Kesan Hebohkan Status Couple

Aku selalu mention kat dalam blog ni. Couple sekarang dah jadi trend. Boleh dikatakan, most of us masing-masing ada pasangan haram sendiri. Budak-budak sekolah pun tak terkecuali. Siap mesej "abi-umi" lagi tu.




Bila sebut pasal couple tu haram. Mula la ramai panas punggung. Cuba untuk menegakkan benang yang basah. Ala, biasa kan dengar orang kata camni:


"Bagi aku, couple tu tak salah. Yang salah sebab tak dapat kawal nafsu sampai buat maksiat. Selagi tak buat benda-benda tak elok. Takpe kan?"


Memang la engko cakap camtu. Sebab engko bercouple. Padahal, hakikatnya. Dapat ke engko jauhi zina mata, zina hati dan lain2? Mustahil kan?

So, sebenarnya bercouple tu adalah satu AIB bagi diri kita. Sebab, dah jelas-jelas kita akan buat dosa bila berkapel. Tak kira la sikit macam mana pun dosa tu.

Ianya tetap satu AIB bagi diri kita. Tapi, entah kenapa. Menghebohkan status couple dah jadi satu kebanggaan kita zaman ni. Woii, bangga kasitau orang sesuatu yang mengaibkan diri? Patutnya malu la. MALU..!!!

Sedangkan bertunang pun tak disuruh dihebohkan. Atas sebab nak cover aib yang mungkin berlaku. Inikan pulak status couple, yang jelas2 bukan status yang halal.



Ustaz Don - Kesan Hebohkan Pertunangan

So, akhir kata. Korang nak couple tu, aku pon tak bleh nak larang sangat. Sebab masing-masing dah gatal, tak dapat control nafsu kan?

Cuma kat sini aku nak tekankan. Kalau engko bercouple tu. Senyap-senyap sudah. Tak payah nak kasitau kat orang lain. Aib sendiri tu, engko tutup je la elok-elok.

Sedangkan Allah pun menutup aib kita. Kenapa kita nak bukak aib kita sendiri?

Malu itu sebahagian daripada Iman. Bila hilang sifat malu. Itu yang moral anak-anak muda kita sekarang semakin ke laut. Fikir-fikirkanlah..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

32 comments:

  • yes...stuju ngan JT :angguk

  • wah..suweet nye umi n abi 2..hehe

  • heheh
    itu xper lg kalu stakt heboh pasal kapel..
    jgn pasni heboh bangga ilang dara..
    mmg x lama idup tue

  • BUDAK MUDA BERCOUPLE suka menyebut soal 'HAK'..lelaki itu 'hak' dia sebab dah jadi "BOYFREN" dia..perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi "GIRLFREN" dia..bila ada yang kacau 'hak' tersebut, BERLAKULAH PERGADUHAN sesama mereka..

    LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK..
    PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT..

    DENGAR SINI ANAK MUDA, sebelum bising 'MEMPERTAHANKAN HAK' kamu, cuba PERIKSA balik :
    ✿~ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..
    ✿~ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri?

    Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN..HAK ALLAH pun masih belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak.

  • nice post..
    nk reply comment en.shark>>>
    yup.btul-betul-betul..jgn smpai mcm bdak2 ngara barat tu sudah.dorg skang ni boleh plak bangga ilang dara.and the stupidest thing is ..sex is A trend utk bdak skolah mnengah kt sna.
    dunia...isk ish isk

  • couple tu hak masing2? haktuih la.. haha..

    zmn skrg, buat dosa dh jd kebanggaan..

    kalau x couple, kononnya tak uptodate..

    forever alone? Allah is always with u la..

  • kecik2 dh pandai bercinta budak2 sekarang ni
    sampai gadoh lak tu
    ish

  • banyak x elok nya ber couple ni..ish ish

  • Msia ni mmg dah ada ciri2 kebaratan dalam bab couple nih.

  • setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !! :)

  • kapel?? -_-'' kahwin terus lagi best.. hek3.. ^^

  • abi umi :ape expert nye diorg . kalau boleh satu masia nak kene tw diorg bekapel =.=

  • Nak kate kapel ni trend sekarang tak betul sebenarnye. Dalam cite p. ramlee pun dah ade babak kapel dlu sebelum nikah. Ce tanye nenek2, dorang pun bercinta bwh pokok dlu baru bernikah. So trend kapel ni dah melangkau berpuluh tahun lamanya.

    Dan disetiap generasi bangkit mempersoalkan kapel, atau lelaki dan perempuan yg menghubungkan perasaan. Patut persoalan yang perlu ditekankan, bagaimana islam permudahkan nikah dan bagaimana adat budaya kini semakin membelakangi didikan islam. Simple.

  • btul tu. bebudak skrg kdg2 tu klu updet relationship couple kat fb, sampai ramai org like. haihh

  • @The Crow
    cite P.Ramlee dulu takde plak kita bleh tengok budak2 bercinta mcm skrg ni. tak caye tanya nenek2 dulu, umur setahun jagung dulu diorang bercinta tak? senang kata, teknologi jadi pemangkin utk budak2 skrg lebih maju dan taksub bercinta, lebih drpd zmn dulu. yg ni ingin pertikaikan?

    pasal budaya, kapel dan agama tu masing2 ada kaitannya. mmg silap besar kalo asingkan salah satu, atau ketiga2nya..

  • kapel tk pyh dihebohkan mcm dah kawin.. Kalau kapel pun apa guna kalau kawin 2-3hari terus cherai..kan.. tak de apa nak dibanggakan melainkan kawin hingga ke akhir hayat..dan susah senang sama2

  • ✿~ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..
    ✿~ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri?

    x paham ayat nih...

  • memang best la bro ! terbaik

  • @Jejaka Terhangat

    Yup. Jadi kapel itu bukan trend kini. Ape jgk usia, kapel2 ni mmg dah terdedah dr zaman tok nenek kita dlu iaitu bercinta sebelum nikah. Dan setiap generasi hanya meneruskan/meniru aksi berkapel ni.


    "Pasal budaya, kapel dan agama tu masing2 ada kaitannya. mmg silap besar kalo asingkan salah satu, atau ketiga2nya.."

    Islam permudahkan nikah, tapi kemudahan ini tak dibudayakan atau dikempen dalam pemikiran masyarakat. Yang kita tahu apa? Kumpul duit dan harta baru kahwin. Jadi ini menggalakkan semua orang bercinta/berkapel dlu sementara duit terkumpul. Ini penyakit dlm isu kapel. Lebih lagi bila remaja dibwh umur bercinta dan tidak boleh berkahwin menurut syariah malaysia? Bagaimana?

    Jawapan setakat ini untuk isu "Kesan Hebohkan Status Couple" adalah KEMPEN dari semua. Kempen yang tidak putus-putus menyedarkan kesemua peringkat masyarakat. Tutup cerita pasal kapel, buka cerita tentang islam permudahkan nikah. Jika hujah itu kuat dan wajar. Maka siapa lg yg akan pilih berkapel? Jadi KEMPEN "mari nikah" itu lebih wajar dari asyik berkempen menpersoalkan tentang isu kapel yang takkan pernah habis seperti isu bertudung.

  • @The Crow
    ada satu kesilapan tentang pemahaman trend kat sini. trend tu bukan sesuatu yg baru dicipta. tp, sesuatu yg paling banyak dibuat, dan jadi ikutan. contoh, dari dulu "planking" mmg dah wujud, cuma skrg ni semakin menjadi2, dan jadi trend, sbb pengaruh internet, semua orang pon cepat terpengaruh antara satu sama lain..begitu jgk bercinta, mmg dari nabi adam dah wujud perasaan tu. dan zaman2 seterusnya. cuma, remaja zmn dulu tak berapa terlibat dgn couple. zmn skrg, kebanyakan budak skolah pon berkapel. disebabkan terpengaruh dgn kwn2 sndiri. adakah fenomena ni masih bukan trend?

    pasal cari cara jalan utk budak2 nak percepatkan perkahwinan tu btol jgk. cuma ini pon ikut kena berdasarkan peredaran zaman. taraf hidup globalisasi smakin lama smkin meningkat. 50sen skrg nilainya sama mcm 10sen dulu. so, how? itu la nabi kata, nak kawal nafsu berpuasa. mksdnya, nafsu tu mmg sesuatu yg bleh dikawal. bkn bnda yg hanya boleh dilepaskan, dgn gunakan lesen "cinta adalah fitrah". sbrnya, sayang adalah satu benda yg boleh dipupuk. buktinya, sorang yg bercouple, lepas dia clash, tak sampai seminggu lepas tu dia dah couple baru. siap syg sgt2 kat org tu. sbb apa? sbb dia pupuk perasan sayang tu. itu la yg nak disedarkan. nafsu tu bleh dikawal, sekiranya kita tak terlalu semarakkan perasaan tu..

    pasal percepatkan kawen tu btol. tp kena ingat, maksud wajib nikah tu mcm mana. bkn dari segi nafsu semata2..

    Wajib nikah kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. - ni Islam yg kata. bkn aku kata. bkn budaya mahupon pemikiran sempit orang melayu.

    maksudnya kat situ, kemampuan dari segi harta masih perlu diambil berat. bkn terus diletak tepi.

    camni la, permudahkan kawen tu mmg perlu. mcm kerajaan kelantan buat. tp pada masa yg sama, kesedaran tentang perlunya dan bolehnya kita utk mengawal nafsu tu masih perlu ada. itula yg aku cuba cerapkan kat sini.

  • haram untuk menghampiri zina :)

  • @The Crow Ok.First of all,nak tanye kat The Crow.are your comment >>Nak kate kapel ni trend sekarang tak betul sebenarnye.<< was to answer my comment??
    If it is,well sy pk The Crow salah faham sbb at the first place the "trend" yg dmaksudkn sbetulnye utk seks bebas.
    But if it is not,sorry.mybe sy yg terkalut sndri reading these comments..^^

  • Snagt setuju dgn statement tuan blog.....

    Nak share 8 SEBAB kenapa kita kena join Rakan Blog....

    SEBAB KE 2- RakanBlog juga memudahkan kita untuk up to date dengan isu-isu semasa para bloggers lain...boleh wat-wat idea nak tulis entry...hehehe...entry menarik...mesti ramai yang suka...
    Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog.

  • p kebanyak kan skrg couple ke arah memusnah kan kehidupan dri masing, terutama sehingga memalukan keluarga sendiri.. :)

  • perempuan hak bapanya bermaksud seseorang bapa tu wali pada anak perempuannya dan bertanggngjawab ke atasnya sehinggalah dia menikah.

    lelaki itu hak ibunya kerana dia mempunyai tanggungjawab ke atas ibunya.

    maksudnya kalau tugas sebagai anak tak semenggah, sibuk nak cari tanggungjawab tak halal iaitu couple, memang kurang kesedaran la di situ. :)

  • :sosek kawan2 Spanar Buruk pun berapa ramai yang membanggakan diri memasing dengan menayangkan gambar hari pertunangan mereka,menayangkan gambar tunangan mereka semua..pastu ada yang tengok da macam knduri kawen kakakaka...

    rasa macam gatal je mulut ni nak cakap wei tak malu ke tayang perkara yang belum jelas halalnya?..ni kan ko tayang macam ko tu da laki bini jek..sabo jek la pastu pastu..aissshhhh..

    bila fikirkan kawan terus tak jadi nak ckap sbb fikirkan nanti dia tanak kawan kita..serba bersalah dibuatnya :mati tulun la apa cara yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini..pastu kan kan,tak pasal2 je kna free tag kat gmbr mereka mentunang tu..nak buek camno,terimo ajola yo..

    lgipun bila kita mentunang sah sah la kita belum dihalalkan untuk bersentuhan dan itu bukan tiket untuk berpegangan dan seiring sejalan berkepit-kepitan..mentunang itu cuma tanda je..eh makin lama makin merepek lak taip..ok bye..

  • Perhhh komen-komen nampak betol2 hangat.. huhuuuu

  • Woah :O pacik JT :wow
    betul betul :rokok
    saya sokong. Sedangkan tunang pun senyap2 sebab takut tak jadi, apetah lagi couple yg susah dijangka akan further relationship nyaa tu. Wallahu'alam.
    Moga Allah lindungi kita semua umat Islam :)

  • kunjungan gan .,.
    saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
    dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

  • apa yang jt ckp...budu stuju... :D cayokkkk

  • haha... sangat setuju..xperlu pun kecoh2..
    t putus.. xpasal2 nak kecoh pasal ke'putus'an tu pulak .. da kalau gatal sngt.. kawen je..tp make sure la mampu bertanggungjawab dam semua hal .. xke gitu ^^

  • Mcm mana plak permudahkn kahwin dpt elakkan couple?? Masalahnya org yg couple ni bkn nya nk kahwin...nak seronok2 jer...itu semua nafsu semata mata...

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...