korang buat entri pasal jerebu kat kuala lumpur baru-baru ni. Kat labels tu korang jangan just simply letak 'jerebu'. Susah nak bersaing dengan blog lain nanti. Alternatifnya, cuba letakkan, 'jerebu di kuala lumpur tahun 2012', atau 'kenapa kuala lumpur jerebu', dan seumpamanya. Aku yakin, kalau korang nak cari maklumat, keyword macam tu la yang korang taip kat Google kan? Dan, seterusnya keyword tersebut akan membawa pembaca tu masuk ke blog korang. Ini hasilnya. Cool kan? =) Kalau blog korang dapat tempat pertama dalam pencarian Google. Maka, traffic blog korang pun boleh meningkat dengan lebih tinggi. =) So, lepas ni pun korang cuba la ya. Jangan mensia-siakan Labels macam tu je. Paling penting, berfikir kritis, keyword apa yang orang selalu guna untuk cari maklumat untuk setiap topik. Semoga berjaya, tak faham boleh tanya. Ngehh.. Lebihkan Bersatu, Kurangkan Berseteru!5 comments 26 June 2012
SaLam...
Kenapa perlu bersatu? Penting sangat ker? Yes. Penyatuan sangat penting dan amatlah digalakkan di mana-mana institusi yang ingin berjaya. Aku pernah lihat satu bangsa yang sangat bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain, sekarang mereka berjaya (aku rasa bangsa tersebut telah anda sedia maklum). Berpecah, memang kita akan musnah. Bersatu teguh, bercerai roboh Bayangkan kalau dalam satu pasukan bola sepak, di dalamnya terdapat beberapa orang yang hanya menumpang nama, langsung tidak memberikan idea yang bernas. Seorang lagi terlalu tergopoh-gapah dalam memberikan keputusan tanpa memikirkan orang lain, dan tidak kurang yang bergaduh, merajuk kerana pendapatnya tidak diterima umum. Rasa-rasa, apa akan terjadi pada pasukan bola sepak tersebut? berjayakah? (mentang-mentanglah Euro 2012, nak jugak cite sal bola) Saling hormat-menghormati ko jangan fikir pendapat engkau sorang je yang betul. ade je orang lain yang betul kan. ke takde dah? Yang mana satu pendapat yang benar? Yang mana satu pulak yang tidak bener? Simple. Semua pendapat adalah benar belaka, melainkan bercanggah dengan Al-quran dan Assunnah. Maka hormatlah orang lain yang ingin memberi pendapat, tanpa ada rasa prejudis.
Bagaimana pula sikap seorang pengikut? Korang nak jadi pengikut jer? Ok macam ni, kene ade sifat tsiqah kepada orang yang korang ingin follow. Kalau orang yang anda minat tuh buat kesalahan, tegur sikit. Jangan dok diam je k? Tapi jangan jugak terus menentang. namo namo namo ![]() Dan tidak pula kita menjadi taksub terhadap seorang pemimpin sehinggakan apabila dia membuat satu kesalahan, kita tidak dapat terima kenyataan bahawasa yang perbuatannya tu adalah salah dan wajib di perbetulkan. jangan terlalu taksub, dan jangan pula terlalu menentang. sedang-sedang. bak kata omputeh, CHECK AND BALANCE. bersikap adillah dalam persatuan. Tsiqah itu ape? Hamende Tsiqah tuh ek? Sejenis kuih kot? Hehe.
Ok, tak lawak Tsiqah, dari sudut bahasa bererti kita menaruh kepercayaan kepada pemimpin bahawasanya mereka mampu untuk memikul tugas yang di amanahkan kepada mereka. Makanya, pemilihan pemimpin haruslah ditelitikan dan bukannya pemimpin tersebut dipilih kerana terpaksa. Kerana tak ada yang nak jadi pemimpin. Pernah tak tengok time solat berjemaah kat masjid/surau yang imamnya tak dilantik, seorang akan menolak seorang untuk dijadikan imam (seolah-olah jika kite ditolak menjadi imam, kita adalah kambing hitam)? Tak da seorang pun yang layak jadi imam solat tersebut ker? Nak bersatu? simple. Perbetulkan solat anda. Hot News: Ustaz Azhar Idrus Kini Di Kaca TV4 comments 24 June 2012
Info ni aku kongsi bersumberkan dari blog Gua Rock, Gua Beriman.
Katanya, Ustaz Azhar Idrus akan keluar tv juga akhirnya. Kat astro Oasis, bermula 3 Julai 2012. Nama program tersebut ialah Kemah Keming Ustaz Ahzar Idrus. ![]() Kat akhbar pun ada dipromosikan. Tak sangka ye. Ustaz youtube ni akhirnya dapat juga tempat di kaca tv. Ni peluang yang sangat besar untuk dia sebarkan dakwah dengan lebih meluas. ![]() Biasanya kalau kita nak tengok Ustaz Azhar secara langsung, kat kuliah dia samada di masjid atau di stadium, tempat tu mesti penuh. Susah nak tengok. Sekarang, kat depan tv pun kita boleh tengok dengan jelas. So, jangan pula lepaskan peluang ni ye. Terbaek..!! =) Kesan Hebohkan Status Couple32 comments 22 June 2012
Aku selalu mention kat dalam blog ni. Couple sekarang dah jadi trend. Boleh dikatakan, most of us masing-masing ada pasangan haram sendiri. Budak-budak sekolah pun tak terkecuali. Siap mesej "abi-umi" lagi tu.
Bila sebut pasal couple tu haram. Mula la ramai panas punggung. Cuba untuk menegakkan benang yang basah. Ala, biasa kan dengar orang kata camni: "Bagi aku, couple tu tak salah. Yang salah sebab tak dapat kawal nafsu sampai buat maksiat. Selagi tak buat benda-benda tak elok. Takpe kan?" Memang la engko cakap camtu. Sebab engko bercouple. Padahal, hakikatnya. Dapat ke engko jauhi zina mata, zina hati dan lain2? Mustahil kan? So, sebenarnya bercouple tu adalah satu AIB bagi diri kita. Sebab, dah jelas-jelas kita akan buat dosa bila berkapel. Tak kira la sikit macam mana pun dosa tu. Ianya tetap satu AIB bagi diri kita. Tapi, entah kenapa. Menghebohkan status couple dah jadi satu kebanggaan kita zaman ni. Woii, bangga kasitau orang sesuatu yang mengaibkan diri? Patutnya malu la. MALU..!!! Sedangkan bertunang pun tak disuruh dihebohkan. Atas sebab nak cover aib yang mungkin berlaku. Inikan pulak status couple, yang jelas2 bukan status yang halal. Ustaz Don - Kesan Hebohkan Pertunangan So, akhir kata. Korang nak couple tu, aku pon tak bleh nak larang sangat. Sebab masing-masing dah gatal, tak dapat control nafsu kan? Cuma kat sini aku nak tekankan. Kalau engko bercouple tu. Senyap-senyap sudah. Tak payah nak kasitau kat orang lain. Aib sendiri tu, engko tutup je la elok-elok. Sedangkan Allah pun menutup aib kita. Kenapa kita nak bukak aib kita sendiri? Malu itu sebahagian daripada Iman. Bila hilang sifat malu. Itu yang moral anak-anak muda kita sekarang semakin ke laut. Fikir-fikirkanlah.. Oi Kawan. Siapa Nak Belanja Kau Ha?25 comments 20 June 2012
Haha, tajuk tak boleh blah. Tapi ni ha, nak tanya korang sikit.
Korang pernah tak keluar dengan kawan. Tengok wayang ke, makan ke, main boling ke. Sampai kat kaunter, time nak bayar duit. Korang kat depan. Jadi, korang keluarkan la duit besar korang untuk bayarkan dulu untuk kawan korang tu. Ni la part yang tak bestnya. Lepas dah bayar, dah blah dari kaunter tu. Kawan korang tak reti-reti nak bukak dompet dia. Dia anggap, korang belanja dia. Haha.. Member beb, tak kan nak tunggu mintak kot. Faham-faham sendiri la kan. Bila dah sampai rumah. Dengan sesedap rasa, member tu kata. "Weh, terima kasih la sebab belanja aku tadi ek". Wakakaka. Memang mintak penampo betul kawan macam tu. Bukan nak berkira. Tapi, kadang-kadang kita pun tak berapa nak ada duit. Jadi, ada masanya memang kena berkira sikit kan? Haha.. Tapi, kalau ada duit lebih, nak belanja kawan, takde hal sangat la. Belanja keluarga lebih baik Menurut ceramah Ustaz Kazim Elias. Tak ingat aku kuliah dia yang mana. Tapi, katanya, belanja kawan-kawan dan orang lain itu bagus. Tapi, lebih bagus kalau kita belanja ahli keluarga kita sendiri. Ada jenis orang. Nak belanja kawan dia makan, sampai kering poket dia, dia tak kisah pun. Tapi, kalau aiskrim seringgit dia letak kat dalam peti ais. Pastu adik dia makan, habis kecoh satu rumah. Bergaduh bukan main. Err, korang pon pernah macam tu jugak kan? Mengaku je la. Kehkeh.. "JOM TAMBAH GENG BLOG"2 comments 18 June 2012
Oraint geng bloggers sekalian. Ini adalah entri kontest anjuran Encik Zaharin. Kalo korang nak masuk pun, sangat dipersilakan. Sebab kontestnya sangat mudah. Dan hadiahnya jugak lumayan. Terbaek..!!!
![]() Klik banner untuk terus ke entri kontest.. Syarat-syarat penyertaaan: 1. Follow blog Encik Zahirin. - DONE. Follower ke 119 2. Follow Facebook Encik Zahirin. - DONE. Friend already. 3. Share entry di wall facebook, dan minta kawan-kawan LIKE. - DONE. Sedang kumpulkan jumlah LIKE. *Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat dalam menolong aku untuk menjayakan kontest ni. Korang memang TerBeEk..!! Jerebu Kuala Lumpur 2012: Apa Puncanya??9 comments 16 June 2012
Woah, gelap betul environment sekitar Petaling Jaya (kawasan rumah aku). Mula-mula aku ingatkan kabus pagi yang biasa. Tapi, bila matahari dah naik, kabus masih belum hilang. Ini takde benda lain, mesti jerebu lagi. Haihs..
![]() ![]() Lihatlah permandangan jerebu ini. Indah kan? Indah la SANGAT..!! Punca jerebu Kuala Lumpur 2012 Jerebu yang bermula awal pagi semalam berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Kecamatan Kubu, Kabupaten Rokan Hilir , Propinsi Riau, Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak 170km ke barat daya Kuala Lumpur. Tiupan angin telah membantu membawa kabus asap ini ke semenanjung. Puncanya dari Indonesia lagi. Tak jauh pun jaraknya. Patutla Kuala Lumpur dan kawasan sekitar ni terjejas teruk. Owh, kerajaan Indonesia. Tolong buat sesuatu. Perkara sama asyik berulang je. *Sigh.. Jaga kesihatan korang Korang ingat lagi tak jerebu tahun 1997 dulu? Sangat teruk. Nak keluar rumah pun digalakan pakai mask. Beberapa kematian dicatatkan kat Indonesia. Kat malaysia, ada juga yang terima rawatan. Oleh tu, jangan ambil ringan soal jerebu. Udara yang tercemar ni la yang kita sedut untuk hidup. Jadi, apa yang kita boleh sepanjang jerebu ni adalah.. 1. Banyakkan minum air. 2. Kurangkan aktiviti kat luar. Harap jerebu kali ni tak berpanjangan la. Dah la sekarang musim panas. Udara tercemar lagi. Takut sakit pulak kita nanti. =( Sumber rujukan dan gambar: 1. http://ipohmalay.blogspot.com/2012/06/ini-punca-kl-mula-diselubungi-jerebu.html 2. http://ezany-kun.com/gambar-jerebu-di-sekitar-kuala-lumpur-kl-15-jun-2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
|


























.jpg)








