Lebihkan Bersatu, Kurangkan Berseteru!

SaLam...

Kenapa perlu bersatu? Penting sangat ker?

Yes. Penyatuan sangat penting dan amatlah digalakkan di mana-mana institusi yang ingin berjaya. Aku pernah lihat satu bangsa yang sangat bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain, sekarang mereka berjaya (aku rasa bangsa tersebut telah anda sedia maklum). Berpecah, memang kita akan musnah.


Bersatu teguh, bercerai roboh

Bayangkan kalau dalam satu pasukan bola sepak, di dalamnya terdapat beberapa orang yang hanya menumpang nama, langsung tidak memberikan idea yang bernas. Seorang lagi terlalu tergopoh-gapah dalam memberikan keputusan tanpa memikirkan orang lain, dan tidak kurang yang bergaduh, merajuk kerana pendapatnya tidak diterima umum. Rasa-rasa, apa akan terjadi pada pasukan bola sepak tersebut? berjayakah? (mentang-mentanglah Euro 2012, nak jugak cite sal bola)

Saling hormat-menghormati

ko jangan fikir pendapat engkau sorang je yang betul. ade je orang lain yang betul kan. ke takde dah? Yang mana satu pendapat yang benar? Yang mana satu pulak yang tidak bener? Simple. Semua pendapat adalah benar belaka, melainkan bercanggah dengan Al-quran dan Assunnah. Maka hormatlah orang lain yang ingin memberi pendapat, tanpa ada rasa prejudis.

Which are you? Leader or Boss?

Ok, kalau dah baca yang di atas, mana satu yang korang nak? Pilih jangan tak pilih kak Eton oi. Korang nak follow trend, atau koranglah trend itu? Setiap antara kita adalah pemimpin, cuma perlu digilap je.

Bagaimana pula sikap seorang pengikut?

Korang nak jadi pengikut jer? Ok macam ni, kene ade sifat tsiqah kepada orang yang korang ingin  follow. Kalau orang yang anda minat tuh buat kesalahan, tegur sikit. Jangan dok diam je k? Tapi jangan jugak terus menentang. namo namo namo  :tidak

Dan tidak pula kita menjadi taksub terhadap seorang pemimpin sehinggakan apabila dia membuat satu kesalahan, kita tidak dapat terima kenyataan bahawasa yang perbuatannya tu adalah salah dan wajib di perbetulkan. jangan terlalu taksub, dan jangan pula terlalu menentang. sedang-sedang. bak kata omputeh, CHECK AND BALANCE. bersikap adillah dalam persatuan.


Tsiqah itu ape?

Hamende Tsiqah tuh ek? Sejenis kuih kot? Hehe.

Adakah tsiqah itu kek lapis yang sedap?
Ok, tak lawak  :fuh

Tsiqah, dari sudut bahasa bererti kita menaruh kepercayaan kepada pemimpin bahawasanya mereka mampu untuk memikul tugas yang di amanahkan kepada mereka. Makanya, pemilihan pemimpin haruslah ditelitikan dan bukannya pemimpin tersebut dipilih kerana terpaksa. Kerana tak ada yang nak jadi pemimpin.

Pernah tak tengok time solat berjemaah kat masjid/surau yang imamnya tak dilantik, seorang akan menolak seorang untuk dijadikan imam (seolah-olah jika kite ditolak menjadi imam, kita adalah kambing hitam)? Tak da seorang pun yang layak jadi imam solat tersebut ker?

Nak bersatu? simple.

Perbetulkan solat anda.




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

5 comments:

  • hehhe who wants to be your boss?? im ur leader?? =p

    kagum dengan ayat morsi yg ni...


    "Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "




    hehhe...opss pnjng lak....walaupon hanya tahu serba sediit tntg morsi, tapi tataulah kenapa admire dengan cara dia..=)


    sedapnye kek lapis tsiqah ~.~ huhu

  • eyhh correction: i hope i can be ur leader...

  • Nice entry unGu..Tsiqah, percaya pada pemimpin. Aku rasa itulah yang diamalkan oleh sebilangan rakyat malaysia skrg dalam menukar pemerintahan kerajaan kepada yang baru. ahaks..

  • "nak bersatu??perbetulkan sholat anda"
    saya suka, salam hangat dari indonesia :)
    join juga di blog ane ya gan....:D

  • "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].

    bertindak lah pada pemimpin yang zalim mengikut sunnah rasulullah... sedangkan Allah memerintahkan Nabi (manusia paling sempurna)untuk berdakwah kepada Firaun (sejahat-jahat manusia)dengan lemah lembut dan penuh berhemah. inikan pula pemerintah yang masih ISLAM.

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...