Korang pernah tak keluar dengan kawan. Tengok wayang ke, makan ke, main boling ke. Sampai kat kaunter, time nak bayar duit. Korang kat depan. Jadi, korang keluarkan la duit besar korang untuk bayarkan dulu untuk kawan korang tu.
Ni la part yang tak bestnya. Lepas dah bayar, dah blah dari kaunter tu. Kawan korang tak reti-reti nak bukak dompet dia. Dia anggap, korang belanja dia. Haha..
Member beb, tak kan nak tunggu mintak kot. Faham-faham sendiri la kan.
Bila dah sampai rumah. Dengan sesedap rasa, member tu kata. "Weh, terima kasih la sebab belanja aku tadi ek".
Wakakaka. Memang mintak penampo betul kawan macam tu.
Bukan nak berkira. Tapi, kadang-kadang kita pun tak berapa nak ada duit. Jadi, ada masanya memang kena berkira sikit kan? Haha..
Tapi, kalau ada duit lebih, nak belanja kawan, takde hal sangat la.
Belanja keluarga lebih baik
Menurut ceramah Ustaz Kazim Elias. Tak ingat aku kuliah dia yang mana. Tapi, katanya, belanja kawan-kawan dan orang lain itu bagus. Tapi, lebih bagus kalau kita belanja ahli keluarga kita sendiri.
Ada jenis orang. Nak belanja kawan dia makan, sampai kering poket dia, dia tak kisah pun. Tapi, kalau aiskrim seringgit dia letak kat dalam peti ais. Pastu adik dia makan, habis kecoh satu rumah. Bergaduh bukan main.
Err, korang pon pernah macam tu jugak kan? Mengaku je la. Kehkeh..
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
haha ni mesti true story ni. sabar je la bro. setuju, family 1st.
ade kaitan dgn status fb sy x ea?? *O_o
yg penting sy x mcm yg di atas :well
anak kedua kira masih anak sulung gak,so kebajikan keluarga perlu diutama setakat ni :angguk
mujur tak camtu. phewww. kalau kawan bayarkan dulu, nanti2 bayarkan semula ^^ dak ppuan berkira sikit. kui3
Dah pernah kena dah dengan member macam ni..nak cakap takut kecik hati.. kadang2 memang kena bahasakan juga diaorang ni..
kalau sekali dua kali boleh juga nak halalkan .. ni kalau dah berkali-kali .. :haa
Dah time bayar tu cakap jelah terus terang, "Aku ada duit besar ni, aku bayarkan dulu.." So xda lah kawannya tersalah faham atau apa2 yg seangkatan dengannya.. settle.
Miss comm je ni..
@dRopPuc!noo™
kesnya seperti yg Pejuang Kesenian Extreme kata ada komennya kat atas ni..
@CeritaSekupang
haha..tu la pasalnya. kalo berkali2 tu lagi bahaya. dia ingat mmg tanggungjawab kita belanja dia setiap kali keluar plak. =p
wah...ahaha mmg x taw malu la org mcm ni..tapi ni okey lagi..kalau jenis yang dah taw x kena belanje, pastu x reti2 nak bayar balik lagi x ley blah. kite nak minta duit sendri pun malu.. :P
sbb tu ak xsuke dahulukan duit ak.hahaha..
@NoonaQQ
entri ni takde kena mengena ngn cik pun. bahkan saye sndiri tak tau apa status yg cik katakan tu. dan, entri ni sedikit sebanyak kena dgn pengalaman saye sndiri. dan mungkin kena dgn orang lain juga..
haha, baik belanja fmly mahupun kawan semua sama janji ikhlas tuh. :)
bc n3 ni tringat kat sorang member sy ni.walau pun dia ni jenis berduit tp skali pun xpenah blnje sy walaupn dia yg ajak sy teman dia kesana sini.kadang2 sy plak yg blnje dia..he3
xpernah agi... tp klu ngn family pernah la...
haha nie kalau dapat kawan macam tu... malam2 kasi conteng muka dyewaktu dye tidoq.. :P...anyway bnyak kali kena.. :(
dah nasib badan....tapi sekali sekala kena buat kat dia orang pulak...byk cara bukan dengan makan je ...ada cara lain...???
@typing error
haha..pon pernah kena ke. len kali bleh la buat kat orang tu balik. biar dia dahulukan duit dia dlu. kehkeh..
@Ley Rashid
err, cara lain camne plak ye? guna cara yg same la. dahulukan duit dia pulak lain kali. haha..
ss awal2 lagi cakap, eh ni aku bayarkan dulu tau tau. bukan belanja tau. haha
kalau akak....lantak la..byr part akak jer..
Assalamualaiku, ha betul doh 2 .. aku dah serik jumpa saing/kawan lagu 2, dang nak mintak pertolongan or apa-apa cari, tanya khabar tak and time keluar, buat ala-ala muka selamba :), kang masing2 ada pekerjaan and ada ongkos sendiri :), nak belanja sekali sekali is ok, nie asyik keluar kite je yang keluar, then aku sekarang lebih pentingkan keluarga dari kawan, sebab keluarga time kau tertonggeng or ter apa-apalah, sentiasa dibelakang , saing/kawan time nak sesuatu je, ( muka buat selamba cari, last tanya kabor tak ).. hehehe, maaf pangjang aku berleter :).
@AyieBlog
waalaikumussalam. wah, Pok Yie. dah lama tak nampak. selamat kembali ke sini. hehe.. Pok Yie antara kawan yg baik. orang hulur duit pon tak nak ambik. grrr..
selalu kena macam tu..tapi tulah susah nak cakap kan..patut sendiri paham lah.
Jejaka terhangat, aku sibuk sekarang baru blog berupdate.. hahahahaha, sorry bro ... aku selalu turun Kl.. next time kite jumpe.. bereh..
salam